TABUNG

09 January 2012

:: REMAJA 2012 ::

Assalamualaikum..


Entry special ni aku nak kongsikan tentang Majalah peberet aku REMAJA. Kali ni untuk tahun baru, REMAJA ada buat pembaharuan sikit dari segi cover majalah. Cantik dan nampak lebih glamour gitu.


WOOOO..yang paling best cover kali ni NEELOFA ok! Sape tak kenal Lofa dari Pasir Emas, Kelate ni. Pemenang Dewi Remaja 2010. Masa dalam Dewi Remaja lagi aku dah minat dengan si Lofa ni. Sangat merendah diri, lemah lembut dan cantekkkks sangat.


Yang specialnya, aku memang eksaited beli majalah ni sebab aku dapat taw yang M.I.P minat kat Lofa. Pergghh! Jeles wey! HAHA. Dia pernah cakap kat aku, "Cantek betol Neelofa nih!". Ok, dia memang jarang nak puji perempuan ok. Lebih-lebih lagi depan aku. Selalu dia cakap aku je yang cantek! HAHA. Sumpah perasan. ;)


Untuk u sayang, i persembahkan NEELOFA ! ^_^



Ape ? Nak lagi ? Nah! Hamikkaww.








Sengaja ambik semua gambar Lofa tang muka je sebab Lofa ni seksi sangat. Bahaya nak ambik tang badan tu.. :) Apa-apa pun Lofa memang cantik. Adik Lofa pun cantek macam kakak dia. Cuma pemalu sikit. Kalau korang belum tengok cuba la mintak Pakcik Google tunjukkan eh.


Sebenarnya entry aku hari ni nak cerita pasal majalah REMAJA edisi 1 JAN 2012 yang aku beli petang tadi. Maaf lah, dah terlambat 8 hari. Selalunya belum masuk 1hb dan 15hb aku dah beli dah majalah REMAJA ni. HAHA. Terlebih advanced. Semua pakcik NEWS punya pasal la g letak terpampang kat rak buku depan kedai dia tu. Mana aku tak beli.


Macam biasa mesti ada ruangan Blogspot dalam REMAJA kan ? The most interesting part la bagi aku sebab konon-konon nak tengok blog sendiri dalam ruangan tu tapi tak tahu bila. HAHA.


Tuan punya blog yang betuah sebab dapat enterprame dalam REMAJA :
BLOG MISS SUJU ,
BLOG FAIZ SAHAJA
BLOG FIXX MIKZ OFFICIAL
BLOG SHA SHAHIZA


Onlineshop yang berjaya menawan hati REMAJA pulak :
LOLA ANNA Shoppe
ZERA SHOP


Tahniah la ye untuk korang sebab berjaya enterprame dalam REMAJA. Bila la giliran aku kan? HAHA. Layak la pulak blog buruk aku ni kan. Pape pon korang jangan lupa beli taw. Banyak yang best tentang 2012. Antaranya warna untuk tahun 2012, mekap, fesyen dan banyak lagi la. Geram pulak. Ni baca empatbelas hari pon belum tentu habis ni. Banyak sangat info menarik! :)


Ok lah, dah penat dah menekan papan kekunci ni. Blue Lappy pon nak rehat jugak. Aku pun nak study untuk paper OFFICE AUTOMATION ari rabu ni. Hope aku dapat buat yangterbaik. InsyaAllah. Wish me luck !


Klik LIKE kalau suka REMAJA ! Oooo.Yeaahh! :)

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...