TABUNG

09 September 2013

: Selamat Pengantin Baru Aini dan Fikri :

Assalamualaikumm..



Rasanya belom terlambat lagi aku nak ucap Selamat Pengantin Baru kepada Aini dan suami. Amboi, awal kawen taw. Jodoh. :)


Datang bagi support dekat kawan. Best sangat. Sebenarnya aku tak tahu pun Aini akan kawen secepat ni. Sebab Aini yang aku kenal merupakan pelajar pintar. Aini ambik course Sains Matematik (kalau tak silap) di UiTM, Shah Alam.


Aini merupakan salah seorang kawan aku masa menuntut di SMK Che Tom, Sungai Petani dulu. Masa tu aku disumbat ke sana dengan perasaan tak redha. Hahaha. Tapi, Alhamdulillah, aku dapat senior dan kawan-kawan yang sangat best kat sana.


Aku menetap di asrama dan menyertai pasukan pancaragam di SMK Che Tom. Sama dengan Aini dan lain-lain. Aku sebagai drummer manakala Aini sebagai pemain trumpet. Semua tu merupakan kenangan paling indah buat aku. Ececehh!


Okay, bermula di asrama aku kenal Aini dan sampai sekarang kitorang masih contact di facebook walaupon aku dah pindah semula bersekolah di Kuala Lumpur. Sama jugak hubungan dengan yang lain-lain macam Ainani, Miratul Jannah, Uswatul, Izyan, Nasuha, Azimah, Fatin Athirah, Kak Anis dan ramai lagi! :)


Sebagai kawan, aku datang ke majlis persandingan Aini untuk ucapkan tahniah. Dah la datang tak bawak hadiah. Tak ingat langsung. Sorry ye Aini. Oh, lupa nak cakap Aini sekarang tengah buat internship. Hari tu honeymoon kat Bali. Phewit! Jeles kite. Hahaha. Gurau je ye Aini.


Untuk kengkawan Che Tom yang tak dapat hadir sama ada di majlis belah Aini ataupun suaminya, harap dapat tengok gambar ni sepuasnya. Hihihi.















Seronok dapat jumpa Nasuha dan Nabila Omar. Lama gila tak jumpa. Kalau tak silap, kedua-duanya pun drummer dalam pasukan pancaragam. Kami tiga drummer datang memeriahkan majlis perkahwinan Aini. :)



Last but not list.......




Hihihi. Tangkap curi-curi gambar hubby blogger comel Irine Nadia Marcello. Suami Irine, Vel Oliver merupakan photographer yang tak kurang juga hebatnya. Suka tengok hasil-hasil beliau. Tak sangka Vel Oliver merupakan photographer rasmi wedding Aini di Sungai Petani dan juga di Taman Melati.


p/s : Selamat pengantin baru buat Aini dan suami. Jaga suami elok-elok ye. Hihihi. Dah jadi isteri orang jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang isteri. Terima kasih sebab jemput Ana datang ke majlis perkahwinan Aini. Cepat-cepat dapat baby taw and good luck for your intern ! :)


nfcs

4 comments:

  1. Wow! terharunya yanggg.. meh nak kiss sikit meh! muahx muahx! tq taw korang sebab datang.. terharu iollsss.. btw,, doa korang termakbul :) uoollss akan dapat anak buak tahun depan ;)

    ReplyDelete
  2. @Nur'Aini Azhar

    Mesti kitorang datang untuk bagi sokongan kat Aini. Yeayy! Tak sabar nak timang anak buah ni. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Opppsssss.. anak buah? hehe.. nanti bila2 kita jumpa la ye :) hari tu x sempat nak borak2 lama sikit ;)

    ReplyDelete
  4. @Nur'Aini Azhar
    Boleh ! Nanti kite jumpe lagi okay. Miss you. Take care okay!

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...