TABUNG

19 July 2014

82 Hari Yang Cukup Bermakna ! :)

Assalamualaikumm..


#fanainterndiary


Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-20 kita berpuasa. Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab kita semua masih boleh merasa nikmat puasa, merasa pengalaman bersahur dan berbuka bersama keluarga tercinta. Bagaimana dengan nasib pejuang-pejuang kita di sempadan Sabah? Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka dan juga umat islam di Gaza, Palestin. Sedekahkan Al-fatihah juga kepada mangsa nahas tragedi MH17. Semoga Allah tempatkan mereka dalam kalangan orang-orang beriman.

Dah lama fana tak bukak laptop sejak dah tamat practicle ni. Yelah, masing-masing dah ada smartphone. Update apa-apa cuma menggunakan smartphone je la kan? Tapi fana lupa 'kerja' fana sebagai seorang blogger. Hari ni fana bukan nak tulis pasal event yang formal, pasal fesyen ataupun pasal food review. Fana nak berkongsi sedikit pengalaman fana secara peribadi pulak. :)

Fana tahu yang baca blog fana kebanyakannya daripada kawan-kawan fana yang sangat supportive, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan facebook dan lain-lain. Jadi, ramai yang mengenali fana secara peribadi. Ramai juga tahu bahawa fana hari tu sibuk menghabiskan tugasan fana sebagai seorang pelajar dengan menjalani latihan industri di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

3 Mac 2014, fana melaporkan diri di JKKN. Macam orang lain, fana tak boleh tidur malam sebab fana memang seorang yang agak cuak sikit berdepan dengan situasi yang baru. Jadi, pagi tu fana bangun tidur, fana bersiap awal. Lebih awal dari orang  yang nak pegi kerja. Janji temu fana di JKKN sepatutnya jam 8 pagi.

Fana ke sana menaiki KTM sebab KTM Bank Negara betul-betul dekat dengan pintu masuk Kompleks Kerajaan Bukit Perdana memandangkan JKKN terletak dalam kawasan tersebut. Jadi, sampai je di aras pentadbiran, fana nampak ada sofa macam ruangan menunggu. Jadi, fana duduk kat situ. Fana sampai situ lebih kurang jam 7.30 pagi.

Dengan alat pendingin hawa yang masih belum di 'on' kan. Dengan keadaan fana yang berpeluh-peluh, dengan jantung berdebar lagi. Fana buat macam tak ada apa-apa sambil menunggu arahan untuk masuk ke bilik Kak Ju (yang handle bahagian pengambilan pelajar praktikal).

Lebih kurang jam 8.30 pagi fana dipanggil masuk dan diletakkan di satu tempat sementara menunggu ditempatkan ditempat yang sepatutnya. Fana kemudian ditempatkan dibahagian Latihan dan Perkhidmatan  di JKKN. Memang fana redha je apa bahagian pun asalkan fana dapat buat latihan industri di situ dengan jayanya.

Kemudian, fana ditemukan dengan As dan Azie. Disinilah bermulanya persahabatan fana di JKKN. Terima kasih As dan Azie sebab sudi berkawan dan temankan fana kemana je fana pergi. Rasa macam dah kenal lama sangat! As merupakan bekas pelajar KPTM yang pernah buat practicle di JKKN kemudian diserap sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) dan Azie pulak pelajar KPTM yang tengah buat practicle kat situ. Ditambah pula seorang kakak yang sangat sporting, Kak Siti yang dah macam kawan baik rasanya. Pergi b'fast sesama, lunch sesama, shopping sesama, karaoke dan macam-macam lagi.


Fana selesa berkawan dengan diorang sebab diorang memang satu kepala. Banyak benda fana kongsi dengan diorang. Fana baru tahu yang Azie satu sekolah dengan fana masa sekolah rendah dulu (SK Bangsar). Kecik je dunia ni kan? 

Bersama staff bahagian Pentadbiran

Sepanjang menjalani practicle di JKKN, banyak pengalaman baru yang fana dapat. Memandangkan JKKN merupakan salah satu badan kerajaan yang menganjurkan program-program berbentuk kebudayaan, maka dari situ terpantul sikap-sikap ramah dan baik hati staff-staff disana. Fana sangat rindukan suasana di JKKN. Mereka ramah, tiada istilah high-power distance antara majikan dan pekerja. :)


Antara tugasan yang fana lakukan sebagai pelajar practicle di JKKN, fana diberi peluang menjadi urusetia atau Front of House (FOH) bagi acara-acara seperti Pementasan Teater Bangsawan, Bazar Industri Kreatif, Bicara Tokoh, Magic of The Night dan banyak lagi. Memang kena sangat la dengan minat fana. :)

Kebetulan tahun ni merupakan Tahun Melawat Malaysia dan JKKN merupakan salah satu jabatan dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, banyak sangat aktiviti-aktiviti bertemakan Visit Malaysia yang dianjurkan. Jadi, agak busy la dan fana berkesempatan menjadi salah seorang pekerja dibalik tabir bagi program Visit Malaysia. Seronok sangat !

