TABUNG

09 October 2014

Saraya Zahret - "Everyday Zahret"

Assalamualaikummm...


Saraya Zahret 
(Istana Bunga-bungaan)
"Everyday Zahret"


Sebelum ni tertanya-tanya apa maksud Saraya Zahret ni. Rupanya maksud Saraya Zahret ialah Istana Bunga-Bungaan. Ibaratnya butik ni merupakan sebuah istana yang penuh dengan bunga-bunga atau senang cakap bak taman bunga la. Wangi, indah dan berseri-seri. Nama ni dipilih sendiri oleh Puan Suri, pengusaha butik Saraya Zahret.

Baru-baru ni fana dan kawan-kawan blogger (Mek Onie, Hannah Sytieh dan Asyik Izas) berkunjung ke salah satu cawangan Butik Saraya Zahret yang terletak di Bangi. Mesti ramai yang dah tahu mengenai Saraya Zahret kan? Baju dan tudung-tudung yang dijual memang cantik dan punya keunikan tersendiri! Hari tu scroll punya scroll Instagram tetiba fana ternampak Instagram Saraya Zahret update tudung baru. Uuuuuu, cantiknyaaaaaa model. Hai Wawa ! (lelambai. Hihihi)




Butik Saraya Zahret,
Cawangan Bangi


Untuk pengetahuan korang, ini kali pertama fana datang ke Bangi ni. Sebab selalunya bila nak raya atau nak beli baju untuk apa-apa function fana akan ke Seksyen 7 Shah Alam sebab kat sana macam-macam butik ada.Antaranya Zawara, Al-Humaira Contemporary, Radiusite, Sincerely By Us, Najjah Boutique, Calaqisya, Ana Abu, Allya Mysara, banyak lagi la. Tak tersebut. Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Terlalu banyak butik yang dibuka dari sehari ke sehari.

Tak sangka, sebenarnya di Seksyen 8 Bangi juga banyak butik yang sama seperti fana sebut di atas yang dibuka di kawasan ini. Itu yang best tu sebab senang kalau kita nak beli. Boleh masuk hampir kesemua butik untuk buat pilihan. Jimat masa, jimat minyak !

Suasana dalam butik

Sudut tudung di butik Saraya Zahret Bangi


Saraya Zahret diasaskan oleh Puan Suriyati Daman. Beliau menjalankan perniagaan ini sambil dibantu oleh ahli keluarganya yang lain. Butik pertama yang dibuka ialah di Kota Damansara. Seringkali berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur kerana beliau lebih selesa tinggal di sana kerana dekat dengan rumah ibunya dan senang untuk menjenguk ibunya di kampung.

Saiz boleh didapati daripada S hingga XL


Pemilihan material juga merupakan salah satu perkara yang sangat diutamakan oleh Puan Suri. Kebanyakan material untuk pakaian yang dijual di Saraya Zahret datangnya dari Korea dan Jepun. Kenapa? Dah tentu la material dia lebih selesa, sejuk, tahan lama dan tahan lasak! Tak sama dengan material pakaian yang dijual dimana-mana butik lain.


Gambar di atas ni antara variasi pakaian yang dijual di butik. Pada mulanya Saraya Zahret tertumpu kepada pelbagai jenis skirts dan yang paling famous ialah Mermaid Skirt. Ini kerana Puan Suri sendiri sangat gemar memakai skirt kemana-mana sahaja. Namun, setelah tiga tahun jenama Saraya Zahret di pasaran, mereka telah pelbagaikan rekaan seperti jubah, dress, blouse dan tudung.

Fana suka sangat dengan warna yang diketengahkan oleh Puan Suri dan team Saraya Zahret iaitu warna biru turqoise dan gold. Warna ni juga merupakan tema bagi butik Saraya Zahret. Tengoklah paper bag ni, lawa sangat. Eksklusif gittewww! Fana dah la memang pengumpul paper bag yang cecantik. Setiap paper bag mempunyai memori tersendiri.


