TABUNG

08 March 2014

KIDZANIA KUALA LUMPUR MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-2

Assalamualaikumm..


Baru-baru ni, fana dijemput sebagai media bagi menghadiri majlis sambutan ulangtahun ke-2 KidZania Kuala Lumpur yang terletak di Mutiara Damansara. Sejujurnya, fana belum pernah datang lagi ke KidZania dan fana rasa sangat teruja untuk merasai sendiri kehebatan yang ada di KidZania. Sebelum ni cuma dengar cerita dari orang lain je. 


Pengunjung KidZania sedag beratur untuk masuk

Sampai je di KidZania, fana terkejut sangat sebab terlalu panjang barisan orang ramai yang sedang beratur bagi merebut peluang mendapatkan diskaun seperti yang dijanjikan. Menurut pengunjung lain, jam 6 pagi lagi orang ramai dah mula beratur. Wow! Tak sangka begitu hebat penangan KidZania


Tiket Masuk KidZania
 Apa yang menarik, fana diberikan tiket masuk yang kelihatan seperti tiket Air Asia. Apa yang fana tahu, Air Asia bekerjasama dengan KidZania untuk kapal terbang simulasi di dalam KidZania untuk digunakan kanak-kanak yang berkunjung ke KidZania. Hebatnya bebudak sekarang, boleh jadi juruterbang.

Goodies Bag daripada KidZania
KidZania memberikan goodies bag kepada Media. Goodies bag tersebut mengandungi buku nota KidZania, thumb drive dan juga beberapa flyers yang mengandungi info mengenai KidZania. Terima kasih KidZania ! Fana memang suka sangat kalau orang bagi buku nota dan thumb drive. :)

Cek KidZania
Setiap pendaftaran, kanak-kanak akan diberikan cek CIMB sebanyak limapuloh Kidzos (mata wang KidZania). Cek tersebut perlu ditunaikan di Bank CIMB yang terdapat dalam KidZania. Untuk pengetahuan semua, bank tersebut cuma kanak-kanak sahaja yang dibenarkan masuk. Kenapa? Nanti fana ceritakan.

Wang Kertas KidZania (Kidzos)
Selepas cek tersebut ditunaikan, kanak-kanak akan mendapat wang kertas berjumlah limapuloh Kidzos ni. Sekali tengok dah macam duit Jutaria pun ada kan? Hehehe. Okay, duit ni boleh digunakan untuk menyertai apa-apa sahaja permainan yang terdapat dalam KidZania bergantung kepada harga.

Ada satu perkara yang membuatkan fana rasa kagum sangat dengan this wonderland. Nak tahu tak apa? Kanak-kanak boleh meraih pendapatan mereka dengan bekerja di dalam KidZania ! Yes, fana tak tipu. Kerja apa? Haaaaa, dalam KidZania, mereka menyediakan pelbagai ruang pekerjaan berdasarkan cita-cita kanak-kanak tersebut.

Mereka boleh jadi Polis, Bomba, Jurutol, Juruterbang, Doktor, Tukang Masak, Juruhebah Radio, Pengacara, dab banyak lagi. Semuanya menggunakan sistem simulasi iaitu sistem yang menyerupai sistem sebenar. Teruja sangat fana rasa sebab masa fana kecik dulu tak ada pun semua ni. Sobs !


Semasa fana baru sahaja mengambil tempat di tempat duduk Media, para pekerja KidZania mengadakan flashmob dengan menari beramai-ramai dan berselerak secara tiba-tiba apabila muzik dipasangkan. Agak terkejut jugak fana bila tetiba diorang datang dan menari di depan fana. Wah, bukan main tau pekerja-pekerja KidZania. Satu kejutan jugak la buat fana yang baru first time datang ke KidZania ni.


Para pengunjung menikmati persembahan daripada pemuzik-pemuzik muda dan berbakat dari Beaming Strings Ensemble sempena Parti Ulang Tahun Kedua KidZania Kuala Lumpur. Sangat berbakat adik-adik ni bermain alat-alat muzik. Beruntungnyaaaa.

Pusat didik hibur keluarga terkemuka, KidZania Kuala Lumpur, menyambut ulang tahunnya yang kedua bersama rakan kongsi industri, kanak-kanak dan ibu bapa dengan tema sambutan ‘All Good Things Come in 2s’!

Sempena ulang tahun kedua KidZania, 200 pengunjung pertama diberi tiket masuk percuma manakala pengunjung berikutnya diberi diskaun 40% daripada harga tiket biasa. Persembahan istimewa oleh Beaming Strings Ensemble dan KidZania Kuala Lumpur Artistic Percussionists serta 200 pek majlis berisi bertih jagung dan barang dagangan eksklusif untuk kanak-kanak yang datang pada jam 2:00 petang untuk memeriahkan lagi suasana.

