TABUNG

18 October 2015

Malaika Oil Sesuai Untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikummm...




Ramai bakal-bakal pengantin yang sibuk tercari-cari produk apa la nak bagi seri muka ni. Majlis dah tak lama, muka kusam lagi ni. Macam mana nak naikkan seri wajah untuk pengantin? Haaaaa, mesti ramai yang belum tahu ada produk best sesuai sangat untuk bakal-bakal pengantin ni. Sambil menghitung hari bahagia korang tu, apa lagi, cuba la produk ni, memang tak perlu labur duit banyak, lepastu nak guna pun senang sangat. Gituuuuu!

Siapa yang ada masalah kulit muka kusam dan tidak segar? Fana antara salah seorang manusia yang paling malas nak pakai skincare yang banyak sangat kat pasaran sekarang ni. Bukan apa, fana sendiri pun pening nak pilih mana satu yang paling berkesan. Lagi-lagi bila kita ada hari-hari penting yang bakal tiba, memang kena la cari produk untuk serikan wajah ni. Hewhewhew. Hari apa tu fana? Apa yang bakal tiba? jeng jeng jenggggg.





So, taraaaaaaaa! Ni la fana nak share dengan korang satu serum paling best yang fana pernah cuba, iaitu Malaika Oil. Dengar nama pun macam ala-ala islamik kan pastu dimiliki pulak oleh orang Melayu lagi la fana yakin nak menggunakan produk Malaika Oil ni. Disahkan oleh JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Memang serum Malaika Facial Treatment Oil yang tengah meletup sekarang ni mampu buatkan kulit fana makin berseri-seri ni. Nak naikkan seri wajah untuk bakal pengantin? Pon boleh guna Malaika Oil ni. Hehehe



Serum Malaika Oil ni merupakan salah satu serum yang paling wangi fana pernah pakai. Bau lemon dia kuat sangat sampai bila pakai fana terasa fresh dia tu. Memang sangat fresh! Tesksturnya yang agak berminyak, bila gosok je kat muka, urut-urut rasa macam pergi buat facial kat spa. Nampak tak, kat rumah sendiri pun boleh wujudkan spa. Tak payah nak bayar mahal-mahal pergi spa kan?


Fana dah pakai serum Malaika Oil ni selama 3 minggu. Hasilnya sangat puas hati. Memang la masa pakai tu dia berminyak sangat, tapi lepas cuci muka, kulit rasa lembut je. Fana pakai hari-hari lepas fana balikdari kerja. Maklum la masa kita kerja, kulit muka kita mengeluarkan peluh dan minyak akibat daripada stress dan habuk-habuk asap kenderaan yang melekat kat muka. Sekarang ni musim jerebu pulak. Lagi la dahsyat kotornya.


Fana just nak share la sejak fana pakai (kebetulan sebelum pakai tu ada jerawat kat pipi kiri) jerawat makin mengecut. Alhamdulillah. Dah la tu, kalau rajin pakai memang hilang terus la parut jerawat tu kan sebab fana ni jenis yng jarang sangat nak naik jerawat kat muka, Tapi, bila dia dah naik, memang akan tinggalkan parut hitam la. Menangis air mata darah pun tak guna. Usaha la kasi hilangkan parut. Kalau dulu, fana akan kikis kulit kayu manis kat bontot lesung tu pastu tempek kat tempat yang ada parut tu. Memang hilang! Tapi, kau naya la nak menahan pedihnya kesan kulit kayu manis tu. Hahaha.

Kandungan Malaika Facial Treatment Oil :

Antara bahan tersebut adalah Extra Virgin Olive Oil, Lemon Oil, Castor Oil, Temu lawak Powder, Herba dan bunga-bungaan. Kesemua bahan ini mempunyai kegunaan dan khasiat tersendiri dalam membantu memulihkan wajah anda.


Kelebihan Malaika Facial Treatment Oil :

Menghilangkan Jerawat
Malaika Oil membantu membersihkan pori yang tersumbat dan mengecilkan liang pori di samping membunuh bakteria punca jerawat.

Menghapuskan Jeragat
Malaika Oil meresap jauh ke dalam liang kulit dan mampu membuang bintik hitam dan putih dengan sangat berkesan.

