TABUNG

18 June 2015

Bianco Mimosa Raya 2015 | Safari, Flora dan Fauna

Assalamualaikumm..


Safari, Flora, Fauna dan Mimosa Raya 2015
Hotel Royal Chulan, Bukit Bintang



Baru-baru ini telah berlangsungnya pertunjukan fesyen bagi koleksi raya oleh jenama terkenal di Malaysia iaitu Bianco Mimosa. Jenama ini telah dikenali ramai kerana sering menaja pakaian anugerah selebriti-selebriti di Malaysia.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Seri Shahrizat bt Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang berbahagia Dato' Sahol Hamid, Timbalan Canselor UiTM serta selebriti-selebriti tanah air seperti Erra Fazira, Datin Paduka Umie Aida, Rizal Ja'afar, Adeline Tsen, dan ramai lagi.



Dato' Ida Suraya mengetengahkan konsep Flora dan Fauna dan menjadikannya tema pertunjukan fesyen pada tahun ini. Bertepatan dengan temanya Flora dan Fauna, pentas runway direka khas menyerupai harimau bintang dan persembahan tarian suku kadazan membuka tirai pada malam itu.


Mengimbau kembali satu ketika dahulu, team Bianca Mimosa menjemput Dee, pelawak dan pelakon yang terkenal dengan lawak sebagai seorang perempuan. Ternyata lawak beliau masih menghiburkan.


Bianco Mimosa telah megorak selangkah lagi dengan menampilkan rekaan baru sempena Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi.


Yang paling penting bagi Pengasas dan Pereka Bianco Mimosa tidak sama sekali tidak berkompromi tentang kualiti fabrik, seni jahitan dan perincian mengunakan kerja tangan (hand made) di setiap rekaan dan menjanjikan keselesaan kepada si pemakai.


Malam yang penuh besejarah ini, Bianco Mimosa dengan bangganya berkongsi koleksi sebanyak 118 rekaannya berserta pelbagai warna wami bertepatan   dengan tema Safari, Flora, Fauna dan Mimosa Raya 2015.




Rekaan yang unik ini sentiasa memastikan keselesaan, aura seksi, berani dan berkarisma kepada sesiapa yang memakai helaian eksklusif dari keluaran Bianco Mimosa.

Tampil pada rekaan yang amat berlainan meyakinkan dengan memacu kelainan helaian jenama ini berbanding rekaan pereka fesyen yang berada di pasaran pada hari ini.




Dengan mengorak langkah dengan menterjemahkan rekaannya dari tiga sudut yang berlainan serta memperincikan setiap elemen rekaan dengan menambah nilai seperti zip di balik susunan manik, sebelah bawah rekaan kain yang mengembang indah apabila si pemakai melangkah dan cebisan fabrik kulit di atas belahan jubah menambahkan lagi ranggi kepada si pemakai.





Berkonsepkan Safari Fauna Mimosa Raya 2015 menampilkan gaya eksklusif dan tersendiri melalui Pengasas dan perekanya YBhg Dato' Ida Suraya Mustapha yang   merupakan seorang wanita "Fashion Passionate" yang menjadikan pentas peragaan seluruh dunia sebagai terapi minda dan membawa elemen-elemen antarabangsa ke dalam busana berciri timur tanpa melanggar trend serta gaya semasa terkini.





Seperti yang kita tahu, tahun ini kemungkinan merupakan kebangkitan fesyen songket yang pernah dijulang satu ketika dahulu. Bianco Mimosa juga merupakan salah satu jenama yang sama-sama membangkitkan songket dan memperkenalkannya di persada dunia.


Pertunjukan fesyen diakhiri dengan persembahan hebat daripada pengalun suara merdu dan mantap Nurul Wahab. Nurul persembahkan dua buah lagu  iaitu Roar oleh Katy Perry dan My Heart Will Go On (Titanic). Tak sangka masih berbisa.


Dato' Ida Suraya bersama rekaan-rekaannya

Memandangkan arus fesyen tempatan yang agak statik memandangkan Malaysia bukan Negara empat musim sepertimana Negara Eropah misalnya yang membuatkan dunia fesyen bertukar pada setiap tiga atau atau empat bulan mengikut musim.

YBhg Dato' Ida Suraya Mustpha yakin dan percaya muda mudi Malaysia pada masakini kian terbuka soal gaya sekaligus bakal mengubah atmosfera pegemar fesyen di dalam negara.



Dah shopping baju raya? Kalau belum jangan lupa layari www.biancomimosa.com.


xoxo,
fana

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...