Riuh rendah jugak la butik Saraya Zahret cawangan Bangi hari tu gara-gara kehadiran kitorang. Memang best. Lebih-lebih lagi dengan layanan paling terbaik yang diberikan oleh Encik Johari dan Puan Intan yang sangat sangat sangat mesra. Terima kasih kerana sudi layan kerenah dan sudi luangkan masa dengan kitorang. Mesti best kalau Puan Suri ada sekali. :)


Dari kiri : Mek Onie, Hannah Sytieh dan Fanacheksaat



Bersama Pengurus Butik Cawangan Seremban 2, Encik Johari dan Pengurus Butik Cawangan Kota Damansara, Puan Intan Zuriani. Mereka juga merupakan adik kepada Puan Suri. Fana bangga sebenarnya dengan mereka sebab mereka bersama-sama mengusahakan jenama Saraya Zahret. Sama-sama jatuh bangun. Menurut Puan Intan, dekat rumah pun still sembang pasal bisnes. Hehehe. Nak buat macam mana kan? Sebab tu la Saraya Zahret ni semakin maju, inilah rahsianya. 

Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Suri kerana berikan kepercayaan kepada fana dan kawan-kawan untuk sama-sama membantu meningkatkan nama Saraya Zahret. Fana pernah dua kali bertemu mata dengan Puan Suri tapi cuma sekali je peluang untuk bersembang dengan lebih dekat. Kagum dengan ketabahan dan kebolehan beliau sebagai salah seorang businesswomen yang berjaya. Semoga Saraya Zahret terus sukses di masa akan datang. :)

Bersama Puan Suri di Preview SHWIFF 2014


Untuk pengetahuan korang, kesemua koleksi Saraya Zahret yang original mempunyai loket dan branding Suraya Zahret macam gambar kat bawah ni. So, make sure korang dapatkan tudung ataupun pakaian daripada Saraya Zahret yang original okay? 



Lepas basuh je Shawl ni terus fana pakai keluar jenjalan tau. Shawl Winchester Ruby Floral Printed ni merupakan salah satu shawl yang terhangat di butik Saraya Zahret. Sebab sekarang ni semua suka pakai floral printed kan, nampak ayu je. Hahaha. Bentuk dia macam halfmoon, dan ada sesuatu yang unik pada shawl ni. Nak tahu apa? Tunggu nanti entri seterusnya fana akan review shawl-shawl dari Saraya Zahret tau.


#ootdfana

Shawl Winchester Ruby Floral Printed by Saraya Zahret




#FanaPunyaReview

Suasana Butik - Bagi fana Butik Saraya Zahret Cawangan Bangi mempunyai ruang yang agak sempit tapi yang bestnya sebab banyak sangat pilihan baju dan tudung.

Rangkaian Produk - Saraya Zahret menjual pakaian yang direka sendiri dan terdiri daripada jubah dewasa, skirts, blouse, jubah kanak-kanak dan setakat ini belum mempunyai pakaian lelaki atas kurang permintaan terhadap pakain lelaki.

Harga - Sangat mampu milik kerana kesemua pakaian dan tudung-tudung yang dijual tidak melebih RM300. Murah okay? Berpatutan sangat tau.

Kedudukan lokasi - Terletak di Seksyen 8 Bangi dan merupakan salah satu lokasi yang sangat mudah untuk dijejaki. Hahaha. Korang takkan ada masalah untuk cari butik Saraya Zahret sebab betul-betul belah hadapan. Parking? Senang gila. Banyak sangat kawasan parking kereta dan motor kat sana.

Servis - Korang takkan rasa menyesal datang shopping di Saraya Zahret sebab layanan daripada team Saraya Zahret sangat la memuaskan. Korang boleh mintak pertolongan daripada staff kalau nak cari pakaian atau tudung yang korang berminat. Siap ajar cara pakai lagi okay. Kalau bertuah, korang dapat la jumpa manager-manager yang super baik hati ni. Hehehe

Kenunikan - Haaa, ni yang best nak bagitahu ni. Kesemua produk daripada Saraya Zahret merupakan rekaan sendiri dan dijual dengan jumlah yang terhad. Maknanya korang takkan pakai sama dengan orang lain. Lagi satu, tudung-tudung yang direka oleh team Saraya Zahret mempunyai keunikan tersendiri dan tak ada pada tudung jenama lain.

So, untuk itu terimalah persembahan video semasa lawatan fana dan kawan-kawan ke Butik Saraya Zahret hari tu. Enjoy watching ! :)


Alamat Butik :
G 11, Jalan 8/35, 
Seksyen 8, Seri Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi, 

Selangor

Waktu Operasi : 
10.00 pagi - 8.30 malam

Website :


Cawangan :

Kota Damansara
Bangi
Menara Busana MARA
Sek. 7 Shah Alam
Seremban 2
Modvier, Bangsar


xoxo,
fana

2 comments:

  1. Wah mcm best..kalo dekat dh g terjah dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best ! Try la terjah cawangan berdekatan. :)

      Delete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...