TABUNG

01 January 2012

:: Awak Suka Saya Tak ? ::

Assalamualaikum..

Hari yang baru untuk tahun 2012. Huh ! Macam tak percaya je kan ? Macam tak percaya sebab umur pun dah makin meningkat. dah nak masuk 21 ? HAHA. dah cukup matang kah anda ?


Ok. Untuk entry 2012 ni aku nak kongsi dengan korang yang tercinta tentang NOVEL paling laris sekarang ni. Firstly, aku nak cerita yang aku selalu bukak website MELUR JELITA . Memang aku suka sangat baca entry sang ibu ni yang selalu update story pasal anak-anak beliau. Kalau korang nak baca klik je kat SINI ! :)


Berbalik kepada novel yang aku nak cerita tadi, novel bertajuk "AWAK SUKA SAYA TAK ?" hasil nukilan Puan MELUR JELITA(MJ). :) Puan MJ memang sangat berbakat dalam penulisan. Kalau korang nak tahu, aku pon ada impian nak jadi seorang penulis. Lebih-lebih lagi penulis novel. Now, aku seorang penulis dah ! PENULIS BLOG. :) Harap impian aku menjadi kenyataan. Aminnnn.


Eh! Melencong lagi. Haish! Suka sangat sesat jalan. Ok, aku nak kongsikan pasal Novel Awak Suka Saya Tak ? Novel ni korang boleh dapatkan kat semua kedai-kedai buku sama ada MPH Bookstore, POPULAR, dan banyak lagi kedai buku yang ada kt Malaysia ni.


Nak tengok cover novel ni tak ? Senang sikit korang nak cari nanti kan ? Nahh ! tengok ni.

Yang sebelah kiri tu cover belakang novel. Macam biasa lah ada sinopsis yang korang boleh baca. Korang mesti akan suka punya novel ni. Aku pon dalam tempoh berkira-kira nak pegi beli ni. ^_^


So, apa lagi ? Jemput-jemput la masuk blog MELUR JELITA dan jangan lupa beli novel "AWAK SUKA SAYA TAK?" ni.


# Nak doodle free tak ? KLIK SINI ok !

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...