TABUNG

24 July 2015

YOUNG HEARTS MIDVALLEY GRAND OPENING EVENT

Assalamualaikumm..



Selamat hari raya kawan-kawan. Hujung minggu ni mesti penuh undangan rumah terbuka kan? Misi menaikkan berat badan. Yeayyy! Hehehe. Korang kalau buat rumah terbuka jangan lupa jemput fana tau. Fana mesti datang punya. Lagi-lagi kalau rumah korang ada kuih raya bertemakan coklat. Lagi laju fana datang. 

Fana nak cerita pengalaman fana mendapat jemputan menghadiri majlis pembukaan outlet Young Hearts. Sebelum tu fana cerita dulu la Young Hearts ni kedai apa kan? Nanti kang sambil baca korang dok bayangkan aglio olio la, pavlova la, ikan siakap tiga rasa la. Tak, tak, tak! Ni bukan food review. Young Hearts ni kedai jual pakaian dalam! Haaaa, menarik kan? 




Ini merupakan kali pertama fana dapat jemputan ke majlis pembukaan kedai pakaian dalam. Sebelum ni pergi majlis pembukaan restoran, butik,   dan sewaktu dengannya lah. Tapi tak sangka dapat yang lagi feminin. Kedai pakaian dalam wanita tauuuu! Huhuhu. Terima kasih Miss Ramona K, Marketing Manager Young Hearts yang sudi menjemput gadis remaja macam fana ni. Hihihi. Remaja lagi okayyyy.

Tudiaaaa, mood menulis mai dah.


Okay, sebelum tu biar fana belanja gambar satu kali la macam bebudak sekarang selalu cakap tu, haaa, mai kak long nak payung gambar sikit la dengan Miss Ramona kita ni kan? Cantik orangnya, manis, baik, bak kata omputih, bubbly ngat aihh. Ha, tu orang putih yang duduk kat Yan. Kawen ngan orang Kedah.

Jangan kata kakak tak payung

Young Hearts baru je bukak outlet terbaru di Midvalley Megamall. Kalau korang nak cari Young Hearts, senang sangat landmark dia. Cari Magnum, jumpa la Young Hearts. Tapi, Magnum Cafe yang tingkat atas, kan Magnum Cafe dua tingkat. Haaa, betul-betul sebelah Magnum Cafe yang tingkat atas. Kedai dia pulak ala-ala Korea sangat. Cantik!


Majlis dimulakan dengan upacara memotong riben sebagai gimik perasmian outlet Young Hearts di Midvalley. Majlis dirasmikan oleh Mr Khor, Division Manager of Young Hearts Malaysia, Miss Serena yang mengendalikan Young Hearts MidValley, turut bersama Sabrina Beneett Miss Universe Malaysia 2014 dan Geena Yew Miss Asia Malaysia 2013.


Untuk korang yang dah lama mencari bra yang selesa, nampak remaja, span yang selesa, dan tak terlalu besar boleh la datang ke Young Hearts. Banyak sangat koleksi pakaian dalam dan baju tidur yang dijual. Dah la tu, cantik-cantik pulak tu. Kebanyakan waran yang digunakan merupakan warna-warna pastel. Memang menjadi kegilaan wanita sekarang la sebab trend Korea yang menjengah ke Malaysia kan?



Pemilihan saiz bra yang betul adalah sangat penting kerana ianya mampu memberikan kesan buat jangka masa yang panjang. Di Young Hearts, pakaian dalam digantung mengikut susunan yang memudahkan pelanggan untuk memilih bra yang sesuai. Apa yang menariknya, fana nampak warna-warna bra yang dijual di Young Hearts pon cantik sangat. Nampak keremajaan pada warna-warna yang digunakan ke atas fabrik tersebut.


Bukan bra aje yang dijual di sini, banyak jugak panties yang comel-comel. Fana pulak yang jadi geram. Tapi, koleksi di Young Hearts lebih tertumpu kepada remaja yang baru sahaja menjengah ke usia dewasa, yang berusia 12 tahun hingga 18 tahun. Banyak sangat koleksi bra dan panties yang cantik-cantik dan selesa.





Stage 1
Breast Budding Stage

Lily : "Dear Fairy Godmother, why do I feel pain in my breasts? Am I abnormal?"
Fairy Godmother : "Of course not, you are just growing up"

Sewaktu di Stage 1,  nipples merupakan tempat yang sangat sensitif dan akan berasa sakit apabil disentuh. Jadi, pilihlah bra yang lembut, dan ringan jenis fabrik yang dapat mengurangkan rasa sakit.