Fana memakai baju uniform Visit Malaysia Year 2014

Sebenarnya bukan mudah berada dibalik tabir kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum event. Jadi, dengan bantuan rakan-rakan dari Bahagian Pengukuhan Seni Budaya, fana mampu melaksanakan semua tugasan yang diberikan.

Antara tugasannya mencetak flyers, kalau dah cetak mesti kena gunting, lipat dan sebagainya kan? Kemudian banyak pihak-pihak terlibat yang yang perlu fana call, sekretariat VMY, pembantu-pembantu peribadi dan banyak lagi. Takut pun ada tapi terpaksa menjadi profesional.




Kalau tadi fana bergambar bersama staff bahagian Pentadbiran, ini pula staff-staff tingkat 4, tempat dimana fana dipindahkan selama satu bulan setengah. Level yang paling sibuk dengan pelbagai aktiviti kesenian dan kebudaayn, level yang paling meriah dan sentiasa bising. Allah, rindunya. T.T


Sepanjang menjalankan practicle di tingkat 4, fana rasa hubungan fana dan bekas vokalis kumpulan remaja Q-Face yang popular dengan lagu Izinkanlah ni semakin rapat. Tak sangka sangat sebab fana merupakan antara peminat lagu-lagu yang didendangkan pada zaman itu. Beliau juga merupakan vokalis kumpulan Antz. Fana selalu ikuti perkembangan beliau dari remaja, rambut panjang sampai la dah rambut pendek balik dan semakin matang. Tarikh lahir kitorang pun selang sehari je. Thanks for the wonderful moments Encik Fairuz Selamat. :)


Dalam banyak-banyak tugasan fana sepanjang practicle, yang paling fana suka bila kena jadi receptionist dekat front counter. Fana memang suka syok sendiri. Jadi, bila dapat angkat call, asik-asik angkat call pastu cakap dengan nada poyo tu, memang fana suka la. LOL!


Fana tahu sebenarnya bukan senang nak jadi tukang jawab call ni. Lagi-lagi bila kita ni cuma pelajar practicle dan tak kenal sape-sape dalam jabatan tu. Bila diminta untuk sambungkan ke orang yang berkenaan, menggelabah selak buku telefon untuk cari extension number. Tapi, itu la pengalaman dan kenangan. :)

Alahai, sedih rasanya sebab fana dah tak jejak kaki ke sana lagi dah. Rindu nak lepak kat pantry makan dengan staff-staff lain, rindu nak makan paru celup tepung dekat kafe balai polis tu, rindu nak jalan-jalan shopping setiap hari jumaat sebab waktu rehat dia panjang, rindu semuanya. T.T

Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InshaAllah dapatlah kita berjumpa lagi.



Apa-apa pun jutaan terima kasih buat staff-staff JKKN yang sudi jawab questionnaires yang fana edarkan tu. Thank you so much! Banyak sangat bantu fana. Banyak benda fana tak tahu, sekarang fana dah tahu. Banyak ilmu fana dapat. Fana happy sangat dapat tamatkan practicle dengan jayanya pada 22 Jun 2014. Semoga dimaafkan segala salah dan silap sepanjang fana berada disana. Mungkin para vendors Bazar Industri Kreatif juga kalau ada terluka hati dengan fana, ampun maaf dipinta. Fana cuma manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.


Alhamdulillah, research fana bertajuk The Effects of Intrinsic Motivation Factors On Job Performance berjaya dijilidkan dan inilah hasilnya. Berkat bantuan semua, fana syukur sangat sebab berjaya hasilkan research ni. Fana tak tahu macam mana nak cakap. Speechless. T.T

Mohon korang doakan supaya fana dapat tamatkan pengajian fana hujung tahun ni ye. InshaAllah. Okay la. Thanks for reading. Harap ada sesuatu yang fana dapat kongsikan dengan korang. Fana mungkin akan menempuh alam pekerjaan pulak lepas ni. Doakan fana ye. 


xoxo,
nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...