TABUNG

28 June 2015

Festival Ramadhan Klang 2015 Sepanjang 26 Jun - 12 Julai

Assalamualaikumm..




Sepanjang bulan Ramadhan ni, GM Klang menganjurkan Festival Ramadhan Klang 2015 yang menyediakan pelbagai aktiviti dan jualan. Festival ini telahpun bermula pada 26 Jun dan akan berakhir pada 12 Julai. 

Semalam telah berlangsungnya Majlis Pembukaan dan Sidang Media Festival Ramadhan Klang 2015 yang diadakan di tempat letak kereta Blok C Pusat Pemborong GM Klang. Majlis yang bermula pada jam 6 petang itu dihadiri oleh kesemua mereka yang terlibat di belakang tabir termasuklah media-media.

Festival Ramadhan Klang turut bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Projek Iqra' dan Women International Network (WIN). Festival ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn. Bhd iaitu Yang Berbahagia Dato' Lim Seng Kok di samping Yang Berusaha Dr. Leong Khai Hin, Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry (KCCCI).

Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan bagi penduduk sekitar Klang, para penganjur, peniaga-peniaga dan juga pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Munirah. 

Duit raya juga dihulurkan kepada peserta-peserta Projek Iqra' yang telah memilih Pusat Pemborong GM Klang sebagai salah satu destinasi projek mereka. Melalui projek ini, peserta-peserta yang terdiri daripada anak-anak komuniti di bawah umur 12 tahun berpeluang membeli persiapan raya dengan duit yang diperuntukkan bagi melakarkan senyuman pada wajah mereka sempena Hari Lebaran yang bakal tiba tak lama lagi.

Apa yang menarik di Festival Ramadhan Klang, terdapat lorong Laman Budaya yang bertemakan suasana kampung halaman, mainan-mainan tradisional juga disediakan sepanjang Laman Budaya. Pasti ramai anak-anak kecil yang suka berjalan di Laman Budaya ni kerana terdapat pelbagai gambar-gambar menarik. Para pengunjung juga dapat bergambar sepanjang lorong tersebut dan sertakan hashtag #FestivalRamadhanKlang2015 jika memuat naik gambar di laman sosial.








Di sebelah luar pula, terdapat pebagai aktiviti menarik sepanjang festival berlangsung. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur dan ianya sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. 

Festival Ramadhan Klang 2015 beroperasi dari jam 3 petang sehingga jam 11 malam pada setiap hari Isnin - Jumaat dan bermula seawal 11 pagi pada hari Sabtu dan Ahad. 


Antara aktiviti yang diadakan sepanjang festival berlangsung ialah Pertunjukan Giant Bubble, Dekorasi Cupcake, Demonstrasi Mencanting Batik, Penggayaan Hijab, Penampilan Maskot Upin dan Ipin, Bengkel Wau, Penampilan Maskot Awang Kenit, Dunia Eicak dan Cingkus, Begkel Kuda Kepang, Penampilan Maskot Chichi dan Chacha, Demonstrasi Masakan, Bacaan Ayat-ayat Al-Quran, Moreh bersama Selebriti seperti Zaiton Sameon, Nassier Wahab, Kent Blues, Sheqal, Didi Astilah, Awi Rafael, serta ceramah-ceramah agama dan selawat.


Terdapat lebih 120 buah gerai yang mengadakan jualan sempena Festival Ramadhan Klang 2015. Pelbagai barang-barang persiapan raya yang dijual di sini antaranya baju raya, biskut raya, dan juga juadah berbuka puasa. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.



Majlis pembukaan Festival Ramadhan Klang dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn. Bhd, Dato' Lim Seng Kok yang turut melahirkan rasa bersyukur kerana dapat menganjurkan program sebegini. Menurutnya lagi, objektif festival ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pengunjung dan dapat beramah mesra antara satu sama lain.

Dato' Lim turut berterima kasih kepada pihak UiTM dan WIN kerana dengan penglibatan mereka, secara tidak langsung mampu melahirkan bakal usahawan-usahawan berjaya yang mampu mencorakkan lagi industri keusahawanan negara. Beliau turut merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Infaq Bridger di atas sumbangan sejadah sembahyang di dua buah surau Pusat Pemborong GM Klang.



Simbolik perasmian Festival Ramadhan Klang 2015


Sejurus menyampaikan ucapan, Dato' Lim Seng Kok bersama-sama para penganjur merasmikan festival dengan melepaskan beberapa belon helium sebagai simbolik perasmian. 



Pengunjung bukan sahaja berpeluang membeli-belah tetapi juga turut dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka di Malaysia antaranya Nasir Wahab, Yantzen, Ayu Damit, Bunkface, Awi Rafael serta beberapa kumpulan Nasyid terkenal di Malaysia.


Persembahan oleh Nasir Wahab

Buat penduduk-penduduk Klang mahupun yang tingal di Kuala Lumpur, Selangor ataupun mereka yang ingin membeli persiapan raya tak kira dari mana sekalipun, Pusat Pemborong GM Klang merupakan destinasi paling sesuai untuk semua. Barangan-barangan yang dijual menawarkan harga yang amat berpatutan. Apa tunggu lagi? Jom datang ke Festival Ramadhan Klang 2015 di Pusat Pemborong GM Klang. 

Apa pun, ingat ya, jangan membazir di bulan Ramadhan. 




Untuk maklumat lanjut layari : 

Websitewww.gmklang.com




xoxo,
fana




2 comments:

  1. Hi fana...cantik blog fana...wah dah pi GM klang...best ye...kalau free esok akak nak pi lah meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Kak Julia, nanti pergi la. Macam-macam ada dijual kat sana. Murah2 pulak tu. :)

      Delete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...