TABUNG

16 February 2012

:: Oh, Lee Kwang Soo ! ::

Assalamualaikum..


Woi! Ni kes gila woi! Aku sekarang ni tak habis-habis buat senaman mulut. Gelak tak habis-habis sebab dok layan Running Man yang pemes dari KOREA tu. Actually, game show ni aku dah taw lama dah sebab banyak sangat orang yang dok update kat blog, kat facebook bagai. Tapi, aku buat bodoh je sebab aku bukan kaki KOREA.


Memang aku layan cerita-cerita Korea ni tapi aku tak la segila mereka-mereka tuh. Yang terlalu obses tu kan? Tapi, nasib aku dapat budak yang gila Korea sebagai roommate. Aku terpaksa layan sama. Si Fathin yang terlalu gila dengan cerita-cerita Korea punya pasal. Dia dah bagi aku episod-episod Running Man yang dia ada. So, aku pun copy la untuk bekalan cuti sem ni kan.


Sepanjang cuti sem ni memang aku, kakak aku, dengan adik-adik aku sekali dok layan Running Man sampai nangis-nangis. Bukan nangis sebab sedih tapi sebab tergelak. Memang nampak kelucuan dan kebodohan diorang ni. Peserta-peserta dia terdiri daripada pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak jugak. So, cara diorang bercakap, reaksi muka diorang sumpah buat aku tergelak sampai terguling-guling!


Haish! Yang paling aku adore sekali si LEE KWANG SOO ni lah. Tak kenal ? Ni ha mamat yang memeriahkan Running Man, aku rasa kalau dia tak de memang boring la Running Man kot.


Kwang Soo ni pelakon dan jugak model. Dia yang paling tinggi sekali dalam Running Man. Tinggi dia 190 cm. Memang tinggi la. So, bila ada game yang memerlukan ketinggian memang dia la yang paling beruntung sekali.


Yang kat sebelah Kwang Soo tu Joong Ki. Diorang ni sebaya. Apa-apa pun Joong Ki lagi comel. Dia yang paling tak banyak cakap, yang paling alert and yang paling bijak. Sweet sangat si Joong Ki ni. ^_^



Ha, ni lah dia team Running Man. Dari kiri : Jae Suk (host dan pelawak, Joong Ki (pelakon dan host), Suk Jin (host), Ji Hyo (pelakon), Jong Kook (penyanyi), Gary (penyanyi rap), Haha (pelakon dan pelawak) and Kwang Soo. Gary and Ji Hyo merupakan Monday Couple dalam Running Man tapi sekarang dah tak dah sebab Ji Hyo dah ada pakwe. Huhuhu. Pity you Gary! Sparta Kook (Jong Kook) merupakan manusia yang paling kuat. He is the muscle man. Hahaha. Bila die kejar orang memang tak ada yang akan terlepas. Cuak beb!


Kenapa aku selalu tergelak tengok Kwang Soo? Sebabnye dia tu suka buat reaksi muka yang lucu. Tak tahan aku tengok dia. Dia yang selalu kena marah, dia la selalu buat silap, dia la yang selalu blur dengan mulut ternganga, dia jugak yang selalu tak dipedulikan. Tapi, dia comel ok!


No wonder la ramai gila peminat Running Man. Memang gempak habis show tu. Aku dah tengok setakat ni baru sampai episod 55. Tapi, aku rasa macam diorang ni dekat kat hati aku. Sebab bila tengok Running Man, hilang semua masalah.


And baru-baru ni dekat facebook Running Man ada bagitaw yang diorang akan rakam kat sini. Wah! Aku sure ramai gila yang akan tunggu team Running Man kat KLIA nanti. Aku rasa paling ramai peminat Running Man adalah dari Malaysia. Betol tak?


Korang yang belum tengok aku syorkan korang tengok sebab korang akan tergelak habis! Macam-macam gelagat. Artis-artis jemputan diorang pon boleh tahan. Kebanyakan dari kumpulan-kumpulan K-POP yang pemes-pemes tuh macam Super Junior, SNSD, CN Blue, banyak lah.


Korang jangan lupa tengok taw! Aku bagi 9 bintang untuk Running Man. Muahahaha. Pegi la download dekat laman web KSHOWNOW . :)


Klik LIKE kalau suka entry ni. :)

3 comments:

Anonymous said...

mmg best...

10 bintang pon boley..

Miss Muralysm said...

@Tanpa Nama

Minat jugak ye? Best kan? :)

Chenta KasiH said...

Haha!..mmg best!..hilang semua masalah..wkwkwk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...