Memudarkan Parut
Malaika Oil membuang tisu mati di wajah dan menggalakkan pertumbuhan semula tisu yang baru. Hasilnya parut menjadi semakin pudar.


Jom tengok video cara-cara untuk pakai Malaika Oil ni.






Untuk pembelian :



Whatsapp : 0112-5721213


xoxo,
fana


20 September 2015

EPHYRA Bloggers Day Bersama Duta

Assalamualaikummm...


EPHYRA Bloggers Day
Tarikh : 12 September 2015
Lokasi : Oceanlife Marketing Sdn. Bhd
Masa : 2.00 pm - 3.30 pm


Baru-baru ni fana dan rakan-rakan blogger yang lain telah dijemput ke Oceanlife Marketing yang terletak di Danau Kota bagi bertemu mesra dengan duta Ephyra iaitu Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Turut sama pada hari tu ialah Pengasas Ephyra sendiri iaitu Puan Amiza. Siapa tak kenal dengan produk Ephyra kan? Fana pun dah lama teringin nak cuba produk Ephyra tapi belum berkesempatan. Bila dapat peluang kenal dengan lebih dekat, memang fana tak lepaskan peluang.



Memey Suhaiza dan Norman Hakim dah jadi duta produk Ephyra sejak tahun 2013 lagi. Lama kan? Patut la fana tengok cantik je Memey Suhaiza ni. Tapi memang ramai kawan-kawan fana yang dah ambil supplemen Ephyra. Memang berkesan sangat dekat diorang. Dah la boleh cantikkan kulit, dapat kekalkan kesihatan tubuh badan lagi.



Sejak tiga tahun lalu, pihak Ephyra menggunakan laman sosial sebagai tempat untuk mempasarkan produk mereka. Sebenarnya, fungsi media sosial ni sangat la besar. Ramai yang belum sedar. Kawan fana pernah cakap "media sosial merupakan medium paling efektif dan mudah untuk memasarkan sesebuah produk". Cuma, dengan bantuan blogger-blogger yang sedia ada, sesuatu produk/posting dapat menjadi viral dan dikenali umum.

Jadi, dengan tujuan tu la Pengasas Ephyra sendiri dah mula sedar dengan kepentingan blogger-blogger ni. Sejak fana berkecimpung dalam dunia blog pun, dah beberapa jenama yang fana berkesempatan berkolaborasi dengan mereka bagi melonjakkan jenama produk mereka. Sesebuah company itu sendiri sanggup melaburkan sedikit wang dengan mengajak lebih kurang 20 orang blogger untuk mem'viralkan' produk mereka. Hasilnya? Pihak mereka sendiri sangat berpuas hati. :)


Produk-produk Ephyra




EPHYRA ( minuman tambahan )
30 sachets (premium pack)
Harga: RM 197.00

10 sachets ( trial pack)
Harga: RM 68.00

Kandungan
Kolagen Ikan Laut Dalam
Acai Beri
Gam Akasia
Salmon Ovari Peptida
Marigold Bunga Ekstrak
Acerolla Ceri
Serbuk Tomato
Superberi
Astaxanthin

Kelebihan
· Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
· Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
· Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
· Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
· Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
· Mengurangkan kadar kolesterol
· Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
· Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
· Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolisma




EPHYRA SKIN BAR (sabun muka dan badan) 
( 50 gram ) 
Harga : RM 39.00 

Kandungan 
Glutathione 
Kolagen 
Glyserin 
Banana Enzyme 
Seaweed 
Carrot Extract 
Rice Bran Oil 
Bearberry Alpha Arbutin A Extract 

Kelebihan 
· Melembapkan kulit wajah 
· Kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
· Menanggalkan kotoran,minyak & sel kulit mati 
· Merawat kulit berjerawat 
· Menghilangkan parut jerawat dan jeragat 
· Menghilangkan ‘blackheads’ di muka 
· Boleh menghilangkan bau badan 
· Sesuai digunakan untuk keseluruhan badan





INTEEMOR ( jus premium untuk wanita)
( 250ml)
Harga : RM 49.00

Kandungan
Kacip Fatimah
Manjakani
Pueraria Mirifica
Kunyit
Kolagen
Dong Qui
Akar Serapat
Habbatussauda
Buah Tin
Aprikot Seed
Acai Beri
Delima
Aloe Vera
Durian Belanda
Sireh
Madu

