TABUNG

01 September 2013

: KL Zombi VS Tanda Putera :

Assalamualaikum...



Alhamdulillah. Bangganya jadi anak Malaysia sebab sampai Amerika Syarikat pun ucap tahniah ke kita. Mana taknya, dah 56 tahun kita merdeka. Merdeka daripada jajahan komunis kejam. Sedihnya bila fikirkan balik nasib pejuang negara yang mati ditangan komunis. Al-fatihah buat mereka semua.


Entri kali ni aku nak kongsi tentang aktiviti sempena Merdeka hari ni kan. Tahun ni tak berkesempatan pegi Dataran Merdeka. Maka, tengok dekat tv aje. Kena tengok. Sebab penat diorang semua berlatih sampai hitam habis kulit tu ha. So, untuk hargai diorang punya penat lelah tu, kita tengok la perarakan diorang. :)


Oh ya, baru-baru ni aku ada join satu contest yang dianjurkan oleh femagonline. Jom la ramai-ramai join contest yang dianjurkan Femag sebab diorang akan adakan contest bagi setiap edisi keluaran majalah diorang. Best gila! Hadiah pon best. Wuhuuuu!


Entah macam mana aku nak join contest KL Zombi kan? Hadiah yang ditulis kat situ cuma T-shirt dan badges KL Zombi je tapi bila dapat email, Femag cakap aku dapat tiket wayang jugak. Yeayyyy! Terima kasih daun keladi Femag !



Korang kalau nak join contest yang dianjurkan oleh Femag, boleh la follow diorang dekat Instagram, Facebook dan Twitter. Just search : femagonline.


Okay, ni antara hadiah yang aku dapat lepas menang contest KL Zombi. Complimentary Pass untuk dua orang, dua badges KL Zombi dan dua helai t-shirt KL Zombi. Terima kasih Grand Billiance, terima kasih Femag !



Dah tukar jadi tiket ! 

Memandangkan hari ni kitorang pegi tengok KL Zombi, dengan tetiba idea bijak bernas lagi bergaya siapa entah nak ajak pakai t-shirt pegi Midvalley! Dah lama tak buat kerja cenggini kot. Pegi Midvalley pakai t-shirt! Nasib baik la dekat dengan rumah je. Hahaha. Tapi, memang cool gila rasa. Orang lain tak de kot !



Aku Nipis. "Untouch-Cable"

Maka, sepanjang di Midvalley memang buat dek je la dengan baju Nipis ni kan. Haha. Semua yang jalan belakang, mesti cakap "Eh, dia pakai baju KL Zombi la". Hahaha. Dengar tapi saje buat-buat tak dengar. Menonong je jalan.


Sementara menunggu, lunch dulu di satu restoran yang menjadi kegilaanku. Sebab apa? Sebab carbonara dia memang terbaik! Kalau pegi Pavilion, wajib makan kat situ. WILD BASIL. Restoran ni boleh dicari di Pavilion, One Utama dan Midvalley. Kalau dekat Mdvalley, tempatnya dekat area AEON BiG. Memang terbaik makanan dia.

Fettucini Carbonara

Chicken Mushroom Baked Rice

Kedua-duanya sedap dan harga pon berpatutan. Nama restoran ni Wild Basil taw! Cuba taw!


Okay, sambung ! Kesimpulan dari cerita KL Zombi yang aku dapat ialah jangan dekat dengan anjing supaya korang takkan jadi Zombi bila kena kokak dek anjing tu. Gigitan anjing boleh menyebabkan manusia menjadi zombi. Eh?? Yang kedua, Zombi dapat disembuhkan dengan menggunakan produk B.R.O Khalid ! Eh?? Yang ketiga, kalau korang jumpa zombi, pukul dengan kayu hoki. Mesti menyembur air liur bercampur darah si zombi. Hahaha. Sengal !


Aku memang nak tengok KL Zombi pon kalau aku tak dapat tiket free. Sebab KL Zombi merupakan adaptasi daripada Novel Zombijaya terbitan Buku Fixi. Gila kau! Baca Buku Fixi je dah boleh buat imaginasi aku melambung, inikan pulak tengok filem hasil adaptasi daripada Buku Fixi. Memang pergh! la jawabnya.




