TABUNG

03 February 2012

Tutorial Qaireen Satin Shawl

Assalamualaikum..


Sempena STOCK CLEARANCE SALE yang diadakan oleh MURALYSM SHOP (klik untuk terjah) , so, banyak yang request tutorial macam mana nak pakai. Semua tengok yang aku display kat Muralysm Blogshop FB macam susah. Padahal sangat senang.

Gambar yang aku display kat Muralysm Blogshop

So, aku sediakan tuto khas untuk Muralysm Shoppers! Yeeaayyy! Suka kan? Jom tengok.

 Step 1 :
Mula-mula , korang bahagikan selendang kepada dua bahagian. Ikot keselesaan masing.masing. Aku prefer sebelah kanan panjang dan pendek di sebelah kiri. :)


Step 2 :
Pinkan macam biasa di tengah-tengah. Hasilnya akan nampak macam ni.


Step 3 :
Korang tarik yang belah panjang tadi lilitkan macam biasa macam korang selalu pakai selendang tu. Lilit atas kepala dan bawak ke sebelah telinga kanan dan pinkan. Gunalah kerongsang yang cantik-cantik dan comel !


Step 4 : Tarik yang lebih tadi ke bahagian depan supaya nampak ayu gitu.. Nanti bahagian belakang akan jadi bulat.


Step 5 :
Lepas dah tarik ke depan, uruskan yang lebihan belah kiri pulak dengan pinkan ke sebelah kanan untuk tutup bahagian dada.


Dan , nilah hasilnya !! Senang sangat. Sesuatu kerja kalau kita anggap mudah pasti akan jadi mudah. Selamat mencuba ! :)


Sebarang soalan kalau tak paham tentang tutorial ni boleh terus komen kat bawah ni atau inbox dekat Facebook ok!

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...