TABUNG

17 July 2013

: Resepi Puding Karamel :

Assalamualaikum..


Rasanya belum terlambat aku nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua. Mudah-mudahan puasa kita pada tahun ini diterima oleh Allah S.W.T. Aminnnnn.


Hari ni bersamaan dengan 8 Ramadhan, aku syak ramai yang dah pening tak tahu nak makan apa, nak masak apa untuk Iftar kan? So, disebabkan hari ni aku terlampau rajin, makanya aku akan berkongsi resepi feveret aku untuk berbuka. Resepi hari ni ialah........ Puding Karamel ! :)


Okay, jom baca sampai habis ye.


Bahan-Bahan

6 biji telur ayam
Setengah cawan gula pasir
Satu penutup esen vanila
Satu tin susu sejat


Enam biji telur ayam.
Untuk telur, terpulang dekat korang nak guna telur gred A, B atau C. Aku guna telur gred C. Lagi satu, aku guna telur enam biji saja. Ada orang guna lapan biji la sepuluh biji la. Terpulang ye. Kalau korang nak tebal puding korang tu nanti, guna la lapan biji. :)



Setengah cawan gula pasir

Untuk gula pulak, aku guna setengah cawan yang buat minum teh petang-petang tu. Ada setengah orang tak letak langsung sebab tak suka manis. So, kalau korang suka manis, korang boleh letak gula ikut tahap kemanisan yang korang suka ye. :)



Susu Sejat F&N
 Untuk susu sejat atau susu cair macam sesetengah orang panggil, aku guna satu tin. Tuang je sampai habis. Susu ni fungsi dia melembutkan, menggebukan dan melemakkan korang punya puding karamel. :)



Esen Vanila Star Brand

Benda wajib ada ni kalau tak ada memang perghhh! Hanyir korang punya puding karamel. Sebarang adunan yang menggunakan telur mesti kena letak esen vanila ni untuk elakkan hanyir. Aku cuma guna satu penutup dia je. :)


Hand Mixer

Aku guna hand mixer untuk dapatkan kegebuan dalam tempoh yang sangat cepat. Hahaha. Sebab kalau guna manual tu lenguh tangan kot baru boleh dapat kegebuan tu.


Sebelum

Selepas

Okay, untuk dapatkan kegebuan seperti ini, sini aku ajar cara-caranya ye.


Mula-mula, blend telur dan gula dulu sampai telur bertukar menjadi buih-buih putih. Untuk tahu telur dah kembang ke belum, buih akan berubah jadi putih sikit. Buih pun dah banyak. Bila korang angkat guna mixer tu, korang akan dapat tengok buih tu halus sangat.


Lepas dah jadi gebu tu, masukkan susu satu tin. Tuang sampai habis lepas tu blend lagi untuk dapatkan hasil yang sebati okay!


Tip : Untuk dapatkan puding karamel yang gebu tanpa berkerapu gitu, masukkan susu sejat selepas telur dipukul menjadi kembang. Kalau korang masukkan susu awal-awal, korang mungkin akan dapat puding karamel yang nampak berkerutu dan tak smooth teksturnya. Percayalah !


Okay, sebelum korang buat adunan telur tu, korang kena sediakan gula hangus dulu. Cara untuk buat gula hangus :


Goreng satu cawan gula tanpa air atau minyak. Opkos ! Jangan guna minyak pulak taw. Hahaha. Okay, goreng sampai gula ni cair.




Lepas gula dah cair dan bertukar keperang-perangan, masukkan air setengah cawan.


AMARAN : Masa masukkan air, tolong hati-hati ya sebab gula akan jadi mendidih dan menggelegak. Kalau kena tangan boleh melecur ye anak-anak. Sebab air gula, kadar kepanasan dia sangat panas dan boleh menyebabkan lecur.


Selepas dah masukkan air tu, kacau lagi dan tutup api. Jangan kacau terlalu lama sebab takut gula terlalu hangus dan pahit. Nanti tak sedap. :)


Kemudian, tuang gula hangus tadi ke dalam dulang atau loyang.




Sila abaikan keadaan loyang yang agak calar sebab aku selalu guna untuk buat kek batik. Potong kek batik guna pisau potong sayur pulak. Mana tak calar. Huhu


Okay, lepas dah tuang dalam loyang, biarkan air gula beku sedikit. Air gula akan beku bila sejuk.


Tip : Untuk pilih loyang, korang dicadangkan untuk pilih loyang mengikut mana yang korang prefer. Maksudnya disini, kalau korang nak puding korang tebal, guna loyang yang diameter dia kecik sikit dan sebaliknya.


Okay, lepastu masukkan telur yang dah diblend tadi tu ke dalam loyang dengan perlahan. Dan masukkan ke dalam periuk kukus. Kukus selama 20 hingga 30 minit. Dan siap !!


Sekian sahaja perkongsian resepi untuk hari ni. Alhamdulillah. Selamat berpuasa semua ! :)


Oh ye, terima kasih ye SJ untuk Wall's Selection Hersheys ni. Tahu-tahu je kite suka cekelat Kisses kan? Hihihi. You know me better. ^^



nfcs

3 comments:

  1. sedapnya puding karamel..rajin fana buat yea..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak asyik. Sementara tgh rajin ni la nak buat pon. Hehehe

      Delete
  2. ok, dah tengok resepi
    boleh try buat klu rajin time balik kampung nanti,hehe

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...