TABUNG

03 July 2013

: Nuffnang :

Assalamualaikum..


Ini kisah Nuffnang.


Semalam teringat nak bukak Nuffnang sebab dah lama sangat tak bukak rasanya. Bukan nak tengok berapa jumlah earning yang dah terkumpul tapi saja. Faham tak saja?


Sebenarnya nak cari guru la untuk blog. Agak-agak Asyik sudi tak jadi guru untuk kita? Yelah, kita tengok Asyik macam selalu je pergi event Nuffnang, lepastu blog Asyik pon macam perfect je kan? Hihihi. Sudi la. Pelishhh. *buat muka comel*.


Jadi, hasil daripada Nuffnang tu, ini yang aku dapat. Kalau la boleh faham apa yang sepatutnya aku buat untuk dapat BE yang tinggi kan best. Tamaknya Ya Allah !


Okay, ini untuk Cost Per Unit Visit. Benda alah ni ikut kempen yang dijalankan oleh Nuffnang setiap bulan kan?  Okay, aku cuma tak faham, BE yang aku dapat tu untuk setiap kunjungan atau setiap klik pada kempen? Dan, apa yang aku boleh bantu untuk dapatkan BE yang tinggi? *blur*




Apa yang aku perhatikan, CPC aku tinggi masa kempen IKEA Christmas. Nampak tak yang Amount dia 0.50 tu?




Penat pikir pasal CPC dan CPUV, aku pun bukak tab Keyword. Dan, ini hasilnya. Hahahaha. Berdekah aku gelak. Gelak bukan sebab apa, tapi kelakar sebab semua keyword yang pembaca search ni semua macam tak ada kena mengena dengan blog aku tapi boleh dapat capaian ke blog aku.


Faham tak apa yang aku maksudkan? Okay, keyword ni digunakan oleh semua pembaca masa search dekat Google. Contohnya, korang taip "kenanga wholesale". Hasilnya link blog aku akan terpampang dekat search korang tu.


Itu okay lagi. Tapi, kalau korang cari Tutorial cara Ameera Zaini pakai tudung, memang tak ada dalam blog aku. Maaf k. Maaf. Aku cuma buat tutorial gaya aku. Bukan gaya Ameera Zaini. Tapi tak apa. Alhamdulillah, dan terima kasih untuk korang jugak sebab dah ramaikan kunjungan ke blog aku.


Dan, lihatlah hasil carian mereka.



Tapi, apa yang aku terharu, ada carian link blog aku terus. Alhamdulillah. http://fanacheksaat.blogspot.com pon ada juga yang diguna. Ops! "cara pemakaian untuk wanita gemuk" tu jangan salah faham. Aku tahu apa yang mereka nak cari. Sebenarnya aku ada buat entri pasal Butik KZNabihah yang menjual baju-baju dari saiz S hinggalah ke XXXL.


Kalau tak percaya boleh guna link ni untuk pegi tengok. www.kznabihah.com.


Kalau korang yang sudi kongsi pasal CPUV dan CPC tu boleh la email aku di nurfarhanasaat@gmail.com. Dan buat pengunjung blog, terima kasih yang tak terhingga. :') *terharu*



nfcs

1 comment:

  1. Aritu akk komen panjang tau..tp xde pun..huhu..sbb aritu fana guna imotiv..btw, terima kasih fana sbb ada ckp ttg akk dlm entry ni.. hehe..bila2 masa kalau ada nk tnya pape boleh jea..

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...