Kelebihan
· Mengatasi masalah keputihan
· Menghilangkan kegatalan dan bau
· Mengetatkan, menegangkan & merapatkan otot faraj
· Memberi tenaga & kecergasan
· Membuang toksin dalam badan
· Melawaskan sistem penghadaman
· Melancarkan perjalanan dan kitaran haid
· Membuang angin dalam badan
· Mengurangkan masalah bau badan
· Mengatasi masalah kemaluan berbau
· Menguatkan keinginan hubungan seksual
· Anti penuaan & mencantikkan bentuk badan
· Membesar & menegangkan payudara
· Membakar lemak berlebihan
· Mengawal berat badan berlebihan
· Mengempiskan perut buncit
· Membentukkan punggung agar lebih menawan
· Menyuburkan rahim & merapatkan pintu rahim
· Mengecutkan saluran peranakan
· Mengurangkan masalah lemah tubuh badan
· Mengatasi kekeringan faraj bagi wanita yang menopouse 




M2FLEX (minuman tambahan untuk lelaki)
(600g)
Harga: RM 180.00

Kandungan
Whey protein
Isolated soy protein
L-carnitine
Creatine
Guarana
Acai Beri
Tribulus Terrestris
Catuaba
Butea Superba
Saw Palmetto
Ginkgo Biloba

Kelebihan
· Membantu Penambahan Tenaga + Stamina
· Membantu Pembinaan Otot Secara Optimum
· Mempercepatkan Proses Pembakaran Lemak
· Menguatkan Dan Membaik Pulih Tenaga Batin 
· Memastikan Prestasi Di Tahap Optimum
Sejak Ephyra ditubuhkan, jenama Ephyra ni memang dikenali ramai. Termasuklah fana sendiri yang selalu sangat dengar pasal Ephyra ni. Nama pun lembut je kan? Hehehe. Bila sebut Ephyra je, mesti fana terbayangkan wajah mulus Memey Suhaiza. Serius cakap, masa jumpa Memey hari tu, fana asik tengok kulit dia je. Subhanallah, gebu sangat. Cantik, rasa macam tak boleh alihkan mata daripada wajah Memey. 

Rangkaian produk Ephyra bukan sahaja disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetapi disahkan juga oleh JAKIM. Memang superb lah! Dijamin selamat, HALALan toyyibaaaa dan yang paling penting berkesan. Siapa nak cantik macam Memey? Haruslah cuba Ephyra okay? Tapi, kasi chance la fana cantik dulu sebelum hari bahagia fana ye. Hihihi.






Maklumat lanjut mengenai Ephyra boleh layari :



xoxo,
fana



01 August 2015

[Food Review] Epic Fit Meals Co @ Damansara Perdana

Assalamualaikumm...



Masa mula-mula terima email daripada pemilik restoran Epic Fit Meals yang terletak di Metropolitan Square, Damansara Perdana. Ada dua perkara yang fana kagum. Pertama, pemilik restoran yang bernama Mr. Wick Kee merupakan Chinese yang pernah menetap di Melbourne Australia namun, email yang fana dapat ditulis sepenuhnya dalam bahasa melayu. Kedua, antara bait-bait ayat yang menghargai penulisan fana iaitu :
"Blog saudara/saudari merupakan salah satu blog makanan yang saya ikuti sebagai panduan semasa mencari tempat makan yang lazat buat santapan bersama kawan and keluarga. Tulisan saudara/saudari senang dibaca dan maklumat yang dipaparkan sangat padat berserta gambar-gambar makanan yang menarik."

Kepada Mr. Wick Kee dan team Epic Fit Meals, sekalung ucapan terima kasih fana ucapkan kerana sudi menjemput fana bagi merasa keenakan makanan Australia yang begitu menyelerakan. Tak sangka kehadiran fana bersama 7 orang kawan-kawan sekolah disambut dengan begitu baik sekali oleh team Epic Fit Meals. 


Malangnya sewaktu entri ini ditulis, fana telah kehilangan gambar-gambar makanan yang fana tangkap sendiri menggunakan DSLR milik fana. Gambar2 tersebut telah hilang akibat masalah memori kad. Apa pun fana akan cuba sedaya upaya untuk tulis dengan baik okay? Mungkin jika berkesempatan, fana akan pergi semula ke sana dan ambil semula gambar-gambar makanan tu untuk fana letakkan di entri ni. 


