TABUNG

28 February 2014

ArtSphere at The Atmosphere

Assalamualaikumm...




The Atmosphere merupakan satu kawasan yang bakal menjadi tempat membeli-belah terkemuka pada masa akan datang. Apa yang menariknya, di sini mempunyai banyak dinding-dinding yang dilukis oleh pelukis mural yang hebat-hebat belaka. The Atmosphere telah dilancarkan pada 22 Disember 2013 dan bakal menjadi tempat tumpuan orang ramai !


Sepanjang fana berjalan di The Atmosphere ni, terdapat banyak lukisan mural 3D yang sangat cool dan real ! Sebab itu, tempat ini dinamakan Art Sphere 20/8ty (twenty/eighty).


Kalau sebelum ni fana pernah masuk Trick Art Museum ICity, kali ni fana lebih eksaited sebab Art Sphere bukan sahaja masuk secara percuma tapi, terdapat banyak lukisan 3D yang lebih menarik dan diluar jangkaan. Kalau tak percaya, jom tengok gambar-gambar ni.

Baru turun dari tren

Misi menyelamatkan diri sendiri

Si pencuri roti
Alamak, tertumpah pulak !

Bai roti

Si skema yang asik baca buku

Kereta baru we'olls !
Abang baru beli vespa baru dik !

Pukul berapa tren nak sampai ni? LOL!
Public Phone cuma ada kat London. Malaysia tak pakai dah.

Dunia cuma mainan.

Acah-acah sweet pulak.

Bomba pakai dress. Curlasss !

Pemain piano paling handal

Forever alone katako

Terjatuh dalam lubang Alice in Wonderland

Zaman bila pakai public phone bang?

Main tali skipping pulak

Di dalam makmal

Tidur. Penat dah

Tolong buatkan teh tarik

Banyak betul kan lukisan yang ada? Teruja tak? Kalau korang teruja, cepat-cepat datang sini okay? Jangan lupa bawak air mineral banyak-banyak sebab kat sini panas sikit. Tapi, jangan risau sebab ada beberapa buah restoran yang dah pun dibuka. Kalau lapar, dahaga, boleh pegi lepak kejap kat restoran pastu sambung bergambar balik. :)


Sebenarnya ada lagi lukisan 3D yang tak sempat kittorang nak tangkap gambar sebab tak sempat nak pegi semua dalam satu hari. Haaaa, gituuu. Kalau korang nak bergambar kat semua lukisan yang ada, korang datang la awal. Jangan risau, parking tak perlu bayar dan tempat parking pun banyak sangat !



Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web :


ArtSphere, The Atmosphere
1-3, Jalan Prima Tropika Barat 2, 
Taman Prima Tropika, 
43300 Kuala Lumpur, Malaysia
(Hint : Berdekatan Puncak Jalil / Seri Kembangan)

Koordinat GPS :
N 2° 58.952′ E 101° 39.767′ 

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...