TABUNG

21 February 2012

:: Di Sebalik Tabir "Girls' Picnic Day + Photoshoot" ::

Assalamualaikum..

Korang ada kawan sejati atau kita panggil SAHABAT? Mesti ada kan. Cuma susah nak cari je. Hm, macam aku, mungkin aku dah jumpa SAHABAT. Sebelum ni aku ramai kawan cuma SAHABAT memang tak ada. Tapi, sekarang sejak dah belajar kat U, kawan-kawan sekolah la SAHABAT aku.


Bukan ape, aku dah jumpa ramai sangat kawan kat U yang aku rasa mereka ni tak sehebat kawan-kawan aku sejak sekolah. Korang setuju kan? Aku tak sebahagia ni kalau kat U. Aku tak jumpa kawan yang sanggup susah senang dengan aku. So, pandai-pandai pikir la kan?


Sabtu lepas, sebelum pukul 6 pagi aku dah bangon tidur. Tanpa dikejutkan oleh jam loceng pon. So, bangon pagi-pagi, terus siap, mekap-mekap sikit pastu ape lagi. Keluar umah tepat jam 7 pagi untuk berkelah bersama SAHABAT !


Lokasi perkelahan ialah di Taman Botani Perdana, KL yang terletak bersebelahan Muzium Negara, Masjid Negara dan banyak lagi la negara. Eceh ! Mula nak melalut la tu. Ok, kami pegi sana dengan kereta yang dipandu Eka. Nak tengok Eka?



Comel kan Eka? Haaaa, Kitorang kenal sejak sekolah rendah lagi. Lama kan hubungan kitorang? Kitorang pernah satu kelas masa sekolah rendah dulu. Sampai sekolah menengah masih satu kelas. Love ue NURUL EKA NABILA MOHD SAAD! 



Seorang lagi sahabat aku yang join this event ialah SITI NURZAIMAH ZAINAL ABIDIN. Bakal mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Teater di UiTM pada 25 Februari ni. Kitorang panggil dia short sebab die memang pendek. Tak caye ? Jom tengok!



Sahabat yang ketiga pulak cik nona manis SITI NOORAMINAH OTHMAN. Sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di USM. Cantek orangnya dan pandai main gitar. Kitorang kenal sejak sekolah rendah jugak sama macam Short dan Eka. Nak tengok orangnye? Ni haaa.



Last but not least is AQILA FATIN ISMAIL AFFENDEE. Kawan yang aku jumpa masa kerja sementara kat Nielsen Company tahun lepas sementara tunggu keputusan STPM. Sangat manis orangnya dan mempunyai minat yang sama dengan aku. Tu yang buat aku suka berkawan dengan Qila. Ni ha orangnya.



Di Sebalik Tabir "Girls' Picnic Day + Photoshoot" ni aku buat khas untuk korang semua yang dah tengok gambar-gambar happening ni dekat facebook. Ramai yang puji dan LIKE gambar-gambar tu. Terima kasih bebanyak. Imaginasi aku agak tinggi. Tapi, semua ni berhasil atas bantuan mereka jugak. Aku ada jugak buat pemerhatian dekat blog-blog photographer terkemuka tentang prop-prop yang diorang guna. And dapatlah hasil yang Awesome tu. ^_^



The Making of........













 Our Photographer !










Semua gambar-gambar di atas merupakan gambar-gambar yang diambil senyap-senyap masa kitorang semua tengah sibuk nak bergambar. Macam-macam aksi. Aksi photographer pun sempat kitorang tangkap. Memang satu kenangan yang sangat bahagia. Walaupun cuaca hujan tapi kitorang tetap bersemangat. Mungkin sebab KAWAN or SAHABAT ! :)


Apa-apa pun aku harap hubungan kita akan kekal sampai bila-bila. Korang kawan terbaik yang aku pernah ada. Sebab tu aku rasa lagu SAHABAT nyanyian Najwa Latif sangat terkesan dalam hati aku melambangkan korang semua.


Harap korang enjoy tengok gambar-gambar disebalik tabir ni. Kalau korang nak tengok gambar-gambar yang AWESOME jangan lupa pegi tengok dekat album I Girls' Picnic Day I dekat facebook aku taw! Jangan lupa tekan LIKE jugak !


Thank you sebab baca! Good Night people! ^_^


Klik LIKE kalau suka entry ni !

3 comments:

  1. klau sy join msti lgi best kn...huhuhu
    waa...sgt jeles dgn eka sbb eka dh pndai drive lah...huhuhu

    ReplyDelete
  2. @nurul abil : eka dah, kite bile lagi? hahaha

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...