Assalamualaikummm..
Ramai yang histeria, trauma dan terkena kejang urat selama beberapa jam sebab fana asik
upload gambar dengan artis pujaan diorang dekat Instagram. Maafkan fana ye kawan-kawan. Bukan niat nak buat macam tu tapi fana rasa penat kejar artis tu berbaloi bila dah
upload gambar tu di laman sosial yang ada. Wakakaka !
Sebenarnya entri ni fana bukan
update untuk jeleskan pembaca blog fana, tapi fana cuma nak berkongsi pengalaman menjadi salah seorang hijabi untuk Hijabista Flashmob. Apa tu ye? Okay, untuk pengetahuan korang, setiap tahun Hijabista memang akan mencari
volunteers untuk join flashmob di
booth Hijabista sebab ini merupakan keunikan yang ada di
booth Hijabista. :)
|
Bersama hijabi flashmob |
Fana pasti, ramai yang hadir di Karnival Karangkraf 2014 akan nampak kelibat beberapa hijabi cantik, gojes dan cecomel di
booth Hijabista. Hihihi. Ha, kitorang la tu. Tak malu kan puji diri sendiri. Tak la, sebenarnya jujur fana cakap, kebanyakan mereka yang join Hijabista Flashmob memang cecantek.
Happy kenal dengan diorang semua tu.
|
Event coordinator Hijabista, Kak Atin |
|
Krew Hijabista, Kak Mira dan Kak Aina |
|
Hijabista's fashion stylist, Kak Alin |
Tapi, fana nak ucapkan terima kasih bebanyak buat
team Hijabista sebab sudi jemput fana dan kengkawan join
event ni. Pengalaman yang takkan dapat dilupakan. Terima kasih Kak Suzi sebab sudi jemput kitorang, terima kasih Kak Atin sebab
call dan
whatsapp fana ajak join
event ni, terima kasih Kak Hana sebab sudi jaga kitorang, pesan suruh makan, suruh jangan main panas, layan kitorang dengan
best sekali walaupun kitorang banyak main je kan? Fana nak mintak maaf bagi pihak yang lain kalau kitorang tak banyak membantu Hijabista dari segi jualan. Huhuhu. Terima kasih semua. :')
|
Wall of fame |
Selain Hijabista ada banyak lagi
booth majalah dibawah naungan Karangkraf yang buka
booth dan diorang jugak sangat
sporting. Sepanjang tiga hari kat sana, diorang pun dah kenal kitorang dah. Hahaha. Mana taknya satu hari berapa kali kitorang
round satu tapak karnival. Habis kulit muka
burn, berbelang macam kuda belang. Kena sangat dengan tema Safari yang diketengahkan oleh Karangkraf bagi karnival tahun ni.
|
Kaunter pendaftaran Hijabista Model Casting |
Di
booth Hijabista juga berlangsungnya pencarian model-model baru bagi diketengahkan di dalam majalah Hijabista. Itu yang paling menarik. Sebab apa yang fana tahu, ramai sangat hijabi diluar sana yang selalu tertanya-tanya macam mana nak jadi model untuk majalah Hijabista ni. Alhamdulillah,
casting di
booth Hijabista mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan sekali. :)
|
Hijabista Model Casting |
Selama tiga hari di Karnival Karangkraf 2014, fana sempat bergambar dengan beberapa orang artis yang hadir bagi memeriahkan karnival. Ternyata mereka semua sangat
sporting dan
best ! Sempat melayan kerenah peminat-peminat setia mereka.
Salute !
|
Bersama pelantun suara lagu Cinta Sesungguhnya |
|
Bersama Soo Wincci dan Brian dari Masterchef All Star |
|
Bersama Ameer Forteen |
|
Bersama model, Shahar Abdul Salam |
|
Bersama Chef Celina dari Masterchef All Star |
|
Bersama Wak Doyok dari The Garment Movement |
Sejujurnya, pengalaman yang fana dapat ni sangat la bernilai. InshaAllah, fana teringin sangat join jika diberi peluang lagi oleh majalah Hijabista untuk menjadi salah seorang daripada krew Hijabista. Seronok sangat dapat kenal dengan semua orang dan fana akan rindukan saat-saat ni. :')
Sehari selepas Karnival Karangkraf 2014 melabuhkan tirainya, fana dapat
whatsapp daripada salah seorang kawan fana, dia hantar gambar ni. Tak sangka dalam beribu pengunjung yang datang, gambar ni jugak yang
photographer Sinar Harian ambik. Hehehe. Dapat jugak merasa muka masuk surat khabar kan?
Thank you Sinar Harian.
Tamat sudah tugas sebagai Hijabi Flashmob untuk booth Hijabista. Berbaloi ke jadi hijabi flashmob ni? Dah la panas. Tak penat ke? Memang, penat sangat sebab satu hari dekat tapak karnival dengan panas teriknya, sakit kepala, tapi serius cakap ianya sangat bernilai sebab ramai sangat yang nakkan peluang ni. Tapi, kitorang yang dapat. Terima kasih Hijabista kerana sudi jemput kitorang.
|
Hijabi Flashmob Hijabista 2014 |
Jutaan terima kasih buat team Hijabista kerana sudi menerima fana sebagai salah seorang daripada ramai yang ada. Semoga dapat jumpa lagi satu hari nanti. Pengalaman dengan
team Hijabista merupakan yang paling best pernah fana alami.
|
Team Hijabista bergambar bersama CEO Karangkraf. |
Thank you for reading. :)
xoxo,
nfcs
thanks fana ajak akk sekali aritu..:)
ReplyDeleteSama2 akak. Thanks sebab sudi join flashmob. :)
Deletewahh tacink nye entry nii...huhuhu~~ thanx sbb sudi ajak kite jugak ;) best kwan ngn korang! hehe ^____^
ReplyDeleteHahaha. Nape tacing shiqin? Tu la, ada jodoh nanti kite jumpe lagi okay. ;)
Deletewah shopping sakan ke haha
ReplyDeleteShopping buku aje la pun. Nama pun karnival karangkraf kan. Hehe
Deletewah!! bestnya.. hehehehehe... nanti try tau burger tu. ambik masa 8 minit pulak.hahaha
ReplyDeleteHehehe. Giteww taw abg boni kacak ni.
DeleteWah masing-masing berikan pose Vogue. Kelas kau Jah. :-)
ReplyDeleteKannnn? haruslah vogue. Nak masuk Hijabista ni. Hehe
Delete