Selesai tonton KL Zombi, lekas-lekas tukar baju untuk #KempenPakaiSongkok yang dianjurkan oleh page Saya Sayang Tun Dr. Mahathir dengan kerjasama pihak FINAS dan Pesona Pictures. Memang nama dia Kempen Pakai Songkok. Itu wajib untuk penonton lelaki. Bagi perempuan, diwajibkan memakai tudung hitam. Maka, ini hasilnya selepas bertukar ! Hahaha


*maaf, gambar buruk sebab guna phone tak bawak kamera.

Okay, lagi satu filem tempatan ni memang sesuai ditayangkan sempena hari merdeka ni. Tengok cerita tu tadi pon dah buatkan aku menitiskan air mata. Ni kali kedua aku tengok Tanda Putera selepas dah dipertontonkan di Dewan Seri Iskandar, UiTM Perak hari tu.



Masa dekat U hari tu aku tak tengok pon sebab tayang lewat sangat. Maka aku tidur sepanjang tayangan berlangsung. Best rupanya cerita ni. Tadi baru dapat hayati jalan cerita. Sedih bila pemimpin kita yang begitu sayangkan rakyatnya sampai tak mahu berita tentang kesihatannya diketahui. Sayang sungguh Tun Abdul Razak kepada rakyatnya.


Peluang untuk melihat bagaimana Dato' Seri Najib Razak sewaktu zaman mudanya, peluang mengenali Tun Dr. Ismail dan peluang untuk merasai bagaimana perasaan rakyat Malaysia pada peristiwa 13 Mei. Rusuhan kaum tu buatkan kita sedar dan bersyukur yang sekarang kita boleh saling bertegur sapa dengan kaum Cina dan India yang ada di Malaysia. Betapa beruntungnya kita.


Yang bestnya hari ni, dah la dapat tiket free, dapat popcorn dengan air mineral free pulak tu! Ya Allah, terima kasih pihak penaja. Next time boleh bagi lagi kot. Hihihi.



Okay, yang bestnya Kempen Pakai Songkok ni ialah bila GSC Midvalley penuh dengan lelaki-lelaki yang memakai songkok. So, kalau nampak je pakai songkok, dah tahu dah mesti yang join kempen ni. Pastu mereka akan saling bertegur sapa antara satu sama lain. Itu yang membezakan orang awam dengan peserta.


Sebelum masuk dalam panggung wayang, peserta Kempen Pakai Songkok menyanyi ramai-ramai lagu Negaraku di ruang legar GSC. Memang syahdu je rasa tadi. Sampai orang awam semua tengok je. Hehehe. 


#ootd. Untuk Kempen Pakai Songkok, memandangkan aku tak sempat nak bawak spare baju kurung, jadi ini la yang aku pakai. Tak kisah rasanya. Asalkan pakai tudung warna hitam. Macam biasa, wide plain shawl feveret, Paisley fishtail dan jeans. :)




Untuk korang yang masih belom tonton filem Tanda Putera, pegi la tengok cepat. Support la filem tempatan ye. Jangan la bila filem dah bocor ke youtube korang cecepat download. Macam kes KL Gangster 2. Kesian bro Syamsul Yusof. Penat dia kerah idea tetiba korang khianat macam tu. Sokong filem tempatan okay! Patriotisme la sikit.


All in all, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 dengan tema Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku. :)



***Diskaun RM5 untuk Maxi Dress Afina Exclusive di KZNABIHAH, boleh ambil dekat sini --->> VOUCHER DISKAUN



nfcs

4 comments:

  1. wahh!! marathon movie nampak..
    pika berminat nak tengok tanda putra tu..tapi takut bosan..huhuu..best tak cerita dia?

    ReplyDelete
  2. sempat lg tukar baju yea..bgs2 dah makin aktif..:)

    ReplyDelete
  3. @Syafiqah Hashim

    Pikaaa, pegi tengok! Tanda Putera memang best! Sedih pulak tu.Fana nangis kot tengok cerita ni. Sobs!

    ReplyDelete
  4. @Asyik Izas
    Hahaha, kann? Kak Asyik, thank you sbb kak Asyik yg dah bg fana peluang ni. :)

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...