TABUNG

06 October 2012

: Anonymous Yang Jahat ! :

Assalamualaikum...

Astagfirullahalazimm. Setahu aku, aku tak ada lagi musuh. Bukan kata nak cari, kalau boleh nak lari jauh-jauh kalau ada yang kejar dari belakang. Tapi, orang kata hidup kita ni, setiap apa yang kita buat tak semestinya semua orang suka. Kalau ada yang aku silap, aku mintak maaf. T.T

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akalmengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Apa yang aku dok bebel ni bukan la pasal kena kejar dengan manusia mana-mana tapi, semalam (5/10/12) aku dapat komen dekat tiga entry aku dari sorang Hamba Allah yang serba kekurangan. Tak ada la pulak nama dia yang aku boleh track tapi dia sekadar menggunakan nama 'Anonymous'. Kesiaaann.

Semua komen yang dia bagi pulak sangat teruk. Dia berjaya buat aku istighfar panjang. Bukan apa. Kata-kata yang dia guna tu betol-betol buat aku rasa macam nak je jumpa dia depan-depan, cubit mulut dia sampai lebam. Gerammmm ! Nampak tak geramnye?

Takpe la, mungkin dia seorang hamba Allah yang lemah. Lemah dari segi akal fikiran, tutur kata tapi lebih kepada nafsu. Kalau dia lelaki, aku mintak simpang jauh-jauh. Jangan la aku dapat suami yang macam dia. Memang tak dapat kawal nafsu. Nak kata apa yang aku pakai tu seksi, buta kot dia. Ye, mungkin dia benci aku. Terima kasih wahai Anonymous sebab sudi singgah blog aku.

Lepas ni, kalau kau singgah lagi blog aku ni, dan terbaca apa yang aku tulis ni, aku nak pesan. Pegi la buat Solat Sunat Taubat. Tak baik apa yang kau buat ni. Walaupun aku tak kenal siapa kau, tapi aku tahu kau mesti seorang lelaki. Dan, kau jugak mesti tidak berpendidikan tinggi. Kau jugak mungkin bukanlah seorang hamba Allah yang taat. Don't you?

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

nfcs

2 comments:

  1. KA pown byk kali dah didatangi cik Anom bermulut J'h't ni!

    ReplyDelete
  2. @Kesuma Angsana
    Kannnn? Nasib baik dah tukar setting dah.Kena sabar banyak dengan diorang ni.

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...