TABUNG

30 October 2014

Food Hunters Feastival @ Taman Rimba, TTDI

Assalamualaikumm..


Masa kecik-kecik dulu, selalu cakap dekat kawan kita macam ni, "aku makan untuk hidup". Yelah, suka sangat sakat cakap kita asik makan kan? Hahaha. Mana satu pilihan korang? "makan untuk hidup" atau "hidup untuk makan"?

Lagi-lagi hidup dalam Malaysia yang kaya dengan makanan ni kan? Itu yang buatkan ramai pelancong datang Malaysia ni. Bila tanya, "Why do you come to Malaysia?" Mesti diorang akan jawab, "Because there's a lots of foods in Malaysia. Variety of foods!". Maigaddd, sebab tu la fana makin bambam.

So, sebabkan makanan jugak la fana TERmunculkan diri di Taman Rimba, TTDI tu ha. Haish! Menggugat iman betul bila POP UP VENTURES mengadakan satu pesta makanan untuk orang suka makan macam fana ni! Tak boleh mengalah betul dengan makanan. Dasar zombie.


Hari tu memang fana takde buat apa-apa, lepas tu terus ajak 'bodyguard' sekalian temankan fana pegi Taman Rimba, TTDI tu. First time sampai sana sebab tak pernah tahu pun kewujudan Taman Rimba dekat tengah-tengah bandar Taman Tun Dr. Ismail tu kan? Tak sangka pulak event ni nak buat kat tempat macam tu. Tapi, sebenarnya sangat la strategik okay. Sebab fana nampak ramai yang bawak tikar siap picnic kat sana. Apa yang tak best cuma tempat letak kereta sangat terhad. Susah gila nak cari parking. -.-



Banyak jugak la gerai makanan yang ada di Food Hunters Feastival ni. Apa yang fana faham, penganjur cuba mengetengahkan makanan-makanan yang biasa tapi diubah menjadi luar biasa. Yelah, maksudnya pengusaha makanan ni kena selitkan unsur-unsur kreatif sikit la dekat makanan diorang kan. Biar rare sikit! Jom kita tengok apa yang diorang jual.


Western Food
Grilled Chicken, Mashed Potatoes, Maccaroni and Cheese, Steak


Hot and Cold Beverages



Tidak ketinggalan, Aaron Aziz dan juga isterinya yang tercinta juga bukak booth kat Food Hunters Feastival ni tau. Mereka menggabungkan booth Kidz & Creme (cafe Aaron Aziz) dan juga jualan tudung oleh isterinya Diyana Halik.



Kidz & Creme
Pasta, Puff, Tart, Cakes



Aiskrim Malaysia, Buah-buahan



Flame Grilled Burgers
Burgers, Sandwiches


Crumb Cravings
Creme Brulee, Chicken Lasagna


Kelantan Delights
Keropok Lekor, Karipap, Nasi Dagang



Project Dapur
Muffins, Pasta


Tauhu Bakar Alymann
Sambal Tumis, Tauhu Bakar, Popiah Nestum


The Pisang Cheese
Pisang Cheese, Pisang Cheese + Coklat




Char Kuey Teow
Rojak Buah, Buah Salut Coklat


Nobers Hot Wings



Thai Dessert
Meangkam, Pulut Mangga



Kawasan kat sini agak luas jadi tak berebut-rebut kalau nak jalan. Senang nak cari kedai dan makanan yang korang inginkan. Memang best la. Fana pun dapat makan pisang keju yang diidam-idamkan sejak dah lama dah tu ha. Kalau tak, kena pegi Shah Alam. Jauh. Akhirnya impian tercapai ! Alah, senang je. Macam boleh buat sendiri je kat rumah. Hahaha



Dan macam biasa, kedai paling mendapat sambutan dah tentulah Hello Soda ! Air berkarbonat yang paling femes abad ini. Datang la mana-mana fest pun mesti korang akan jumpa air paling femes ni. Cuma fana tak puas hati apesal dah mahal? Sebab minyak naik 20sen korang naikkan harga? Hari tu beli kat Magic of The Night 3 botol RM10 je. Kat Food Hunters Feastival 4 botol RM15. Naik lebih kurang 40sen jugak la. Cis! Hahaha. Apa pun fana paling suka air perisa pisang tu. Yums! Tapi, apehal air sarsi guna botol mango ha? Eh, marah pulak kan? Apa pun fana peminat setia Hello Soda. :)



Bak kata sorang 'bodyguard' fana hari tu, tenang je lepak kat situ sambil pekena pisang cheese dengan air Hello Soda. Hahaha. Dah tu, taman pulak kan? Hijau je. Memang tenang la. Haih! Suka pulak dengan tempat ni. Macam taknak balik je rasa.



Lepas fana belanja air Hello Soda dengan Pisang Cheese, tersadai kedua-dua bodyguard ni ha. Kemain tau. Yang sorang tu memang tak tahu sopan. Terkangkang aje kejenya. Harap maaf ye, dia memang agak loqlaq sikit. Sorang lagi tu, tak ingat apa dah, ingat makan je. Hahaha. Sabar je la.

Bodyguard

Macam tak cukup je :(

Jemput makan! The Pisang Cheese ni memang terbaek la. Diorang ada buat servis delivery. Kalau korang nak boleh la call diorang atau pergi je cari diorang kat Instagram k. Search je ThePisangCheese okay? Kat sana nanti korang boleh cari sendiri la nombor Kak P. Whatsapp laju-laju ye. Kak P akan hantar orang bawakkan pisang bersalut cheese dan coklat parut ni kat depan umah korang.




Psssst ! Dengar cerita Food Hunters Feastival nak buat lagi, 2.0 pulak katenye. Kita tunggu la bila okay? Mana tahu korang yang tak dapat datang hari tu, boleh la pergi yang 2.0 punya okay? Jangan lepaskan peluang. Banyak makanan sedap-sedapp! Hihihi



Alhamdulillah, kenyang kan tengok gambar-gambar makanan yang fana sempat snap hari tu? Bagus. Sekarang kalau lapar lagi cepat-cepat la pergi dapur cari la apa yang patut. Hahaha. Jangan marah fana tau. Fana cuma menjamu mata korang je. Sebelum hari hujan, fana dan para bodyguard sekalian bergerak la dari situ. Pergi buru makanan kat tempat lain pulak. Hihihi.

Terima kasih sudi baca. =)



xoxo,
fana

2 comments:

  1. whoahhh. best!! tempat event pun santai and menarik.... (:

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...