21 February 2014

CREAM Real-time pricing at your fingertips !

Assalamualaikumm..


Sejak wujudnya laman sosial yang boleh dikatakan pesat sekarang ni, fana rasa macam seronok pula melihat gelagat masing-masing. Mana taknya, masing-masing ada smartphone, tablet, dan Ipad kat tangan. Pergi mana-mana tak lepas. Buat masa sekarang ni semua orang dah jadikan menangkap gambar makanan sebagai satu habit di restoran-restoran mahupun dirumah.


Fana pun tak ketinggalan. Kalau siapa yang follow laman Instagram fana mesti perasan yang fana suka sangat upload gambar makanan. Bagi fana, habit tersebut boleh dijadikan perkongsian untuk pengguna yang lain. Okay, contohnya fana upload gambar makanan dan post ke Instagram. Pasti ramai yang akan komen bertanya tempat, harga dan kelazatan makanan tersebut. Seronok sangat dapat berkongsi tempat makan yang best-best dengan pengguna yang lain.


Tapi, hari ni fana bukan nak cerita pasal Instagram sebab fana pasti terlalu ramai yang sudahpun mengenali aplikasi tersebut. Kali ni fana nak perkenalkan aplikasi yang fana baru je install dekat smartphone fana baru-baru ni. Aplikasi tersebut merupakan salah satu aplikasi yang paling best untuk berkongsi gambar makanan yang sedap-sedap tu. Kalau siapa yang punya habit macam fana, boleh la guna aplikasi ni.


Aplikasi yang fana dok pum pang pum pang ni namanya CREAM. Ianya merupakan aplikasi mudah alih yang menyediakan platform yang memanfaatkan orang ramai untuk membantu pengguna menentukan sama ada pembelian kita merupakan pembelian yang bijak atau tidak.


Biar fana terangkan dengan lebih mudah ye, CREAM merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkongsi gambar barangan yang dibeli dan disertakan sekali harga, lokasi dan juga membolehkan orang lain menentukan sama ada barang tersebut adalah patut dibeli ataupun tidak. Nampak tak kebaikan aplikasi CREAM ni? Dalam masa yang sama, kita juga dapat bantu orang lain untuk tentukan sama ada mereka akan membeli barangan tersebut atau pun tidak.



Aplikasi CREAM menyediakan ruangan komen, "thumbs up", dan "thumbs down". Kalau barang dan harganya tidak berpatutan, maka pengguna lain akan memberi rating kepada barang yang kita beli dengan klik sahaja pada button "thumbs up" atau "thumbs down" tersebut. You’re getting your money’s worth for the price you are paying. Gitewww ! Ini contoh gambar yang telah diberikan rating.


Jom fana kongsikan cara untuk menggunakan aplikasi CREAM ni okay? Sebelum tu, aplikasi ni boleh di download oleh pengguna Android di Google Play dengan hasil carian "CREAM". Ataupun boleh gunakan link ni untuk download. https://www.cream.io



Step 1

Tangkap gambar makanan atau barangan yang hendak dibeli



Step 2

Masukkan harga barangan tersebut dalam Ringgit Malaysia 



Step 3

Kongsikan dengan semua pengguna dan followers korang



Step 4



Untuk pengetahuan semua, terdapat lima aplikasi perkongsian yang paling famous patut ada dalam smartphone iaitu Instagram, Flickr, Frontback (iOS), Snapchat dan CREAM. Tapi, fana cuma gunakan dua daripada lima yang terhebat tu iaitu Instagram dan juga CREAM. Kedua-duanya fana guna almost everyday. Cuma aplikasi CREAM sahaja yang menyediakan kemudahan untuk memberikan feedback kepada si pembeli pada waktu mereka sedang bershopping. Upload gambar, dan tunggu feedback sama ada Good Deal or Not. Mudah kan?


Menurut founder CREAM, Hajime Hirose : "Kami teruja kerana akhirnya kami melancarkan CREAM di app store. Sekarang kita akan dapat membantu pengguna memastikan mereka mendapat tawaran terbaik. Kami akan terus mencipta dan mengintegrasikan ciri-ciri baru bagi menampung pengguna kami". Sebelum korang nak kenal aplikasi ni dengan lebih jelas, jom tengok video ni.



Seronoknya sebab dapat bantu ramai pengguna dan juga para pelancong untuk tentukan bajet pelancongan diorang. Lebih kurang macam tu la juga niat pengasas aplikasi CREAM ni iaitu membantu golongan yang suka melancong untuk merangka perbelanjaan sebelum mereka berbelanja dengan harga yang kita kongsikan di aplikasi tersebut. Jom la berCREAM ! Takkan rugi punya.


So, kalau korang dah download CREAM dekat device korang, apa lagi? Jom follow fana di CREAM ! See you there. :)




Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web CREAM:

Like CREAM di Facebook :



xoxo,
nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!