Assalamualaikumm..
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia buat korang semua. Bulan ni merupakan bulan paling ditunggu-tunggu oleh umat islam. Tak sangka dah sepuluh hari kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Semoga Ramadhan tahun ni memberikan rahmat dan hidayah buat kita semua. Aminnn.
Fana rasa happy sangat sebab tahun ni dah jadi tahun kedua fana menjadi saksi makanan sedap-sedap di Chakri Palace. Sampai ada kawan yang tegur fana, "Dah macam rumah kedua". Eh? Hehehe. Alhamdulillah. Semoga pihak Chakri Palace terus memberikan kepercayaan buat fana untuk terus sama-sama membantu mempromosikan Chakri Palace. Fana juga pemegang kad VIP Chakri Palace tau!
Untuk korang yang belum baca mengenai pengalaman fana di Chakri Palace pada tahun lepas boleh la baca jugak. Banyak jugak info yang fana kongsikan mengenai pengalaman fana di Chakri Palace. Fana rasa sangat bersyukur kerana berpeluang merasa sendiri makanan-makanan dari 'Istana Chakri Thailand' ni.
Grand Launching Chakri Palace Royal Thai Cuisine Pavilion KL | Klik Sini
Ramadhan Buffet Review Chakri Palace Pavilion 2014 | Klik Sini
Pembukaan HWAN by Chakri di Midvalley Megamall | Klik Sini
Dah baca link-link previous post kat atas? Terima kasih. So, hari ni fana rasa mencabar jugak sebab update entri ni bulan puasa dan siang hari pulak tu. Selalunya fana akan update blog pasal food review malam-malam tapi sebab malam ni fana ada majlis berbuka puasa di GM Klang, maka kita update sekarang. Takpe, iman kuat kan? Korang yang baca ni fana nak bagi amaran siap-siap, kalau lapar jangan salahkan fana tau. Hahahaha.
Menu-menu yang disediakan :
Sate Ayam dan Daging |
Sambal Terung |
Rendang Daging Tok |
Ulam-ulam , Acar Timun |
Miengkam |
Kuih-muih tradisional |
Ubi Kayu Rebus |
Kuih Talam |
Bawang dan Bayam Goreng Tepung |
Butter Prawn |
Tomyam Seafood |
Menurut Pengurus Imperial Chakri Palace, KLCC Encik Rezal, terdapat lebih 50 menu authentic Thailand yang disediakan sepanjang bulan Ramadan disini. Ini merupakan pertama kali Buffet Ramadhan disediakan di Imperial Chakri Palace KLCC kerana faktor ruang yang agak sempat. Imperial Chakri Palace, KLCC juga baru sahaja siap renovation pada tahun ini dan mereka bersetuju untuk mengadakan buffet ramadhan disini pada tahun ini kerana jumlah pengunjung dan pelancong yang ramai.
Buffet |
Buah-buahan sebagai pencuci mulut |
Bersama Chef Solahuddin Nuto |
Chef Solahuddin Nuto ni merupakan chef yang menyediakan makanan-makanan yang sedap-sedap kat sini. Mesti ramai yang belum tahu sejarah chef kan? Haaa, sebab tu kena baca entri fana tahun lepas. Kalau belum baca, kat atas tu fana ada sediakan link. Boleh la jenguk dan baca mengenai chef dan bagaimana chef boleh hebat masak masakan Thai dan Melayu.
Bersama Pengurus Restoran Encik Rezal |
Bersama rakan-rakan blogger semasa buffet review tempoh hari |
Buat penggemar makanan Thai, korang boleh la datang ke Chakri Palace bagi memenuhi craving tekak korang tu. Kat sini dari appetizer, main dish sampai la dessert semuanya sedap-sedap belaka. Ramai yang tak percaya Chakri Palace menyediakan makanan yang menjadi feveret orang melayu. Kebanyakan pengunjung Chakri Palace juga merupakan pengunjung tetap dan mereka juga mendapat benefit yang banyak daripada setiap kunjungan ke Chakri Palace. So, korang bila lagi?
Sepanjang Ramadhan, Chakri Palace akan menyediakan menu-menu mengikut hari yang ditetapkan. Antara menu-menu yang disediakan sepanjang Ramadhan ialah :
Pembuka Selera
---------------------------
Mieng Kam Ulam Daun Kadok
Ulam-ulaman dengan Sambal Belacan
Telur Masin
Acar Timun
Aneka Jeruk
Kangkung Goreng Ala Thai
Samosa Goreng
Por Pia Inti Sayuran
Aneka Keropok
Onion Ring Goreng
Buah Kurma
Gado-gado
Nasi Impit Kuah Kacang
Aroma Thailand
----------------------
Lamb in Thai Green Curry
Butter Prawn with Salted Egg
Sautéed Squid with Garlic Sauce
Fried Sliced Fish with “Tiga Rasa” Sauce
Stir Fried Lala with Tom Yam Paste
Stir Fried Mix Vegetables
Sautéed Beancurd with Minced Chicken
Steamed Fragrant Rice
Citarasa Malaysia
-----------------------
Rendang Daging Tok
Pajeri Terung
Pajeri Nenas
Ayam Kapitan
Nasi Beriani
Kerabu
------------
Kerabu Mangga Thai
Som Tam @ Kerabu Betik Muda
Kerabu Ayam Cincang
Kerabu Glass Noodle
Live Action Stalls
-----------------------
Gerai Sup Tom Yam – Bihun, Mee, Kuey Teow
Gerai Satay – Ayam & Daging
Gerai Ikan Bakar
Pemanis Mulut
---------------------
Red Ruby
Waterchestnut
Pulut Mangga
Buah-buahan
Kuih Muih Melayu
Aneka Jelly Thai
Ubi Kayu Stim
Pisang Stim Manis
Bubur Jagung & Pisang
Bubur Kacang
Harga :
Untuk pembelian secara talian, boleh layari :
xoxo,
fana
Sis pernah dapat jemputan ke chakri palace berbuka awal puasa ritu...tp terpaksa pass pada blogger lain sbb kekangan kerja...best chakri ni ye
ReplyDeleteBest sangat kak julia. Fana dah jatuh cinta dengan makanan-makanan dari Chakri ni.
ReplyDelete