First, fana nak cerita pasal restoran dia la. Dekorasi dia sangat simple. Sebab Epic Fit Meals ni bukanlah macam restoran besar-besar yang boleh kita dine-in. Pemilik restoran Epic Fit Meals hasilkan restoran ini untuk memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan servis hantar ke rumah (delivery service). Jadi, ruang restoran cuma ada dapur, kaunter dan satu meja dan beberapa kerusi sahaja untuk pelanggan menunggu ataupun bagi mereka yang ingin makan di situ pun boleh. Cuma, tak dapat menampung jumlah yang ramai la.


Apa pun, suasana restoran sangat-sangat selesa. Fana suka sangat! Lagi-lagi fana datang dengan kawan-kawan yang kecoh-kecoh. Bingit jugak la restoran. Nasib baik la team Epic Fit Meals layan kitorang dengan baik sekali.

Sebelum fana kongsikan menu-menu makanan Australia yang terdapat di Epic Fit Meals, fana nak kongsikan info untuk korang yang berminat nak dapatkan servis delivery oleh driver-driver delivery Epic Fit Meals ni. Buat masa ini, kawasan yang hanya boleh dapatkan servis delivery daripada pihak Epic Fit Meals merangkumi kawasan berikut :

1. Damansara Perdana
2. Mutiara Damansara
3. Damansara Utama
4. Taman Tun Dr. Ismail
5. Kota Damansara
6. Tropicana
7. Bandar Utama

Servis delivery adalah PERCUMA ! Korang tak perlu bayar delivery charge macam mana yang dikenakan oleh restoran-restoran makanan segera yang lain. Dan, yang paling best, korang boleh dapat makanan korang dalam tempoh 30 minit sahaja selepas panggilan dibuat. Seronoknya kan? Kalau korang nak try rasa makanan Australia, boleh la try Epic Fit Meals. Terutamanya untuk korang yang nak guna servis delivery, just call 7733-3375  to order or do it via Whatapps at 017-9380000.

Okay, nak cerita jugak la macam mana Epic Fit Meals ni ditubuhkan. Pemilik restoran dulu pernah menetap sementara di Melbourne, Australia. Jadi, setelah tinggal di sana, beliau mendapati bahawa makanan-makanan yang disediakan di Australia kebanyakannya dihasilkan untuk menjaga kesihatan. Bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya juga menepati piawaian makanan berkhasiat seperti tidak digoreng menggunakan minyak, dan kebanyakan bahan-bahan masakan adalah bahan organik.

Setelah beliau pulang ke Malaysia, beliau begitu teruja untuk kongsikan menu-menu Australia, tetapi dengan menambahbaikan dari segi rasa dan tekstur bagi menepati citarasa rakyat Malaysia yang begitu menitikberatkan soal rempah-rempah dan juga boleh dikatakan kita ni suka makanan yang cukup rasa dan tak tawar. Maka, tercetuslah Epic Fit Meals.


Antara menu-menu yang dicadangkan adalah macam dalam gambar tu. Harga kombo bermula RM12.00. Senarai menu kat bawah :

1. Epic Fried Chicken Shnitzel **
2. Epic Grilled Chicken**
3. Mum's Mushie Soup
4. Irish Colcannon
5. Aglio E Olio
6. Epic's Cauli Rice
7. Frugertii
8. Crunch Chookies

**Hot-seller

Di Epic Fit Meals juga, mereka menyediakan sos dengan resepi tersendiri. Pelanggan juga boleh request untuk sos yang menjadi kegemaran mereka. Bagi pelanggan tetap Epic Fit Meals, dah tentu tahu sos mana yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antara sos yang disediakan di Epic Fit Meals ialah :

1. Sos Eziki - dihasilkan daripada buah timun, yogurt, cuka masakan dan bawang putih
2. Sos Oz's Barbe-Q - tomato, cuka masakan, bawang yang dicincang dan sedikit rempah
3. Bonza Peppa - campuran sup ayam, lada hitam dan sedikit rempah
4. Apple Salsa - campuran epal segar, bawang, cili dan tomato
5. Country Gravy - Brown sauce yang dihasilkan menggunakan resepi tersendiri.
6. Curry Grande - kari ayam bersama sayuran serta campuran rempah istimewa.
7. Fire S.O.S - a MUST try. No words can describe and it's a secret.



