TABUNG

23 July 2013

Majlis Iftar Bersama Sheikha Hub

Assalamualaikum..






Sabtu baru-baru ni, 20 Julai 2013 satu majlis berbuka puasa yang santai namun eksklusif telah dianjurkan oleh Sheikha Hub bagi mengumumkan bahawa mereka akan mengambil bahagian dalam pertunjukan fesyen berprestij Melbourne Spring Fashion Week (MSFW) yang bakal berlangsung pada 31 Ogos sehingga 8 September 2013.


Kronologi majlis. 

Majlis yang bermula jam 6 petang itu sangat ringkas apabila bermula dengan sedikit ucapan daripada Datin Norzihan, kemudian berlangsung mini fashion show bagi memperagakan rekaan empat pereka muda daripada Ammara Boutique, Mimpi Kita, Saraya Zahret, dan Azura Azwa. Selepas itu, sambil menanti waktu berbuka, tetamu dihidangkan dengan bacaan beberapa potong ayat Al-Quran daripada Ustaz yang dijemput khas. Ustaz tersebut juga mengazankan maghrib dan tetamu berbuka puasa dengan hidangan buffet yang disediakan oleh Serai.








Majlis berbuka puasa yang diadakan di Serai, Life Centre tersebut berlangsung dalam keadaan santai dan tenang. Suasana restoran yang agak kondusif buatkan para tetamu berasa selesa. Dengan hiasan bunga-bunga segar di atas meja dan susunan meja yang sangat teratur. Good environment Serai !



Makanan yang dihidangkan secara buffet kepada para tetamu juga sangat enak. Terdapat pelbagai jenis lauk daripada daging kambing, ayam, udang, ikan dan sebagainya. Selain nasi, turut dihidangkan adalah menu barat dan pantai timur. Bagi pencuci mulut, Serai menyediakan pavlova, tart pisang, cendol dan juga pelbagai kuih-muih tradisional. Maaf, tak sempat nak tangkap gambar makanan yang sedap-sedap dekat Serai tu.




Majlis dihadiri lebih dari 100 orang tetamu yang dijemput oleh pengasas Sheikha Hub sendiri, Datin Norzihan Ahmad Latt. Tetamu yang hadir terdiri daripada wartawan, jurufoto, pereka fesyen, selebriti dan para blogger.




MSFW yang akan diadakan di Federation Square, Melbourne, Australia bakal menyaksikan seramai 16 pereka fesyen yang terpilih memperlihatkan hasil rekaan mereka di pentas peragaan bertaraf dunia itu. Yang lebih menarik, Sheikha Hub akan diwakili oleh empat orang pereka muda dari jenama MIMPI KITA, SARAYA ZAHRET, AZURA AZWA dan AMMARA BOUTIQUE. Disamping itu, ianya bersesuaian dengan matlamat Sheikha Hub iaitu mengetengahkan pereka-pereka muda yang berbakat ke peringkat antarabangsa.


Salah satu rekaan daripada Mimpi Kita

Salah satu rekaan daripada Saraya Zahret. Model, merupakan Wajah Sheikha Hub.

Salah satu rekaan daripada Ammara Boutique

Model kiri dan kanan memperagakan koleksi raya daripada Azura Azwa. 

Barisan model dan pereka fesyen

Berpeluang bersembang dengan lebih dekat dengan pengasas Sheikha Hub, Datin Norzihan beliau sangat humble dan peramah. Beliau merupakan salah seorang usahawan yang boleh dijadikan contoh. Beliau sangat lemah-lembut dan bergaya ! Yes, that's the words.


Bersama pengasas Sheikha Hub, Datin Norzihan Ahmad Latt

Menurut Datin Norzihan, beliau sendiri tidak menyangka dan masih terkejut sewaktu menerima email daripada penganjur MSFW untuk mengajak Sheikha Hub ke Melbourne bagi memperagakan fesyen pereka tempatan yang bernaung di bawah Sheikha Hub.


Datin Norzihan, Pengasas Sheikha Hub.

Menurut Datin Norzihan lagi, portal Sheikha Hub baru sahaja dirasmikan pada 29 Jun 2013 yang lalu dan langsung mereka mendapat jemputan daripada pihak penganjur MSFW. "Ini adalah satu penghormatan yang tinggi kepada kami khususnya kepada industri fesyen muslimah negara" ujar Datin Norzihan.


Selain memperkenalkan pereka-pereka muda yang akan dibawa terbang ke Melbourne bulan Ogos nanti, Sheikha Hub turut mengumumkan Duta bagi portal Sheikha Hub iaitu pelakon terkenal yang kini berhijab, Natasha Hudson.






Dalam bulan September nanti, Sheikha Hub akan mengumumkan pencarian pereka fesyen "Designer Search" terbuka kepada pereka fesyen daripada Malaysia, Qatar dan United Arab Emirates. Pemenangnya akan diumumkan di Doha, Qatar.


Sheikha Hub memberi peluang kepada ramai pereka fesyen diluar sana yang ingin menonjolkan bakat mereka dengan memberi ruang dan nasihat oleh mentor-mentor yang telah dilantik oleh krew Sheikha Hub. Tiada bayaran yang dikenakan kepada pereka yang mendaftar dengan Sheikha Hub dan ini merupakan platform bagi ramai pereka muda untuk melebarkan sayap dalam bidang fesyen.


Untuk maklumat lanjut layari :  
Instagram : Sheikhahub
Facebook : SheikhaHub


Terima kasih kepada Asyik sebab mewakilkan fana ke Majlis eksklusif ni. Alhamdulillah, fana enjoy sangat di majlis berbuka puasa anjuran Sheikha Hub ni sebab semua orang sangat mesra termasuk pengasas Sheikha Hub sendiri, Datin Norzihan.


Fana juga berkesempatan berjumpa dengan salah seorang fashion blogger yang fana minat gila dan kagum dengan fesyen beliau iaitu SHEA RASOL

Bersama Shea Rasol

Salah seorang model dan juga pengacara televisyen, Hijab Stailista di TV9 yang fana kagumi sejak beliau menjadi pemenang Dara.com, Ameera Zaini. Tak sangka juga dapat berjumpa dengan meera yang cantik dan sangat peramah ni.

Bersama Ameera Zaini

Terima kasih Sheikha Hub untuk goodies yang sangat ohsem jugak !





Hijab Fesyen merupakan majalah fesyen untuk para hijabi yang terbaru oleh Utusan Karya. Banyak info tentang hijab dan fesyen didalam.


Me in a Bianca Dress by The Poplook and very simple shawl style using Jojet.

Itu sahaja perkongsian mengenai Majlis Iftar Bersama Sheikha Hub, terima kasih Sheikha Hub !


xoxo,
nfcs

3 comments:

  1. Alhamdulilah Fana ok kat sana aritu..thank you sbb tlg gantikan akk..next time mesti akan dpt lg invitation..good entry juga..senang dan mudah nk fhm..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak asyik sebab wakilkan fana utk event ni dan bagi fana rasa macam mana event blogger ni. Alhamdulillah, seronok sangat!

      Delete
  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel/lottrey toto 4D dr hasil ritual/ghaib melalui jarak jauh dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan ☎ (( +6282321594488 )) ATAU KLIK DISINI RITUAL PESUGIHAN DUNIA GHAIB


    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...