Assalamualaikum
Entri ni khas untuk korang yang baru hamil dan nak tahu macam mana cara untuk buka buku pink atau merah ni. Kadang-kadang bila dah tahu hamil, kita terus jadi blur kan apa yang perlu buat dulu. Okay, jom aku kongsi pengalaman aku hamil anak kedua.
26 Disember
Hari ni saje nak check UPT sebab dah lambat datang period 6 hari. Selalunya aku period on time. Kalau lewat pun setakat sehari dua je. Pastu rasa macam tek pun dah bengkak jugak. Ni memang common la untuk aku sebab aku memang jenis yang ada simptom PMS ni.
Bila check balik last period 22 November. Whatsapp husband suruh belikan UPT test tu dekat Guardian. Esok pagi tu terus check urine. As expected, DOUBLE LINE ! Terus keluar toilet bagitahu husband. Tapi, husband aku rileks je. Aku pulak tak rasa apa-apa alahan pun. Mungkin awal lagi kot.
28 Disember
Aku try check urine lagi sekali. Sebab hari tu husband aku beli dua. Tapi, saje la kan nak double check. Sebab macam tak percaya pun ada. Sekali lagi, DOUBLE LINE. Terus husband ajak pergi klinik, tapi aku cakap nanti dulu. Tunggu lagi beberapa hari.
10 Januari
Aku pergi klinik swasta dekat Ampang. Nama klinik tu Klinik Warda. Sebab masa aku cari dekat area rumah, semua klinik tak buat ultrasound hari Ahad. Google punya Google terjumpa Klinik Warda ni pastu call dulu sebelum datang just nak make sure memang ada buat ultrasound tak hari ni. Then, staf klinik cakap ada. Terus la pecut ke sana.
Okay, ni first step yang korang kena buat bila dapat tahu hamil. Check dekat klinik yang ada buat ultrasound. Kalau doktor minta check urine, korang kena check lagi sekali dekat klinik. Tapi, kes aku tak perlu sebab aku cakap dua kali check memang double line. Kenapa kena buat ultrasound ni? Just to make sure yang korang hamil dalam rahim. Sekarang ni banyak kes hamil luar rahim. Jadi, diharuskan untuk buat ultrasound segera ye.
Time scan tu korang boleh tahu kandungan dah berapa weeks. Masa aku check tu, dah 6 weeks. Dah ada heart beat dah baby tu. Doktor siap tunjuk ada benda berkelip-kelip. Tu la jantung baby. =)
Masa ni aku dah mula start alahan. Antara alahan yang aku terpaksa hadap :
- Loya tapi tak muntah
- Tak suka bau minyak masak
- Tak suka bau dapur
- Tak boleh tengok video masak-masak
- Tak boleh masak (ofcourse)
- Tak suka bau sabun basuh baju
- Tak ada selera makan
- Tak larat nak buat apa-apa
Kesian jugak tengok husband time ni sebab setiap pagi dia buat sarapan sendiri. Basuh pinggan pun dia kena buat sebab aku memang tak suka bau dapur. Busukkkkkk !
So, step seterusnya korang kena call KKIA yang terdekat dalam zon kawasan rumah korang untuk buat appointment buka buku pink. Lepas aku dah call, nurse pun suruh aku datang 10 Februari untuk buka buku.
10 Februari
Macam biasa la kena ambik nombor. Jangan lupa scan MySejahtera. Musim Covid ni husband tak dibenarkan masuk tau. Tapi, husband kena ikut sebab hari tu nak kena ambik darah husband jugak. Yang bestnya bila husband semua tak boleh masuk, klinik pun lengang gais. Kalau tak nak duduk pun takde tempat sebab penuh dengan husband masing-masing.
Apa yang perlu bawak untuk buka buku pink?
- Sijil Nikah
- Bil api atau air yang terkini
- Gambar scan baby yang kita scan hari tu
Tahniahhhhh kak fana 😍😍 Semoga dipermudahkan segala urusan!!
ReplyDeleteTerima kasih. Amiinnnn
Delete