Epic Artisan Wrapper ni pun antara yang menjadi kegemaran pengunjung di Epic Fit Meals. Memang berkhasiat dan mengenyangkan. Hari tu kitorang sempat rasa 4 jenis Epic Artisan Wrapper iaitu :

1. Chookie Burrito - Hirisan ayam panggang bersama nasi, kacang hitam dan sos OZ's Barbe-Q
2. Zesty Thai - Daging cincang Thai bersama salad, lobak dan sos masam.
3. Good Ol' Breakkie - gabungan hirisan ayam yang dipanggang, telur hancur dan sos masam.
4. Hercules - gabungan hirisan ayam yang dipanggang bersama sayuran serta sos Eziki.




Bebudak ni kalau bawak makan memang happy semaciamm. Nasib baik semua makanan berjaya dihabiskan walaupun banyak gila order hari tu. Terima kasih ye kawan-kawan sebab sudi teman dan berbuka puasa sama-sama di Epic Fit Meals. Nanti kita pergi sana lagi okay? 

Sahabat


Oh ya, lupa nak cerita pasal air istimewa yang dijual di Epic Fit Meals. Air-air yang disediakan merupakan yang luar biasa pernah kita minum. Hahaha. Jangan tak percaya, air dalam botol comel tu pun staff mereka yang sediakan sendiri. Serba boleh betul mereka ni. Yang penting sedap-sedap sangat. Kawan-kawan fana siap ambik bawak balik lagi botol-botol yang comel tu. Hehehe



Bagi korang yang betul-betul berminat nak order secara delivery, pastikan korang tahu info-info ni okay? Selamat menjamu selera !

1. Delivery order bermula jam 11 pagi. 
2. Pastikan korang sediakan siap-siap nama korang, nombor telefon dan alamat rumah.
3. Tiada pembayaran atas talian. Semuanya dibayar semasa makanan sampai.
4. Tempoh masa delivery ialah 30 minit selepas panggilan dibuat
5. Delivery PERCUMA untuk pembelian RM20 ke atas.
6. Tiada bahan tiruan ataupun MSG yang digunakan dalam masakan.
7. Kesemua tukang masak terdiri daripada 'chef' Melayu yang terdiri daripada remaja berusia 19 tahun.
8. Pemilik restoran sedang mengikuti prosedur bagi mendapatkan Sijil Halal dari JAKIM.
9. Mendapat pengiktirafan Gred A bagi restorang paling bersih.
10. Lihat menu dahulu sebelum order. Menu boleh tengok di Facebook Epic Fit Meals.



Alamat :

E105, Block E, East Wing
Metropolitan Square
Jalan PJU 8/1
Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan



Maklumat lanjut layari :





xoxo,
fana

24 July 2015

YOUNG HEARTS MIDVALLEY GRAND OPENING EVENT

Assalamualaikumm..



Selamat hari raya kawan-kawan. Hujung minggu ni mesti penuh undangan rumah terbuka kan? Misi menaikkan berat badan. Yeayyy! Hehehe. Korang kalau buat rumah terbuka jangan lupa jemput fana tau. Fana mesti datang punya. Lagi-lagi kalau rumah korang ada kuih raya bertemakan coklat. Lagi laju fana datang. 

Fana nak cerita pengalaman fana mendapat jemputan menghadiri majlis pembukaan outlet Young Hearts. Sebelum tu fana cerita dulu la Young Hearts ni kedai apa kan? Nanti kang sambil baca korang dok bayangkan aglio olio la, pavlova la, ikan siakap tiga rasa la. Tak, tak, tak! Ni bukan food review. Young Hearts ni kedai jual pakaian dalam! Haaaa, menarik kan? 




Ini merupakan kali pertama fana dapat jemputan ke majlis pembukaan kedai pakaian dalam. Sebelum ni pergi majlis pembukaan restoran, butik,   dan sewaktu dengannya lah. Tapi tak sangka dapat yang lagi feminin. Kedai pakaian dalam wanita tauuuu! Huhuhu. Terima kasih Miss Ramona K, Marketing Manager Young Hearts yang sudi menjemput gadis remaja macam fana ni. Hihihi. Remaja lagi okayyyy.

