TABUNG

10 February 2012

:: Hari Ni ::

Assalamualaikum..


Salam Jumaat para blogger ! :)


Hari ni aku sorang-sorang kat umah. Just woke up from my messy bed. Korang yang tengah kerja tu kerja betol-betol. Jangan sibuk dok berfacebook sampai bos kat belakang pon tak perasan. hehehe.


Hari ni punya aktiviti mungkin akan jadi singkat untuk aku. Sebab hari Jumaat kan hari yang paling ringkas. Budak-budak sekolah balik awal. Teringat zaman sekolah dulu. ^_^


Jap lagi bermula aku punya explorace. Hahaha. Mula-mula sarapan dulu kott. Lepastu aku kena basuh baju. Siap-siap untuk pegi pejabat pos untuk pos tudung yang customer order, then, aku nak beli cempedak!! Yeayyyy ! Dari semalam aku teringin nak makan cempedak. Goreng sendiri lagi puas hati taw dari beli kat kedai-kedai tepi jalan tu. Indah bau dari rasa! Cetttt!



Esok pulak aku belom tahu lagi. Kalau korang nak tahu, just wait. Jeng, jeng, jeng. Mesti ada entry menarik. Ops! Tunggu aje k. Ape-ape pun harap hari ni apa yang korang rancang berjalan lancar. Macam tu jugak aku. :)



P/s : Kepada wahai lelaki muslim, jangan lupa date korang dengan masjid hari ni ok?

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...