TABUNG

19 May 2014

BLOGGERS MOVIE DAY OUT SUPER SQUAD @ CATHAY CINEPLEX E-CURVE

Assalamualaikumm..


Movie Day Out Bersama Bloggers untuk Filem Super Squad
Tarikh : 17 Mei 2014
Tempat : Cathay Cineplex, e@Curve Damansara
Anjuran : Bro Framestone


Filem Animasi Super Squad


Sabtu lalu telah berlangsung satu event yang boleh fana kategorikan sebagai family gathering jugak la sebab fana nampak ramai blogger yang bawak keluarga. Seronoknya fana tengok masing-masing usung anak untuk tonton filem animasi Super Squad. Gila sporting semua parenting blogger yang join. Salute !

Movie Day Out bersama para bloggers ni dianjurkan oleh Top Blogger Malaysia (gittewwww) iaitu Bro Framestone dengan kerjasama NetCarbon Sdn. Bhd. Terima kasih kerana sponsor kami tengok movie berjemaah secara percuma.

Filem animasi 3D ini dihasilkan menggunakan teknik "Hybrid Motion-Capture". Filem Super Squad ini juga telah memenangi anugerah animasi 3D terbaik di Anugerah NEF-AWANI. Sedikit sinposis mengenai filem ini :

Filem ini mengisahkan mengenai superhero yang diberi nama Super Squad. Mereka terdiri daripada Kapten Danny, Elly dan Alan. Selain itu, pasukan ini diserikan lagi dengan watak Sasha yang bercakap menggunakan loghat Kelantan. Sedikit sebanyak ianya menghiburkan penonton dengan mulutnya yang bising. Masing-masing mempunyai kuasa superhero tersendiri. Mereka telah merentasi masa hadapan yang penuh dengan pancaroba demi menyelamatkan bumi serta ayah mereka Aaron. Pengembaraan mereka menjadi lebih mencabar apabila kapal angkasa yang mereka naiki terhempas dan terpaksa menumpang di sebuah kampung yang penuh dengan kehijauan. Bagi mengelak curiga orang kampung, mereka telah menyamar sebagai kumpulan rock kapak. Situasi bertambah rumit apabila muncul makhluk asing atau alien yang menculik Abang Mat pujaan hati Sasha ! Apa yang terjadi seterusnya?

Kalau nak tahu apa yang berlaku selepas kes penculikan dan kenapa Abang Mat diculik, jangan lupa terjah pawagam berdekatan dan bawalah anak-anak atau adik-adik korang untuk tonton filem animasi ni pada 5 Jun 2014 nanti.

Watak-watak dalam Animasi Super Squad

Super Squad

Sasha (Elza Irdalynna)
Elly (Diana Danielle)

Danny (Dafi Ismail Sabri)
Kapten Aaron (Aaron Aziz)

Filem animasi Super Squad menggunakan suara beberapa artis terkenal iaitu Aaaron Aziz, Dafi Ismail Sabri dan Diana Danielle. Ini merupakan pengalaman pertama Aaron Aziz dalam menyumbangkan suaranya untuk filem animasi. Hebat jugak la fana dengar. Macho aje suara.

Dafi dan Diana Danielle

Aaron Aziz

Diana Danielle sedang melakukan proses voice over bersama Aaron Aziz


Seronok dapat meluangkan masa bersama-sama blogger lain sebab bukan selalu ada movie day out dengan blogger ni memandangkan masing-masing sibuk dengan event tertentu. Kali ni, bila Bro invite, fana pun tak nak lepaskan peluang walaupun pagi tu ada event lain. Habis je event terus bergegas ke Cathay Cineplex. Nasib baik sempat walaupun Bro tanya "Datang lambat eh? Apesal pipi makin tembam?" Cis, itu yang ditanya !


Fana dan Shiqin Sunshine bersama Maskot Elly dan Danny


Lepas habis movie, fana terjumpa dengan sorang rakan blogger yang agak rapat jugak dengan fana sebab kitorang pernah join event sesama dulu. Jemputlah singgah ke blog beliau. SHIQIN SUNSHINE.



Bro Framestone memberikan ucapan alu-aluan


Bloggers yang hadir memeriahkan majlis

Fana bersama Bro Framestone

Elly dan Danny sekeluarga bersama maskot Super Squad

Minat yang mendalam terhadap siri kartun Supertot yang ditayangkan di televisyen mendorong ibu dan bapa Elly dan Danny menerbitkan filem animasi Super Squad. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 5 Jun 2014. Jangan lupa bawak anak-anak serta adik-adik untuk menonton filem ini ye !





xoxo,
nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...