Tudiaaaa, mood menulis mai dah.


Okay, sebelum tu biar fana belanja gambar satu kali la macam bebudak sekarang selalu cakap tu, haaa, mai kak long nak payung gambar sikit la dengan Miss Ramona kita ni kan? Cantik orangnya, manis, baik, bak kata omputih, bubbly ngat aihh. Ha, tu orang putih yang duduk kat Yan. Kawen ngan orang Kedah.

Jangan kata kakak tak payung

Young Hearts baru je bukak outlet terbaru di Midvalley Megamall. Kalau korang nak cari Young Hearts, senang sangat landmark dia. Cari Magnum, jumpa la Young Hearts. Tapi, Magnum Cafe yang tingkat atas, kan Magnum Cafe dua tingkat. Haaa, betul-betul sebelah Magnum Cafe yang tingkat atas. Kedai dia pulak ala-ala Korea sangat. Cantik!


Majlis dimulakan dengan upacara memotong riben sebagai gimik perasmian outlet Young Hearts di Midvalley. Majlis dirasmikan oleh Mr Khor, Division Manager of Young Hearts Malaysia, Miss Serena yang mengendalikan Young Hearts MidValley, turut bersama Sabrina Beneett Miss Universe Malaysia 2014 dan Geena Yew Miss Asia Malaysia 2013.


Untuk korang yang dah lama mencari bra yang selesa, nampak remaja, span yang selesa, dan tak terlalu besar boleh la datang ke Young Hearts. Banyak sangat koleksi pakaian dalam dan baju tidur yang dijual. Dah la tu, cantik-cantik pulak tu. Kebanyakan waran yang digunakan merupakan warna-warna pastel. Memang menjadi kegilaan wanita sekarang la sebab trend Korea yang menjengah ke Malaysia kan?



Pemilihan saiz bra yang betul adalah sangat penting kerana ianya mampu memberikan kesan buat jangka masa yang panjang. Di Young Hearts, pakaian dalam digantung mengikut susunan yang memudahkan pelanggan untuk memilih bra yang sesuai. Apa yang menariknya, fana nampak warna-warna bra yang dijual di Young Hearts pon cantik sangat. Nampak keremajaan pada warna-warna yang digunakan ke atas fabrik tersebut.


Bukan bra aje yang dijual di sini, banyak jugak panties yang comel-comel. Fana pulak yang jadi geram. Tapi, koleksi di Young Hearts lebih tertumpu kepada remaja yang baru sahaja menjengah ke usia dewasa, yang berusia 12 tahun hingga 18 tahun. Banyak sangat koleksi bra dan panties yang cantik-cantik dan selesa.





Stage 1
Breast Budding Stage

Lily : "Dear Fairy Godmother, why do I feel pain in my breasts? Am I abnormal?"
Fairy Godmother : "Of course not, you are just growing up"

Sewaktu di Stage 1,  nipples merupakan tempat yang sangat sensitif dan akan berasa sakit apabil disentuh. Jadi, pilihlah bra yang lembut, dan ringan jenis fabrik yang dapat mengurangkan rasa sakit.



Stage 2
Breast Growth Stage

Nina : "My breast have become so huge!"

Tips : Minum susu dengan banyak mampu mambantu buah dada membesar.

Pada peringkat Stage 2, proses pembentukan buah dada sedang berlaku dan kelihatan lebih jelas jadi elakkan memakai bra yang mempunyai besi kerana ianya mampu menghalang proses pembesaran buah dada. Seeloknya pilih bra yang 'stretchable' dan mangkuknya lebih dalam untuk memberikan kebebasan kepada proses pembesaran.


Stage 3
Maturing Stage

Amy : "I feel so comfortable in a bra now"

Daisy : "Wearing a suitable bra makes me confident"

Tips : Lakukan urutan pada buah dada selepas mandi dalam pergerakan bulatan. Lakukan tiga kali pada buah dada kiri dan kanan. Ini dapat membantu buah dada anda membentuk dengan cantik.

