TABUNG

13 November 2012

: Twilight : Breaking Dawn Part 2 :

Assalamualaikum..

Ada satu benda yang buat aku tak senang duduk sekarang ni. Nak kata sebab assignment, tak pulak sampai macam ni sekali. Tapi benda ni betol-betol buat aku rasa macam punggung tak lekat atas lantai, kaki berjalan tak jejak tanah, mata yang hitam macam nak bertukar kepada merah.

Persoalannya, kenapa aku bukan pontianak? Kalau tak dah tentu aku boleh ganti tempat Bella Swan dalam Filem Senja. Err, bukan la Senjakala atau Pelangi Senja. Tapi yang aku nak cerita ni sebenarnya pasal Filem Twilight ! Homaigoddddddd. Aku tak nak sebut. Korang buat aku sebut jugak benda alah ni. Aku dah mula nak kena histeria dah ni. Helppppppp !

Tahap keterujaan aku makin menjadi-menjadi bila tengok poster Twilight : Breaking Dawn Part 2 dah mula dipasang dimerata-rata flyover yang ada kat mana-mana. Argh ! Sabar jap fana. Update blog dulu sat gi baru la meroyan okay?

Disebabkan aku dah mula sesak nafas kalau tak tengok gambar Jacob Black si serigala jadian yang ketak-ketak badan tu, muka comel tahap hamster. Baik aku mula menempekkan poster tu jugak.


Dan ini jugak !

Edward Cullen, Bella, Jacob Black
Memperkenalkan bakal suami aku ! Hahaha

Robert Pattinson ni bukan lelaki yang aku minat sebab muka dia macam gay. 

Reenesme. Anak Edward dan Bella
Aku dah tengok siri Twilight ni sejak zaman sekolah lagi. Dari bermulanya Twilight ke New Moon ke Eclipse ke Breaking Dawn Part 1 dan sekarang Breaking Dawn Part 2 ! Homaigoddddd ! *tutup muka*

Dari mula Edward nak mengorat Bella, sampai Jacob muncul dan Edward cemburu dan mereka kahwin, sehingga Bella jadi vampire, bersalin dan sekarang anak dia dah besar ! Wow ! Aku betol-betol tak mampu bendung tahap kesabaran dah ni.

Jadi, untuk korang yang aku tahu memang ramai nak mampos peminat tegar Twilight macam aku. Sama-sama kita tunggu 22 November okay ! Agak-agak kalau takut tak dapat tengok sebab tiket asik Sold Out je booking la tiket awal-awal. :)


p/s : Tunggu someone ajak tengok Twilight : Breaking Dawn Part 2. 



nfcs

3 comments:

  1. Ending OK, tapi keseluruhan citer nie masih MEH. Setuju dengan review kat bawah:

    http://www.sinema.my/movie-review-breaking-dawn-pt-2-jacob-bukak-baju-lagi-seawal-minit-ke-1843-saat/

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...