Fana membawa dua orang kanak-kanak sebagai teman pada hari tersebut dan sedih jugak bila diberitahu yang 200 pertama kanak-kanak yang diberi masuk percuma telah selamat mendaftar sebab diorang beratur awal pagi lagi. Tapi, takpe sebab fana berjaya mendapat 40% diskaun setiap seorang kanak-kanak yang fana bawak tu. 

Mesti ramai tertanya-tanya berapa harga masuk ke KidZania kan? Okay, jom fana kongsikan ye.

Harga Masuk KidZania
KidZania Kuala Lumpur turut berkongsi kemeriahan sambutan ini bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Sayang dan Rumah Kasih Sayang dengan menaja kunjungan pertama mereka ke pusat tersebut.


Pada majlis tersebut, pemenang peraduan video sempena ulang tahun kedua KidZania Kuala Lumpur juga diumumkan. Pemenang hadiah utama,  Emily Gunn Shian Mum, 11 tahun, dari Petaling Jaya dan Lau Hau Shien, juga 11 tahun, dari Klang, menerima hadiah percutian yang dibayar penuh untuk empat orang setiap satu ke KidZania Dubai bernilai RM25,000.

Ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin

Encik Andrés Fabre






Majlis sambutan ulang tahun kedua ini dipengerusikan oleh Gabenor KidZania Malaysia, 
Yang Mulia Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin, yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd, Encik Andrés Fabre, 
Ketua Pegawai Operasi Global KidZania Central Government, diiringi Encik Mohd Daud Mohd Arif, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Tuan Haji Zainuddin Abas, Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merasmikan upacara memotong kek.

Lori bomba
Saat fana menjejakkan kaki di dalam KidZania, tiba-tiba ada orang tiup wisel. Kecoh! Kenapa? Rupa-rupanya ada lori bomba nak lalu. Boleh bayangkan tak ada lori bomba yang nampak macam real siap ada driver membawa sepasukan ahli bomba untuk memadamkan kebakaran. Di dalam lori bomba pula riuh dengan suara pasukan bomba menjerit dengan kata-kata semangat. Kagumnya dengan kanak-kanak ni.

Aktiviti memadamkan kebakaran
Setelah mereka sampai di tempat kejadian, sebuah hotel telah hangus terbakar dan pasukan bomba cilik ni terpaksa memadamkan kebakaran. Comel kan? Yang berdiri dihadapan bagi mengawal keadaan ialah pasukan polis. Nampak tak bagaimana mereka dilatih untuk menjadi satu pasukan di dalam KidZania !!

Satu tinjauan Children Career Survey of Malaysia baru-baru ini yang mendapati kanak-kanak sekolah di Malaysia berumur 7 hingga 14 tahun bercita-cita menjadi pelakon, guru, doktor, model dan chef. Karier lain yang menjadi idaman adalah perisik, pembuat coklat, pemandu pelancong, pereka fesyen dan penyampai TV. Kesemua ini merupakan profesion yang boleh dirasai di KidZania  Kuala Lumpur.

Plaza Tol KidZania

Studio Hitz FM KidZania


Okay, ni CIMB Bank yang fana ceritakan tu. Kanak-kanak akan masuk ke sini untuk tunaikan cek limapuloh Kidzos yang dapat tadi tu. Apa yang bestnya, bank ni cuma membenarkan kanak-kanak sahaja masuk dan orang dewasa dilarang masuk ke kawasan ni. Bukan apa, KidZania nak mengajar kanak-kanak supaya melalui prosedur seperti orang dewasa. Hebatnyaaaa!

“KidZania Kuala Lumpur membolehkan kanak-kanak merasai lebih 100 pilihan karier dan platform kami yang berasaskan realiti adalah efektif dan popular. KidZania Kuala Lumpur terus menjadi pilihan kanak-kanak dan ibu bapa dan diiktiraf oleh industri. Tahun lepas, kami memenangi anugerah Best Experience for Kids di majlis anugerah 
Best of Malaysia Awards (BOMA) 2013 oleh majalah Expatriate Lifestyle dan Anugerah Gangsa untuk kategori “Best Online Driver” untuk kempen “Kids for a Greener World” di majlis anugerah Marketing Events Awards 2013,” kata Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin.

Aktiviti-aktiviti baru sentiasa diperkenalkan di KidZania Kuala Lumpur apabila terdapat rakan industri yang baru menjadi sebahagian daripada bandar KidZania, memberi pendedahan berterusan kepada pengunjung cilik merasai pengalaman didik hibur baru dan karier sebenar. Pada 2013, 43 rakan industri baru menyertai KidZania Kuala Lumpur.


Dengan lebih 950,000 pengunjung sejak 2012, pusat didik hibur ini berhasrat untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dalam usaha mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang ideal bagi pengunjung tempatan mahu pun luar negara. Kerjasama juga sedang dirancang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkenalkan kanak-kanak sekolah kepada pelbagai karier secara role-play.

Jadi apakah yang boleh dijangka daripada KidZania pada tahun 2014?

