TABUNG

11 June 2015

SEMBONIA | Liberal Art of Geometry Tour

Assalamualaikumm..







Baru-baru ini fana berkesempatan menyertai salah satu tour yang diadakan oleh Sembonia sempena pelancaran koleksi terbaru mereka iaitu Liberal Art of Geometry yang berlangsung di Alamanda, Putrajaya. Terkejut bila ternampak kelibat mini cooper bercorak geometry berwarna kuning dan biru yang diparkir betul-betul di hadapan pintu masuk Alamanda Shopping Mall. Adakah itu adalah gimik pelancaran?




Sewaktu sampai je di Butik Sembonia yang terletak di aras 1 Alamanda ni, terus fana nampak kelibat koleksi geometry yang sedang hangat diperkatakan tu. Tak sangka rupanya handbag bermotifkan geometry ni sangat memukau pandangan. Lebih-lebih lagi apabila gabungan warnanya juga sangat match dan sesuai digayakan oleh semua peringkat umur.


Dulu-dulu fana selalu fikir yang koleksi Sembonia ni makcik-makcik, Datin-Datinsss je yang pakai sebab entah la, maybe sebab masa tu fana budak-budak lagi kot nak fikir pasal all the branded handbags kan? Hahaha. Noob sangat. Sampai la satu tahap bila dah besar ni, handbag Sembonia nampak cantik sangat kat mata ni. Sebab tu Sembonia hasilkan koleksi yang bercorak seakan serupa tetapi bentuk yang berlainan. So, boleh la pakai koleksi Sembonia satu family dari mak sampai la anak paling bongsu kan.


Oh, ini kawan blogger fana Fadzi Razak. Sempat fana mintak dia pose sekejap dengan handbag ni. Cantik kan? Ramai betul pelanggan dan peminat Sembonia yang datang hari tu sampai kitorang pun tak sempat nak bergambar banyak-banyak dengan koleksi terbaru dari Sembonia ni. Cayalah! 


Sebenarnya Sembonia juga memiliki ramai tenaga-tenaga pakar yang mampu menghasilkan corak handbag yang sangat cantik. Ada diantaranya merupakan lukisan tangan oleh pelukis dan pereka dari Sembonia sendiri. Banyak elemen tradisi yang dikekalkan dalam corak yang mereka hasilkan. Salah satunya seperti gambar kat atas ni, lukisan rumah yang ditinggalkan atau tapak kawasan terbengkalai. Sesuai untuk mereka yang menggemari seni.


Kalau korang datang sendiri ke Butik Sembonia, korang akan dapat lihat koleksi-koleksi terhad dan yang baru sampai. Terlalu banyak koleksi yang cantik-cantik. Buat fana rambang mata. Tengok je la koleksi ni. Memang cantik, siap boleh match dengan kasut. Untung-untung dapat diskaun 50% untuk setiap pembelian. Eh, macam mana nak dapatkan diskaun? Haaa, kalau nak tahu korang cuma perlu :


Sembonia Contest :

Bergambar dengan mini cooper (macam gambar fana di atas) dan perlu sertakan hashtag #sembonia_style dan #ootd untuk redeem 50% voucher dan boleh shopping hari tu jugak! Sesuai untuk mereka yang sedang mencari barang hantaran.

Atau

Kira burung yang terdapat pada kereta mini cooper tersebut dan bilangan yang betul dan hantarkan penyertaan untuk memenangi goodies bag daripada Sembonia worth RM200 tau. 



Macam mana nak dapatkan diskaun 50% daripada Sembonia ni? Janganlah gelisah. Korang boleh pergi instagram @sembonia_style ataupun like Facebook Sembonia untuk dapatkan info-info mengenai next tour yang diadakan. Jangan lepaskan  peluang keemasan ni okay? Oh ya, Sembonia juga sedang mengadakan SALES di kesemua outlet mereka. Wuhuuuu, boleh la belikan hadiah untuk mak atau untuk diri sendiri. Siapa tak suka SALES kan?





Info lanjut layari :

Facebook | SEMBONIA




xoxo,
fana


1 comment:

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...