Young Hearts ditubuhkan adalah untuk generasi muda, remaja dan bagi kanak-kanak yang baru masuk ke dunia dewasa. Antara yang diketengahkan di Young Hearts ialah produk yang tepat untuk usia kanak-kanak perempuan mahupun yang dewasa. Tetapi, Young Hearts fokus kepada kanak-kanak yang baru sahaja melangkah dewasa. Dengan cara ini, mereka dapat belajar memilih saiz, jenis 'cup' dan juga boleh memilih ikut citarasa mereka tanpa rasa segan silu.



Fana bersama Sabrina Beneett Miss Universe Malaysia 2014


Terima kasih yang tak terhingga fana ucapkan kepada Mr. Khor dan team Young Hearts kerana sudi menjemput blogger picisan seperti fana sebagai salah seorang rakan media ke majlis pembukaan Young Hearts, Midvalley. Akan datang Young Hearts juga akan membuka outlet terbaru di MITSUI Park, KLIA2. Kalau ada berkesempatan boleh la fana pergi ke sana pulak.

www.juliajohari.com
Berkesempatan fana berjumpa dengan rakan blogger kak Julia Johari yang merupakan salah seorang blogger yang selalu memberikan aura positif dalam penulisannya, caranya membawa diri dan fana jugak kagum sebab kak Julia merupakan seorang yang sangat merendah diri dan terlalu menghargai orang di sekelilingnya. Haa, nampak macam fana dah lama kenal kan? Tapi, fana baru je kenal, rasa macam dah lama sangat kenal Kak Julia ni. Baik sangat orangnya. Semoga kak Julia terus memberikan impak positif yang ada pada diri kak Julia kepada insan-insan disekeliling kak Julia ya?  Semoga Allah memanjangkan usia kak Julia. :)


Last but not least, thank you so much Bella for being my partner on that day! Terharu sangat kawan baik fana ni sudi temankan fana hadir ke majlis pembukaan ni. Walaupun bulan puasa, tetap gagah tau temankan fana. Sayangg dia! Nanti kita jumpa lagi okay? Bella ni dulu pernah ada blog sekejap lepastu mana tah hilang blog dia dah. Hahaha. Takpe, slow2 okay. Businesswoman berjaya ni. Siapa nak cantik, nak kurus boleh PM tepi k. Hehehe.

Okay la, tu je yang fana dapat share hari ni. Apa pun, kalau kita sentiasa dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa bercakap yang positif, berfikiran yang postif dan berbuat sesuatu yang positif, kita mesti akan rasa tenang je. Masa yang lama akan terasa terlalu singkat, rasa macam nak lepak lama-lama je dengan orang tu kan? Rasa macam nak doa banyak-banyak supaya Allah panjangkan usia mereka dan teruskan beramal. InshaAllah sama-sama kita menjadi manusia yang lebih baik okay? 






Maklumat lanjut :







p/s : Fana yakin semua pembaca blog fana ni merupakan mereka yang berfikiran terbuka untuk menerima gambar-gambar pakaian dalam wanita. Oleh kerana ini merupakan tugas fana, fana ingin minta maaf sekiranya ada yang berpendapat ini merupakan sesuatu yang memalukan atau mengaibkan mana-mana pihak.

xoxo,
fana

28 June 2015

Festival Ramadhan Klang 2015 Sepanjang 26 Jun - 12 Julai

Assalamualaikumm..




Sepanjang bulan Ramadhan ni, GM Klang menganjurkan Festival Ramadhan Klang 2015 yang menyediakan pelbagai aktiviti dan jualan. Festival ini telahpun bermula pada 26 Jun dan akan berakhir pada 12 Julai. 

Semalam telah berlangsungnya Majlis Pembukaan dan Sidang Media Festival Ramadhan Klang 2015 yang diadakan di tempat letak kereta Blok C Pusat Pemborong GM Klang. Majlis yang bermula pada jam 6 petang itu dihadiri oleh kesemua mereka yang terlibat di belakang tabir termasuklah media-media.

Festival Ramadhan Klang turut bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Projek Iqra' dan Women International Network (WIN). Festival ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn. Bhd iaitu Yang Berbahagia Dato' Lim Seng Kok di samping Yang Berusaha Dr. Leong Khai Hin, Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry (KCCCI).

Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan bagi penduduk sekitar Klang, para penganjur, peniaga-peniaga dan juga pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Munirah. 

