TABUNG

06 June 2015

Rangkaian Wangian Mewah Raysha Perfumes

Assalamualaikumm..



Bulan 5 ni takde birthday blogpost. Selalunya setiap tahun fana update birthday blogpost kan? Tak ada masa sangat. Tapi, tahun ni la tahun paling best sebab fana dapat banyakkkkk sangat hadiah. Hehehe. Okay, ni salah satu hadiah yang fana nak share dengan korang. Kalau korang penggemar wangi-wangian mahal, make sure korang baca entri fana fana sampai habis okay?

Acah-acah model Raysha

Bagi fana sendiri, fana memang suka bawak perfume dalam handbag. Pergi mana-mana mesti nak kena bawak perfume. Orang kata, kalau nak orang suka dekat dengan kita atau selesa dengan kita, kita ni kena la berbau harum. Kalau bau masyemm siapa yang nak datang dekat kan?

Memandangkan Raysha perfume ni dalam botol kecik, fana rasa ianya sangat fleksibel dan senang nak bawak pergi mana-mana. Fana pun jenis yang suka bawak banyak barang dalam handbag. Well, fana rasa semua perempuan pun ada perangai macam ni kan? Selagi boleh sumbat, sumbat aje. Hehehe.

Yang bestnya fana bukan dapat sebotol je! Fana dapat tiga botol. Weeehuuuu! Happy betol birthday girl dapat hadiah berganda-ganda. Dalam satu kotak tu ada tiga jenis wangian. Wangian Raysha perfume pulak bukannya wangian calang-calang tau. Semuanya diinspirasikan melalui wangian-wangian jenama terkenal.



Bright Crystal by Versace
Fantasy by Britney Spears
Floral by Gucci


Buat masa ni hati fana terpikat dengan bau Bright Crystal by Versace ni. Korang jangan tanya kenapa. Korang kena beli dan cuba sendiri. Memang harum dan menyegarkan sangat bau dia. Calit sikit je dekat nadi, pastu fana suka letak sekitar leher, sebab fana akan bau je sepanjang hari. Tak malunyaaaa bau diri sendiri. Eh, mesti la takkan nak bau orang lain pulak kan? Hihihihi.


Fana tak pasti korang tahu ke tak bahawa wangian yang bercampur peluh tu dapat menaikkan bau-bauan yang menyedapkan. Tetapi, yang kuat berpeluh dah tentulah lelaki kan? Perempuan macam fana ni kurang sikit berpeluh. Tapi, fakta tu betul. So, kalau korang suka bau badan sendiri, korang patut cuba wangian daripada Raysha Perfumes ni, MESTI BELI !

Untuk koleksi yang fana dapat ni merupakan koleksi FOR HER. Tak pasti la kalau ada lelaki yang suka pakai wangian perempuan kan? Sebab Raysha Perfumes pun ada keluarkan wangian FOR HIM jugak. So, untuk jejaka-jejaka di luar sana, sila grab sepantas mungkin dan korang berpeluang bertemu jodoh. Hahaha. Tak percaya? Try la dulu.

AWAS ! Tidak sesuai untuk lelaki yang dah berkahwin. Kehkehkeh

Okay, untuk korang yang berminat nak beli Raysha Perfumes ni boleh la beli secara dalam talian iaitu di website www.raysha.com.my (pilih jenis wangian, masukkan maklumat korang di ruangan yang disediakan ATAU hubungi terus Admin di talian +6010-2255 297 / +6010-2255 294 secara SMS/ WhatsApp/Wechat.

Bagi korang yang berminat nak menjadi agen Raysha Perfumes, korang boleh call jugak nombor di atas untuk pertanyaan lanjut. Fana pun tengah terfikir-fikir nak jadi agen ni sebab ramai kawan-kawan yang tanya fana mana nak beli, macam mana dan sebagainya. Boleh la buat duit sampingan.



Maklumat lanjut :



xoxo,
fana

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...