TABUNG

09 January 2012

:: Baucar Buku 1Malaysia RM200 Seorang ! ::

Assalamualaikum..


PENGUMUMAN ! 

Wah ! Tak boleh blah sungguh anda ni MM ! HAHA. Ok, jeritan pengumuman di atas bukan untuk bagitahu tentang majlis korbankan lembu tujuhpulohlapan ekor esok tapi untuk bagitahu kat semua pelajar IPT tentang BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) ni.


Tiba-tiba terasa bahagia dapat pegang RM200 dalam tangan. Lebih-lebih lagi FREE!! Eh, bukan tunai taw, tapi cuma baucar je. :) Baucar ni diberikan oleh kerajaan kepada 1.3 juta orang pelajar IPT. Bukan saje-saje kerajaan nak bagi taw. Tapi semua ni dah dimasukkan dalam Bajet 2012. Mesti tak tengok pembentangan bajet 2012 kan korang ni ?? HAHA


Hari ni, UiTM Perak dah pun buat penyerahan. Memang penuh gila Dewan Seri Iskandar (DSI) hari ni dek diserbu pelajar yang berjumlah 12 ribu++ orang ! Nasib baik tak roboh DSI tu taw. Nak dijadikan cerita, aku dengan semangat bangon pagi-pagi. Pukul 8.30 pagi da bangon pergi mandi, bersiap lawa-lawa, mekap, semua dah cantik. Pukul 9.30 aku dengan roommate aku si Fathin keluar dari umah sewa kitorang yang tercinta ni untuk tunggu bas UiTM datang amik. Dalam bas sangat la suka hati dan gembira sebab nak dapat RM200 kn? Hehehe.


Sampai je kampus, kitorang pun pegi la makan dekat 'uptown' dulu sebab lapar sangat. Nak breakfast dulu sebab nanti takut kena beratur panjang. Kang perut bunyi-bunyi pulak dalam DSI. Malu je taw. Hihihihi. Ok, lepas rembat dua bijik cekodok pisang, air bandung secawan. Kitorang pun pegi cari tempat duduk. Lepak dulu la habiskan makanan tu. Konon-konon jap lagi takut tak sempat habiskan pulak.


Dah sumbat semua tu dalam perut, kitorang bergegas selaju mungkin pegi ke DSI. Sebab takut nanti kena beratur panjang pulak. Mesti dah ramai orang yang datang. Sampai je depan pintu DSI ada sorang pakcik polis bantuan UiTM terpacak depan tu.


Pakcik polis : "Dik, tak boleh masuk. Kena pakai baju korporat !"

Aku dengan Fathin : "Pergh ! Takkan nak kena balik tukar baju pastu datang sini balik?"


Dengan perasaan hampa dan kecewa, kitorang pun terus pegi bus stop 'uptown' untuk tunggu bas UiTM balik. T_T. Sangat-sangat frustrated ! Cisss ! Nak buat macam mana, kitorang pun tak ingat hari isnin kena pakai baju korporat ! Urggghhh ! Sengal betol. Kitorang teruskan misi kitorang untuk pergi TESCO beli bahan-bahan yang dah habis kat umah tu. Shopping punya shopping, sampai la kitorang kat umah sewa tercinta. HAHA.



Sampai-sampai je umah, masukkan ayam dengan udang dalam petiais lepastu dummm! Tidur la jawabnya. ^_^ Sambung tidur balik. Sape suruh bangon awal sangat kan? Sekarang ni sambil mengunyah Milo Nugget yang aku beli kat Tesco pagi tadi, aku nak bagitahu BB1M ni guna untuk apa. Baca taw !


No kad pengenalan tu memang sengaja bagi lighting. Bahaya kan tunjuk kat umum. :)





TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
  • Kuasa  bagi  percetakan baucar  hanya diberikan kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) sahaja.
  • Baucer ini adalah untuk pembelian buku  - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
  •  Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
  • Penjual buku perlu memastikan bahawa terdapat cop rasmi IPT/sekolah semasa menerima baucar daripada para pelajar;
  • Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
  • Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
  • Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai; dan
  • Penjual buku perlu memaparkan notis penerimaan baucar buku 1Malaysia di premis jualan.

Senarai kedai buku yang boleh guna baucar ni memang tak de disenaraikan. Tapi, korang boleh pergi mana-mana kedai buku yang jual buku ilmiah macam Popular, MPH, Pustaka Mukmin, Pustaka Minerva lepastu korang tengok ada tak dia tampal gambar baucar ni depan kedai tu. Kalau tak ada korang boleh tanya terus kat kaunter untuk mendapatkan kepastian. ^_^



Untuk korang yang belum dapat, sabar ye. Korang akan dapat nanti sebab IPT masing-masing dah tentukan tarikh bila nak diedarkan baucar ni. Ingat taw! Tarikh luput baucar ni 31 Mac 2012. Jangan sampai luput. Rugi beb. Lagi satu, masa nak pegi ambil baucar ni sila bawa bersama kad pengenalan korang ok! Tu sahaja. Hope korang dapat gunakan baucar tu dengan betol ye. 


p/s : Takziah kepada keluarga Farah Izzati Anuar atas pemergian ayahandanya tercinta. Al-Fatihah!

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...