Duit raya juga dihulurkan kepada peserta-peserta Projek Iqra' yang telah memilih Pusat Pemborong GM Klang sebagai salah satu destinasi projek mereka. Melalui projek ini, peserta-peserta yang terdiri daripada anak-anak komuniti di bawah umur 12 tahun berpeluang membeli persiapan raya dengan duit yang diperuntukkan bagi melakarkan senyuman pada wajah mereka sempena Hari Lebaran yang bakal tiba tak lama lagi.

Apa yang menarik di Festival Ramadhan Klang, terdapat lorong Laman Budaya yang bertemakan suasana kampung halaman, mainan-mainan tradisional juga disediakan sepanjang Laman Budaya. Pasti ramai anak-anak kecil yang suka berjalan di Laman Budaya ni kerana terdapat pelbagai gambar-gambar menarik. Para pengunjung juga dapat bergambar sepanjang lorong tersebut dan sertakan hashtag #FestivalRamadhanKlang2015 jika memuat naik gambar di laman sosial.








Di sebelah luar pula, terdapat pebagai aktiviti menarik sepanjang festival berlangsung. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur dan ianya sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. 

Festival Ramadhan Klang 2015 beroperasi dari jam 3 petang sehingga jam 11 malam pada setiap hari Isnin - Jumaat dan bermula seawal 11 pagi pada hari Sabtu dan Ahad. 


Antara aktiviti yang diadakan sepanjang festival berlangsung ialah Pertunjukan Giant Bubble, Dekorasi Cupcake, Demonstrasi Mencanting Batik, Penggayaan Hijab, Penampilan Maskot Upin dan Ipin, Bengkel Wau, Penampilan Maskot Awang Kenit, Dunia Eicak dan Cingkus, Begkel Kuda Kepang, Penampilan Maskot Chichi dan Chacha, Demonstrasi Masakan, Bacaan Ayat-ayat Al-Quran, Moreh bersama Selebriti seperti Zaiton Sameon, Nassier Wahab, Kent Blues, Sheqal, Didi Astilah, Awi Rafael, serta ceramah-ceramah agama dan selawat.


Terdapat lebih 120 buah gerai yang mengadakan jualan sempena Festival Ramadhan Klang 2015. Pelbagai barang-barang persiapan raya yang dijual di sini antaranya baju raya, biskut raya, dan juga juadah berbuka puasa. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.



Majlis pembukaan Festival Ramadhan Klang dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn. Bhd, Dato' Lim Seng Kok yang turut melahirkan rasa bersyukur kerana dapat menganjurkan program sebegini. Menurutnya lagi, objektif festival ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pengunjung dan dapat beramah mesra antara satu sama lain.

Dato' Lim turut berterima kasih kepada pihak UiTM dan WIN kerana dengan penglibatan mereka, secara tidak langsung mampu melahirkan bakal usahawan-usahawan berjaya yang mampu mencorakkan lagi industri keusahawanan negara. Beliau turut merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Infaq Bridger di atas sumbangan sejadah sembahyang di dua buah surau Pusat Pemborong GM Klang.



Simbolik perasmian Festival Ramadhan Klang 2015


Sejurus menyampaikan ucapan, Dato' Lim Seng Kok bersama-sama para penganjur merasmikan festival dengan melepaskan beberapa belon helium sebagai simbolik perasmian. 



Pengunjung bukan sahaja berpeluang membeli-belah tetapi juga turut dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka di Malaysia antaranya Nasir Wahab, Yantzen, Ayu Damit, Bunkface, Awi Rafael serta beberapa kumpulan Nasyid terkenal di Malaysia.


Persembahan oleh Nasir Wahab

Buat penduduk-penduduk Klang mahupun yang tingal di Kuala Lumpur, Selangor ataupun mereka yang ingin membeli persiapan raya tak kira dari mana sekalipun, Pusat Pemborong GM Klang merupakan destinasi paling sesuai untuk semua. Barangan-barangan yang dijual menawarkan harga yang amat berpatutan. Apa tunggu lagi? Jom datang ke Festival Ramadhan Klang 2015 di Pusat Pemborong GM Klang. 

Apa pun, ingat ya, jangan membazir di bulan Ramadhan. 




Untuk maklumat lanjut layari : 

Websitewww.gmklang.com




xoxo,
fana




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...