TABUNG

28 July 2013

: #ChurpoutBukaPuasa @ Restoran Bijan :

Assalamualaikum..


Alhamdulillah. Rezeki dibulan puasa mungkin. Entah kenapa, bulan puasa kali ni asik dapat makan percuma je. Datang bawak perut je. Hihihi. Rezeki Allah nak bagi. :)


Semalam, 27 Julai 2013 bertempat di Restoran Bijan, Jalan Ceylon Kuala Lumpur, satu majlis berbuka puasa anjuran Churp2 Malaysia telah pon diadakan. Untuk pengetahuan korang, setiap tahun Churp2 akan adakan #ChurpoutBukaPuasa ni bagi meraikan para churpers sekalian.


Alhamdulillah sebab tahun ni aku diberi peluang merasai sendiri suasana sebagai seorang Churper ! Sebelum ni aku cuma tengok dari jauh je taw. Hukhukhuk. Terima kasih kak Asyik yang baik hati sebab sudi ajak diri ini turut menghadiri majlis sebagai partner. Hamboih ! Ayat. Hihihi


Majlis sepatutnya bermula jam 6.30 petang tapi disebabkan pelbagai kekangan, aku dan Kak Asyik terpaksa 'melapor diri' di Restoran Bijan jam 4 petang. Banyangkan dua jam dalam tu cuma kami dua orang sahaja Churpers yang baru hadir.



Untuk elakkan bosan tahap ubat nyamuk fumakila yang melingkar tu, kitorang pun pusing satu restoran untuk ambik gambar apa yang patut. Berguna jugak untuk update blog kan?

Hiasan dalaman di Restoran Bijan


Okay, mula-mula aku nak cerita pasal Restoran Bijan. Bak kata adik aku, hari tu pegi Restoran Serai, now Bijan pulak. Ape ke pelik-pelik nama restoran ni. Hahaha. Nama macam pelik tapi makanan kat sini punyalah sedap. Tak tahu nak explain macam mana tapi memang sedap gilaaaaaaaa !





























Untuk korang yang nak berbuka puasa dekat luar, dan makan makanan yang sedap-sedap untuk berbuka, boleh la pegi berbuka dekat Restoran Bijan sebab makanan diorang memang sangat puas hati. Semuanya sedap. Tak ada satu pun yang tak sedap. Hidangan berkonsepkan buffet. Restoran ni area Bukit Bintang. Pepandai korang cari ye.




Bergambar dengan blogger yang cantik dan comel-comel ni. Jom singgah blog mereka. Banyak tips, pengalaman dan macam-macam lagi la. Tak percaya pegi tengok sendiri. Hihihi

Me, Kak Asyik dan Syafiqah Hashim


Ofcourse I Love Churp2 ! :)

Sementara menunggu yang lain sampai, kitorang serbu photobooth dulu. Banyak sangat prop yang disediakan. Tak tahu nak pegang mana satu. Rasa macam nak pegang semua. Semua prop cantik-cantik.




Antara hadiah yang disediakan oleh pihak Churp2 kepada para churpies. Comel ! Rasa macam nak semua. Sobs. Sobs. Sobs.



Sementara menunggu waktu berbuka, para churpers diminta meninggalkan apa-apa ucapan di "Wishing Tree". Apa yang aku tulis? Hahaha. Shhhhhhh !



Wishing Tree


Antara banyak-banyak meja dalam restoran, meja kitorang yang paling full ! Mana taknya sebab semua makanan sedap-sedap. Hihihi. Terima kasih Restoran Bijan dan Churp2 ! :)



Sambil para churpers berbuka puasa, kami dihidangkan oleh nyanyian lunak merdu dari Clement and Crystal. Mereka menyumbangkan tiga buah lagu kalau tak silap. Hotel California, Balik Kampung dengan Kau Ilhamku. Sedap sangat suara diorang !




Spotted redmummydotcom with her family ! Tak sangka taw dapat tengok Kak Red depan-depan. Selalunya di alam maya je. Hikhikhik.



Antara game yang dijalankan semalam di #ChurpoutBukaPuasa.




Dalam pada para churpers tengah eksaited main game, tetiba ada pengumuman bahawa ada churper's birthday hari tu. Jeng. Jeng. Jeng. Surprise ! Paling best bila surprise tu dirancang oleh girlfriend beliau dengan para churpies. Oh, romantiknya Farah. So, happy birthday to Fareez ! You are so lucky. :)



Untuk ice-breaking session, para churpers diarahkan supaya tangkap gambar dengan sepuloh orang churpers yang berbeza. Siapa dapat tangkap gambar dengan sepuloh orang churpers dalam tempoh paling singkat akan dapat Churpy Bird. Yeayyy ! And me won that Churpy Bird. Thank you Churp2 !






Terima kasih kepada Kak Asyik sebab beliau yang ajak aku pegi #ChurpoutBukaPuasa ni. Baiknya hati. Nanti boleh ajak lagi. Hehehe. Seronok dapat kenal dengan beliau. Beliau merupakan blogger aktif ! Jom melawat blog beliau. KLIK SINI.

Kak Asyik


Outfit of the day. 

Tudung bawal emerald green. Cotton batwing blouse and inner. Super size emerald green palazo bought at Kenanga Wholesale City (KWC). Flat wedges yang sangat selesa. Handbag from Charles and Keith.


Jadi, disini ada pesanan dari seorang churper kepada para churpers. Harap kita dapat jumpa lagi dan teruskan menjadi churpers yang sukses. Buat para Churpies, terima kasih. Kami enjoy sangat dengan event yang dijalankan and you guys are awesome ! Sporting habis. Till we meet again #Churp2 !


Antara blogger yang hadir :


Jom daftar dengan Churp2 untuk dapat jadi sebahagian daripada churpers !

Instagram : ChurpChurp Malaysia
Facebook : ChurpChurp
Website : ChurpChurp
Twitter : Churp2

nfcs

7 comments:

  1. favorite pika roti puding tu dengan roti jala!! sedappp :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni pika kena belajar buat sendiri. Mungkin lagi sedap! Hihihi

      Delete
  2. tahniah ana.. rezeki ana .. :)
    proud of u dear..
    smoga lebih sukses di masa akan datang ok.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhandulillah. Orang cakap rezeki jangan ditolak. Hehe

      Delete
  3. semua mknan tu sedap2.. nak pergi lg..hehe..thank you fana sbb temankan akk..event ni pun meriah dan seronok..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sedap kan! Event pon sangat best! Next time boleh ajak lagi. Hehehe

      Delete
  4. eh, nama kita pun ada
    tapi, tak sempat pun nak chit-chat kan?
    herm.. moga berjumpa lagi di lain masa

    salam kenal :)

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...