TABUNG

21 February 2012

:: Nak Jadi Macam Mereka ! ::

Assalamualaikum..


Terima kasih ye sudi baca blog aku. Mengikut statistik yang dekat blog aku ni, sehari seramai 120 pelawat yang melawat ke blog aku ni. Alhamdulillah. Berjaya jugak aku tarik pembaca. Harap korang suka dengan entry-entry aku yang sebelum ni. Banyak benda yang aku kongsi sebenarnya, bukan menunjuk ye kawan-kawan.


Ok, untuk entry kali ni, aku nak kongsi pasal ONLINE SHOP yang famous amos meletup kebabom kat internet. Fine! Aku terpaksa akur yang online shop aku masih lagi bertatih. Masih banyak yang perlu aku belajar dan aku harap aku akan jadi macam mereka. InsyaAllah. ^_^


First, CALA QISYA ! 


Korang kenal tak atau korang pernah dengar tak nama yang awesome and power tu?? Aku pasti ramai yang kenal nama ni. Cala Qisya dikendalikan oleh adik-beradik FARAH yang comel-comel tu. The one who gila sangat dengan Running Man is FARAH KHAIRUDDIN. Mereka yang selalu design baju yang sangat awesome! Aku akan dapatkan sehelai one day. Tengah tak ada duit nih. Hikhikhik. Btw, mereka jugak pernah keluar dalam rancangan Safiyya kat TV9 taw pasal Reflection kat Blackbox , Solaris Mont Kiara baru-baru ni. Sebelum tu, jom aku tunjuk sikit design-design mereka.










Nampak tak gambar kat atas ni? Mereka la FARAH! The siblings. HAHA. Mereka ni bukan aje kreatif tapi pandai berniaga pulak tu. Sekarang ni mereka dah ada satu lagi 'kedai' khas jual kasut sahaja. Nak tengok ? Jemput la LIKE CALA MAN. Jom aku bagi tengok sebijik kasut yang Awesome from Cala Shoes!


Cantek kan beb ? Harga sepasang kasut around RM 70 hingga RM 79 sahaja. Murah kan? Termasuk postage kottttt. Pergh ! Aku yang dok tengok kasut-kasut tu da macam nak ternganga mulut tak boleh nak tutup sebab comel sangat kasut tu. Uuuaarrrggggh! Ape lagi? Jangan tunggu lagi. Pegi shopping sekarang jugak dengan CALA QISYA ok?


Second , PASTELINA !




Yang kedua ni aku pasti jugak ramai yang tahu. Pastelina yang diasaskan oleh SHEA RASOL dan YANIE 
memang online shop yang sangat SUPERB ! Kalau korang tengok koleksi-koleksi pakaian mereka ni memang korang akan terus meloncat-loncat atas katil kayu korang tu. Sebab korang mesti nak dapatkan satu. Betol tak?


Persamaan kedua-dua online shop ni ialah mereka banyak menggunakan kain chiffon yang menjadi trend fesyen untuk tahun 2012 ni. Menurut pakar fesyen la, tahun 2011 dan 2012 merupakan tahun yang paling sesuai menggunakan kain chiffon untuk pakaian dan warna-warna pastel sebagai warna utama. ^_^


Malas nak cerita panjang, jom kita tengok koleksi-koleksi pakaian yang dijual di PASTELINA ! Oh, sebelum tu, jom aku perkenalkan Shea Rasol dan Yanie Adnan yang gojes tu.



Dan antara koleksi dari Pastelina.







Setakat ni aku tunjuk dua online shop je dulu. Aku memang adore gila dengan mereka ni sebab mereka masih muda dan berbakat. Mereka punya rekaan pulak sesuai untuk golongan muslimah macam aku ni. So, aku sangat la suka dengan rekaan mereka yang super AWESOME tu.


Aku memang ada impian nak bukak butik satu hari nanti sebab aku suka reka baju. Aku suka reka tapi aku ni tak reti menjahit dan aku rasa aku belum bersedia kot untuk ceburi bidang ni. Sebab tu aku cuma buat bisnes kecik-kecik je sekarang ni. And, aku jugak ada tolong buat design baju untuk kawan-kawan. Siki-sikit tu boleh la. HUHU


So, korang yang berminat nak jadi macam diorang ni aku sediakan satu tips yang sangat berguna. Tip ni akan memberikan korang motivasi supaya korang tak terlalu merendah diri macam aku ni. Eceh !


Tanam impian, dari impian akan membakar semangat dan seterusnya akan menjadi kenyataan. Yakin pada diri sendiri dan kuatkan semangat serta bersedia dari segi mental dan jugak fizikal. Hope korang enjoy baca entry ni. Selamat malam ! :)


Klik LIKE kalau suka entry ni !

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...