TABUNG

14 March 2014

CHAKRI PALACE ROYAL THAI CUISINE @ PAVILION, BUKIT BINTANG

Assalamualaikumm




Semalam fana dijemput oleh www.dineout.com.my bagi menghadiri sesi perasmian bersama media di sebuah restoran yang mendapat anugerah The Best of Thai Cuisine iaitu Chakri Palace Royal Thai Cuisine yang terletak di pusat membeli-belah Pavilion, Bukit Bintang. Well, mula-mula sampai situ fana rasa suka sangat dengan suasana restoran tu sendiri. Memang kena sangat dengan nama dia Chakri Palace kan? Jom kita tengok makanan yang dihidangkan semalam sempena Media Launch.


Semasa menunggu majlis mula, para media dihidangkan dengan beberapa jenis pembuka selera oleh beberapa gadis berpakaian tradisional Thailand. Mereka merupakan waitress di Chakri Palace. Kalau korang datang makan di Chakri Palace, korang pasti akan dilayan oleh waitress yang cantik-cantik dan lemah lembut persis gadis-gadis kampung di Thailand.


Apa sahaja permintaan korang pasti akan dilayan dengan segera. So, jangan risau bila korang nampak gadis-gadis berpakaian tradisional Thailand ni. Sawadikapppp!


Untuk main course, para media dan tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis nasi dan lauk-pauk. Apa yang boleh fana katakan ialah makanan yang dihidangkan sangat menepati selera masyarakat Melayu. 


Di satu sudut restoran, pelbagai jenis tomyam dihidangkan kepada tetamu. Fana sangat suka rasa tomyam seafood yang dihidangkan. Kena dengan selera dan citarasa fana yang gemarkan tomyam cair dan tidak terlalu masam. Letak pulak sotong, udang dan isi ikan, memang perghhh! 


Sampai sekarang pun terngiang-ngiang lagi rasa tomyam Chakri Palace. Kalau datang makan di restoran Thai, menu wajib ialah tomyam la kan? Rugi la kalau tak rasa tomyam dekat Chakri Palace. Highly recommended !


Bagi korang yang gemarkan pelbagai jenis kerabu macam kerabu mangga, kerabu betik dan macam-macam lagi la pun boleh cuba makan di Chakri Palace. Semua makanan yang dihidangkan di Chakri Palace boleh dikatakan sangat ngam la dengan citarasa dan anak tekak kita sebagai orang melayu ni kan? Pedas, masam semua ada.




Sebenarnya banyak lagi lauk-pauk yang ada di Chakri Palace. Korang boleh pilih berdasarkan menu. Yang penting semua makanan yang disediakan memang menepati citarasa anak tekak orang kampung macam fana ni la. Yang fana dengar, dekat Chakri Palace, Ayam Pandan dia sangat femes. Ayam tu dibalut dengan daun pandan. Korang patut cuba!

Untuk pencuci mulut pulak, para media dihidangkan dengan pelbagai jenis pencuci mulut yang lebih kurang macam makanan masyarakat Melayu. Kalau tak percaya jom tengok.

Cendol

Red Ruby Water Chestnut

Thai Jelly
Thai Jelly ni nampak macam kuih Tepung Pelita kan? Tapi rasa dia sangat lain. Bukan macam Tepung Pelita. Cuma persamaan dia atas tu santan dan bawah pandan. Santan dia agak masam dan yang bahagian bawah warna hijau tu manis.

Tako
Tako merupakan agar-agar yang diperbuat daripada kelapa. Apa yang fana rasa, dia lebih kurang macam Jelly Kelapa yang kita makan tu tapi yang ni dia buat dalam talam dan dipotong menjadi agar-agar.

Ubi dan Pisang
Yang ni fana paling suka sebab fana memang hantu pisang. Pisang ni makan dengan santan yang disediakan. Rasa dia lebih kurang macam makan Pengat Pisang. Rasa pisang tu manis lepastu makan dengan santan yang lemak-lemak sikit. Memang sedap. Fana makan banyak semalam. Hihihi

Chef Lamprai Phanphakdee

Selepas para tetamu dihidangkan makanan, Chakri Palace mengadakan demo untuk fruit carving oleh Chef Lamprai Phanphakdee - a master at fruit carving. Jom tengok video yang fana rakam semasa Chef Lamprai mengukir buah tembikai susu.


Jom tengok hasil ukiran buah oleh Chef yang manis jelita tu. Sangat kagum dengan kreativiti beliau.




Sangat la halus hasil tangan Chef Lamprai Phanphakdee ni. Sampai tak ada siapa boleh lawan hasil tangan beliau. memang kagum la dengan bakat beliau ni. Chakri Palace menganjurkan pertandingan fruit carving untuk lima orang media yang nak bertanding. Antara yang turut sama bertanding ialah rakan blogger fana Lwin Wen Li (klik untuk ke blog).

Demo fruit carving oleh Chef Lamprai Phanphakdee
Wen Li khusyuk buat fruit carving


So, taraaaaa! Ni la hasil tangan peserta yang join pertandingan fruit carving anjuran Chakri Palace. Ingatkan senang je nak ukir buah ni rupanya susah gila. Salute Chef Lamprai Phanphakdee ! Siapa yang menang ya?


Para peserta diberikan sijil penyertaan sebagai penghargaan menyertai pertandingan fruit carving. Walaupun tak menang, para peserta mendapat ilmu dan pengalaman baru. Thank you Chakri Palace.

Wen Li, pemilik blog Carpe Diem
Wen Li merupakan food blogger yang join untuk food review kali ni. Fana dapat tahu bahawa Wen Li pun datang atas jemputan oleh www.dineout.com.my jugak. Thank you CK ! We really enjoy the event last night. Thank you for invite. :)


Tak sangka dalam ramai-ramai media yang hadir, terselit seorang selebriti. It's Daniel Lee from Malaysia Idol Season 2! Wahhh, Daniel Lee pun dah rasa makanan di Chakri Palace, korang tunggu apa lagi? Cepat serbu Chakri Palace untuk the best Thai Cuisine in Malaysia! 



More details :
Chakri Palace Pavilion, 
Level 4 Connection, 
Pavilion KL 
(03-21431141)


xoxo,
nfcs

2 comments:

  1. Kak nora punya fav place thai food tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. @Nur Misnan
    Wahhh, yeke? Hehehe. Fana pon! Sedap kan makanan dia?

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...