Stage 2
Breast Growth Stage

Nina : "My breast have become so huge!"

Tips : Minum susu dengan banyak mampu mambantu buah dada membesar.

Pada peringkat Stage 2, proses pembentukan buah dada sedang berlaku dan kelihatan lebih jelas jadi elakkan memakai bra yang mempunyai besi kerana ianya mampu menghalang proses pembesaran buah dada. Seeloknya pilih bra yang 'stretchable' dan mangkuknya lebih dalam untuk memberikan kebebasan kepada proses pembesaran.


Stage 3
Maturing Stage

Amy : "I feel so comfortable in a bra now"

Daisy : "Wearing a suitable bra makes me confident"

Tips : Lakukan urutan pada buah dada selepas mandi dalam pergerakan bulatan. Lakukan tiga kali pada buah dada kiri dan kanan. Ini dapat membantu buah dada anda membentuk dengan cantik.

Young Hearts ditubuhkan adalah untuk generasi muda, remaja dan bagi kanak-kanak yang baru masuk ke dunia dewasa. Antara yang diketengahkan di Young Hearts ialah produk yang tepat untuk usia kanak-kanak perempuan mahupun yang dewasa. Tetapi, Young Hearts fokus kepada kanak-kanak yang baru sahaja melangkah dewasa. Dengan cara ini, mereka dapat belajar memilih saiz, jenis 'cup' dan juga boleh memilih ikut citarasa mereka tanpa rasa segan silu.



Fana bersama Sabrina Beneett Miss Universe Malaysia 2014


Terima kasih yang tak terhingga fana ucapkan kepada Mr. Khor dan team Young Hearts kerana sudi menjemput blogger picisan seperti fana sebagai salah seorang rakan media ke majlis pembukaan Young Hearts, Midvalley. Akan datang Young Hearts juga akan membuka outlet terbaru di MITSUI Park, KLIA2. Kalau ada berkesempatan boleh la fana pergi ke sana pulak.

www.juliajohari.com
Berkesempatan fana berjumpa dengan rakan blogger kak Julia Johari yang merupakan salah seorang blogger yang selalu memberikan aura positif dalam penulisannya, caranya membawa diri dan fana jugak kagum sebab kak Julia merupakan seorang yang sangat merendah diri dan terlalu menghargai orang di sekelilingnya. Haa, nampak macam fana dah lama kenal kan? Tapi, fana baru je kenal, rasa macam dah lama sangat kenal Kak Julia ni. Baik sangat orangnya. Semoga kak Julia terus memberikan impak positif yang ada pada diri kak Julia kepada insan-insan disekeliling kak Julia ya?  Semoga Allah memanjangkan usia kak Julia. :)


Last but not least, thank you so much Bella for being my partner on that day! Terharu sangat kawan baik fana ni sudi temankan fana hadir ke majlis pembukaan ni. Walaupun bulan puasa, tetap gagah tau temankan fana. Sayangg dia! Nanti kita jumpa lagi okay? Bella ni dulu pernah ada blog sekejap lepastu mana tah hilang blog dia dah. Hahaha. Takpe, slow2 okay. Businesswoman berjaya ni. Siapa nak cantik, nak kurus boleh PM tepi k. Hehehe.

Okay la, tu je yang fana dapat share hari ni. Apa pun, kalau kita sentiasa dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa bercakap yang positif, berfikiran yang postif dan berbuat sesuatu yang positif, kita mesti akan rasa tenang je. Masa yang lama akan terasa terlalu singkat, rasa macam nak lepak lama-lama je dengan orang tu kan? Rasa macam nak doa banyak-banyak supaya Allah panjangkan usia mereka dan teruskan beramal. InshaAllah sama-sama kita menjadi manusia yang lebih baik okay? 






Maklumat lanjut :







p/s : Fana yakin semua pembaca blog fana ni merupakan mereka yang berfikiran terbuka untuk menerima gambar-gambar pakaian dalam wanita. Oleh kerana ini merupakan tugas fana, fana ingin minta maaf sekiranya ada yang berpendapat ini merupakan sesuatu yang memalukan atau mengaibkan mana-mana pihak.

xoxo,
fana

1 comment:

  1. Cantik2 warna bra & panties dia.. Org dewasa pon boleh je pakai kot noh.. Hehe.. Akak ada nampak bra yg ala2 gnie bra.. Akak suka pakai yg tu.. Selesa..

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...