“Lebih banyak program pendidikan dan hiburan akan diperkenalkan bermula Mac dan kami akan  bekerjasama rapat dengan sekolah-sekolah dalam program ini. Program tersebut adalah seperti KidZania CongreZZ, satu platform untuk kanak-kanak mengutarakan pandangan demi kebaikan komuniti KidZania, dan Kids for a Greener World, satu acara tahunan yang memberi inspirasi dan menguasakan kanak-kanak dan orang dewasa agar lebih prihatin terhadap alam sekitar. Pendek kata, lebih banyak keseronokan, lebih banyak profesion, lebih banyak cabaran kehidupan sebenar yang menanti kanak-kanak dengan perspektif dan pandangan yang unik,” jelas Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin.

 Senyum dan Kata Kai!: Perkataan ‘Kai’ bermaksud ‘Hi’ di KidZania
Alhamdulillah, fana sangat beruntung sebab dijemput sebagai media di majlis ini dan fana dapat rasakan kemeriahannya. Ruginya belum ada anak lagi. Hahaha. Kalau korang dah ada anak-anak lebih kurang umur 8 tahun hingga 12 tahun boleh la bawak sebab diorang dah pandai bermain dan dah ada cita-cita sendiri dah kan? Kalau yang masih kecil tu fana tak rasa diorang mampu untuk belajar tapi apa salahnya kalau kita dedahkan kepada diorang lebih awal kan?

Tag masuk KidZania
Fana tak sure kenapa fana punya warna merah. Mungkin untuk media kot sebab fana tengok orang lain pakai warna hjau. Tapi, fana tahu apa fungsi tag ni. Selain digunakan untuk masuk ke KidZania, tag ni juga digunakan untuk trace gambar korang yang ditangkap oleh photographer KidZania. So, nanti korang boleh beli gambar korang di studio gambar yang terdapat dalam KidZania.


Yeahhh, and this is outfit as a media. LOL! Fana pakai kimono cardigan, wide shawl dan harem pants. Fana jenis yang simple. Kalau boleh nak pakai jeans je tapi disebabkan kimono cardigan tu terlalu singkat untuk  jeans dan fana tak nak terlalu cekci pulak. Hihihi. Jadi, fana padankan dengan harem pants yang sangat lebar dan bercorak paisley ni. Fana tak ingat beli kat mana, kalau tak silap dekat Central Market dan fana sangat selesa dengan harem pants tu.

Temporary VISA KidZania
Pada pendapat fana, KidZania atau bandar KidZania ni merupakan satu theme park yang sangat menarik dan sarat dengan ilmu. Fana tak mampu nak senaraikan semuanya sebab fana tak ingat tapi apa yang fana ingat, dalam KidZania ada balai bomba, Tenaga Nasional Berhad, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Makmal Vitagen, Kilang Cadbury, KPJ Hospital, Farmasi, CIMB Bank, MarryBrown, Plaza Tol Plus, Petronas, Sushi King, Media Prima (TV3, TV9, 8TV), Hitz FM, SONY Photography, Balai Polis, Penjara, Mahkamah dan banyak lagi lah!


Fana suka dengan suasananya selain mereka dapat bermain dengan seronok, kanak-kanak juga diberi peluang merasai alam dewasa dengan bekerja dan mencari sumber pendapatan sendiri. Satu pengalaman yang takkan dapat dimana-mana melainkan di KidZania !


Untuk ibu-ibu dan bapa-bapa kat luar sana yang mempunyai anak-anak berumur 4 hingga 17 tahun dan ingin mendedahkan suasana alam pekerjaan kepada mereka, bawalah mereka ke KidZania yang terletak bersebelahan dengan The Curve. Anak-anak anda pasti suka dan mereka akan menjadi lebih bijak mungkin. Serius, fana rasa kalau fana dibenarkan bermain sama, fana akan main tapi sedar la diri dah tua. T.T



Info lebih lanjut :



xoxo,
nfcs

3 comments:

  1. Hai fanaa..saye bce dr mule smpai hbis artikel fana..rse mcm pnah nmpk je..klu pnah pon mgkin fana x cam dh kn..hehe..sy kje kt kz dlu..sronok kn kz nie? ;)

    ReplyDelete
  2. @airif haiqalz
    Hai ! Oh, awak pernah kerja di Kidzania ke? Memang best sangat. :)

    ReplyDelete


  3. A licensed Loan Lender, We offer Affordable Loan at 3% interest rate available for local and international borrowers, Are you seriously interested in getting a genuine Loan without stress? Do you need this Loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more details via:(majidvijahlending@gmail.com)

    LOAN APPLICATION FORM.

    (1)Full Name:
    (2)Country:
    (3)State:
    (4)Address:
    (5)Sex:
    (6)Occupation:
    (7)Amount needed:
    (8)Loan duration:
    (9)Loan purpose:
    (10)Telephone

    Email Us:(majidvijahlending@gmail.com)

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...