TABUNG

30 April 2013

: Pesta Buku dan Trick Art Museum :

Assalamualaikum...


Seminggu cuti pertengahan semester, fana tak sentuh blog langsung. Apa yang fana buat, fana banyak habiskan masa berjalan, berjalan dan berjalan. Oh ya, fana lupa. Fana juga lebih banyak luangkan masa dengan ahli keluarga kami yang baru iaitu Muhammad Athif Iffat.

Ya, akak sulung fana yang kahwin pada tahun lepas dah pun selamat melahirkan anak sulungnya. Yeehuuu!


Rasa ceria sikit la hidup kan bila dapat tengok Athif setiap kali balik rumah. Hilang stress. :)

So, dah duduk rumah tak buat ape-ape. Bosan tahap tauhu sumbat. Tetiba si Mas mention kat Twitter tanya pasal Trick Art Museum. Fana pernah dengar sebelum ni pasal muzium ni. Tapi belom dapat gambaran lagi macam mana. Cuma, memang tengah trending.

Kebetulan, fana terbukak Safiyya kat TV9. Dia shoot dekat muzium yang Mas cakap tu. Punya la eksaited fana tengok Safiyya masa tu. Semata-mata sebab muzium tu je. Fana tengok si Liyana Hisham tu pun macam eksaited je shooting kat situ kan. Hahaha

Fana pun ape lagi, terus ajak SJ pergi. 

Macam biasa, permintaan akan dilayan. Tapi, sebelum tu...

Sabtu lepas, fana memang plan nak pegi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC. Pesta Buku berlangsung dari 26 April hingga 5 Mei 2013. Memang wajib pegi ni. Kalau tak pegi tak sah la kan? Sebab kerja fana memang menghabiskan duit je. Sebenarnya nak habiskan baucar buku. Ada lebih limapuloh ringgit. Tak sangka Buku Fixi ada buat sales. Tiga buah buku untuk sekeping baucar (limapuloh ringgit).

 Tak percaya? Nah, bukti !



 Bukti yang fana jugak dah borong tiga buah limapuloh ringgit.


Suasana di Booth Buku Fixi dan LejenPress.




Gila punya panjang beratur nak bayar. Haiyyaa ! Gila femes Buku Fixi. Terbaekkk ! Menjadi kegilaan remaja masa kini.

Oh ya, nak selit sikit. Cadangnya aku mengidam gila si Frappucino tapi apakan daya, bila sampai je aku tengok The Mall dah berubah cenggini. Kosong. Katanya nak tukar jadi shopping mall baru. Selamat tinggal The Mall. :(



Kembali kepada topik asal. Tiga buah buku yang fana berebut, tolak-tolak masa kat Pesta Buku sabtu lepas jatuh kepadaaaaaaa ! *drumroll*

Antara yang memang jadi pilihan utama haruslah KLCC sebab ini edisi terhad ! Lagi-lagi ada kisah Gadis dan Dua Menara yang baru-baru ni teaternya ditayangkan. Superb! Walaupun fana tak dapat pegi tapi tengok balik kemeriahannya, fana tahu macam mana jayanya teater tu. 

Untuk korang yang nak beli Buku Fixi, boleh beli melalui online : fixi.com.my

Habis cerita pasal #PBAKL. 

Lepas penat bersesak-sesak, nafas tercungap-cungap dek lemas kena himpit bagai, fana terus gerak ke Trick Art Museum yang terletak di I-City, Shah Alam.

Okay, untuk masuk ke muzium ni korang kena beli tiket lima ringgit seorang. Murah kan? Dah la murah, boleh bawak masuk kamera untuk bergambar puas-puas dalam tu lepas tu dia dua tingkat. So, banyak ruang yang boleh korang bergambar. Bagi fana, ianya sangat puas hati.



Masuk- masuk je pintu muzium, korang akan nampak 'cermin' ni. Serius, nampak sangat real. Macam cermin. Padahal cuma ruang yang dibahagi dua seperti bingkai gambar, lukisan cat yang sama di dua-dua belah bahagian. Fuyyooo !

Cermin tipu
Nampak tak tipunya bila tangan fana boleh tembus cermin tu.



Ini pulak gambaran seperti di Mesir. Yang konon-konon ada lorong sempit, lorong rahsia, firaun dan sebagainya.

Lorong rahsia tipu

Yang ini pulak konon-kononnya tingkap yang digunakan untuk sang pencinta kepada si puteri raja untuk bawak lari puteri daripada istana. Cewahh! Kemain beraninya lelaki zaman dulu-dulu. Dah macam cerita Rapunzel pulak kan?

Tingkap tipu

Nampak tak fana dah salah gunakan art. Fana jadikan tingkap ni sebagai bingkai gambar. Hahaha. Pon boleh ! Asalkan kita kreatif. Tapi, lagi kreatif si pelukis-pelukis Trick Art Museum ni kan?



Ini fana suka ! Hahaha. Dengan jayanya fana londehkan seluar si tinggi lampai ni ha. Tu la, sape suruh tinggi sangat. Ops! Saya tak sengaja. Maafkan saya penunggu gua. Kihkihkih

Padan muka. Hihihi

Kepsyen untuk gambar di bawah : "Lihatlah dunia, betapa kuatnya saya. Oh, ya. Ini adalah tempat simpan harta tujuh keturunan saya."
Ini lagi tipu :p



Selamat tinggal Malaysia. Me going to stay in Egypt. 

Lorong bawah tanah.

Titian maut kalau jatuh masuk gaung tipu

Tumbukan monster !

Hey, Kwang Soo pun ade ! 

Pingu, pingu. Nah, ikan !

Berebut seratus ringgit dengan Encik Kurita




"Eh, ada buaya la !" 

Ala, rindu kite ye? 

Demi menyelamatkan anak orang ni, biar saya tebang ini pokok! Hahaha



Makan dia ! Makan dia !

Feeling dalam ombak besar. Nak karam dah tu bang oi !

Benci kau ! Prangggg. 



Pendaki Gunung Jerai yang masih belum ditemui sehingga kini.

If I was an angel.




Muka puas dapat jenjalan sampai satu hari. Apa yang dapat fana simpulkan untuk entri kali ni ialah, pergilah tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan anda. Sumpah puas hati. Walaupun fana rasa tak puas lagi, rasa macam nak pegi lagi tapi fana rasa ianya perjalanan yang sangat berbaloi.

Bosan buat aktiviti yang sama. Tengok wayang, main bowling, karaoke. Apa salahnya sekali sekali pergi melawat tempat-tempat macam ni. Seronok. Rasa macam kagum sangat dengan kekreatifan si pelukis. Sebenarnya cuma lukisan di dinding dan lantai tapi disebabkan kesan khas tiga dimensi buatkan ianya nampak real !

Okaylah, nak sambung baca SUMBAT. Setiap kali nak baca mesti telan air liur dulu tengok macaroon dekat muka depan novel tu. Haish! Makan aje kerjanya. Kalau sempat nak pegi PBAKL lagi dan serbu Booth Terfaktab pulak. Nak dapatkan buku hasil tulisan Fynn Jamal. Okay. Tata titi tutu !


xoxo,
nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...