TABUNG

14 January 2015

Sewa Basikal Murah di Taman Botani Putrajaya

Assalamualaikumm..


Rasa agak canggung bila smartphone rosak. Ramai yang whatsapp fana tak dapat sebab phone fana rosak. Huwaaaa! :( Sedih tau bila tengok phone yang selalu dengan kita 24 jam tu tetiba diam dan tak bernyawa dah. Fana memang sayang sangat phone tu sebenarnya. Tak pernah berpisah. Kalau jatuh pun hati ni rasa sakit sangat. :'(

Nak buat macam mana, setiap yang hidup pasti akan mati. Manusia, haiwan dan juga barang yang tak bernyawa tu. Mati untuk barang yang tak bernyawa tu maksudnya rosak la. Tak boleh nak guna dah. Punca dia sebenarnya sebab bateri kembung je. Tapi nak dekat sebulan jugak la fana biarkan dia dalam keadaan kembung tu. Phone tu pulak tak boleh berenggang dengan powerbank. Tu je nyawa dia. Nak beli bateri tak beli-beli. At last, rosak!

Kalau korang, macam mana life korang bila smartphone tak ada? Yelah, nak beli baru bukan senang kan? Nak kena cari duit lagi. Nak taknak kena bertahan jugak. Life must go on. Gitchuuuu! Hahaha. So, apa yang fana buat bila tak boleh scroll instagram, online whatsapp 24 jam, bukak facebook dan sebagainya? Haaa, fana pergi beriadah! Hehehe. Nasib baik ada yang sudi memahami. Eceh!

Entah kenapa, diri ni rasa teringin nak pergi main basikal sewa murah dekat Taman Botani Putrajaya tu. Sebelum ni banyak kali sangat pergi sana dengan niat nak main basikal tapi tak jadi sebab sampai sana dah lewat petang la, hujan la. Tapi, kali ni menjadi ! Excited sangat ni. Ops! Abaikan pakaian yang tak berapa sesuai fana tu ye. Sebab benda ni tak plan pun. Hihihi. Pakai kasut tinggi tau main basikal. Ha, lantak ah!

Muka takleh nak stress lagi ke?




-------------------------------
Taman Botani Putrajaya, Presint 1
Harga : RM4 sejam
Waktu operasi : 7 pagi  - 7 petang
**Dibuka setiap hari termasuk cuti umum
---------------------------------------------------------


Dekat Taman Botani Putrajaya ni, landskap dia memang dipenuhi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau, tasik dan kawasannya agak bercerun. Jadi, korang kena bersedia dari segi mental dan fizikal la kalau nak berbasikal dekat sini. Kalau korang jenis yang cepat penat memang akan give up la nak panjat bukit tinggi tu.


AMARAN : Waktu ambil basikal tu make sure korang tolak dulu basikal turun cerun yang agak curam ni. Tinggi sangat bukitnya. Mungkin sebab kawasan ni struktur geografinya yang agak curam membuatkan tempat ni dipenuhi dengan bukit yang agak tinggi.



Pusing satu Taman Botani dengan basikal ni, naik turun bukit semua ada memang best gak la. Lama sangat tak berbasikal. Penat memang penat tapi puas. Lagipun basikal yang disediakan di Taman Botani Putrajaya ni ada gear. So, takde hal la kalau nak naik bukit ke turun bukit ke. Main je gear tu. Tapi, sakit bontot weyy! Hahaha. Seat basikal tu keras sangat. Next time datang bawak bantal kecik la boleh? Hahaha


Taman Botani Putrajaya ni bila jalan kaki rasa luas. Tapi, kalau korang sewa basikal kat situ pastu kayuh sambil menikmati keindahan landskap Taman Botani tu, korang mesti rasa tak puas gila. Sebab rasa macam "Eh, bukan dah lalu ke sini tadi?" Hahaha. Oh, satu hal lagi. Dalam Taman Botani ni takde satu bijik kedai pun. Dahaga wey bila dah kayuh basikal pusing satu taman tu. Cari air mineral takde rasa macam nak pegi teguk je air tasik tu ha. Next time datang make sure bawak air mineral satu botol besar. Okay, noted!

Pokok Mata Lembu pun ada???

Apa lagi nak cerita eh? Pasal harga dah, pasal air mineral pun dah, pasal bukit tinggi dengan gear pun dah jugak. Haaaa, ada satu benda lupa nak cakap. Kalau korang nak datang sini, datang awal tau sebab pukul 7 petang Taman Botani dah tutup dan tempat sewa basikal pun dah tutup jugak. Hari tu fana datang dalam pukul 3 petang macam tu. Boleh la pusing puas-puas taman tu. Weeeeee!

Fana tak keseorangan berbasikal hari tu. Fana ditemani oleh kawan baik fana yang sememangnya orang hebat Putrajaya. Hahaha. Maklum la kerja kat Putrajaya kannn. Selok-belok Putrajaya tu semua dia tahu. Sampai dia kata bosan dah asik pergi Putrajaya. Fana pulak suka gila pergi Putrajaya sebab sana tenang, hijau, tak sesak, pendek cerita best la. Suka dengan suasana kat sana.



Fana : "Babe, jom g Putrajaya!" Sambil buat muka sehabis girang dan teruja.

Arjuna : "Aduhhhh, bosan la. Isnin hingga Jumaat pergi Putrajaya, takkan weekend pun jenjalan kat sana?" Sambil muncungkan mulut yang dah muncung.



Arjuna


Apa pun terima kasih ye Arjuna sebab sudi teman naik basikal selama satu jam pusing Taman Botani tu, belanja main basikal dan tolong tangkap gambar. Hahaha. Dan sekarang fana dah tak bosan dah sebab dah ada phone baruuuuu. Yeayyyy! :)

#mygalaxyA


Next time datang lagi !



xoxo,
fana

12 comments:

  1. Weh syookk nya.. Kalau la dapat buat gathering dengan blogger2 kat sini best gila kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn?? Moh ler kite pastu bawak bekal sorang sikit. Hehehe

      Delete
  2. bestnya! lama dah tak naik basikal...eh fana.... smartphone rosak ibarat no life hokay! perit gilaaaaa...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap masih ingat cara untuk kayuh basikal. Hahaha. Betul tu onie. Nasib baik dah beli yang baruuuuuu. ;)

      Delete
  3. Best kan kt situ.. syok tgk pemandangan jea. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Betul tu Kak Asyik. Tenang je rasa. :)

      Delete
  4. Fana,beskal budak2 ade disewakan x? Mcm syok je bwk anak g riadah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basikal budak2 ada jugak. Tapi, masa fana pegi hari tu tengah renovation katenye.

      Delete
  5. Replies
    1. Terima kasih. Jangan lupa try pergi sana! :)

      Delete
  6. assalammualaikum, bley tak nak minta tlg jawap questionnaire berkenaan taman botani putrajaya? saya tngh buat thesis berkaitan taman botani.

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum, bley tak nak minta tlg jawap questionnaire berkenaan taman botani putrajaya? saya tngh buat thesis berkaitan taman botani.

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...