Assalamualaikumm...
Alhamdulillah, hari ni fana join food review bersama beberapa bloggers lain. Terima kasih Terbaek Network (Farid Laham) atas peluang yang diberikan. So, hari ni kitorang dijemput untuk mengadakan food review di Craez Cafe, Kelana Jaya.
Craez Cafe merupakan 'buah hati' Chef Imelda Harris untuk peminat-peminatnya. Siapa Chef Imelda Harris ni? Buat pengikut Masterchef All Stars mesti kenal siapa beliau. Turut bekerjasama bagi menjayakan lagi Craez Cafe ialah dua lagi rakan kongsi beliau iaitu Azrin dan Saifol Bahri.
CRAEZ merupakan akronim kepada Chill, Relax And Eat Zealously. Hebat gabungan nama tu. Rasa macam sangat kena dengan suasana di Craez Cafe itu sendiri. :)
Bersama Chef Imelda Harris |
Salah seorang chef di Craez Cafe |
Antara hidangan yang dihidangkan kepada kami para bloggers hari ni merupakan killer menu iaitu antara menu yang paling digemari oleh pelanggan Craez Cafe.
Lamb Chop |
Beef Lasagna |
Aglio Olio Shrimp |
Craez Fire Pasta |
Crazy Craez Pizza |
White Storm Carbonara |
Untuk minuman pulak, kitorang dihidangkan dengan sexy Mocktail Craez Cafe. Hahaha. Sebab apa fana cakap dia seksi? Sebab warna dan cara presentation dia. Hihihi
Beach Street Cooler, Blue Lagoon, Green Lake and Flamingo Mocktails |
Untuk korang yang gemarkan dessert yang sejuk tetapi berkhasiat jugak, boleh la try Parfait daripada Craez Cafe ni. Sangat sedap hokayyy! Tak tipu jugak. Sedappp gila. Tak dapat dinafikan lagi. Haaaa, gitewww! Punya la nak bagi korang percaya ni. Hahaha
Chocolate Paradise Parfait |
Craez King Castle Parfait |
It looks like two beautiful angels. :) |
Strawberry Island Parfait |
Okay, habis cerita pasal menu. Oh ya, mesti korang nak tahu pasal harga jugak kan? Jom tengok harga menu yang disediakan di Craez Cafe. Bagi fana, sangat berpatutan dengan kelazatan dan jugak portion dia yang besar.
Harga Minuman |
Harga Makanan |
Untuk korang yang nak tahu pasal lokasi kejadian pulak. Hahaha. Korang just datang Kelana Jaya, terus pergi ke bangunan UNITAR atau namanya bangunan Tierra Crest. Naik lif pergi tingkat 1. Nanti korang keluar lif je korang akan nampak restoran yang sangat ceria dan disambut oleh staff yang ceria jugak.
Selain makanan, fana sukakan dekorasi dalam restoran jugak. Sangat ceria, pandai bermain warna dan setiap sudut ada je deko yang comel. Dari luar sampai la dalam restoran korang akan nampak yang restoran ni sangat ceria. Rasa macam makan dekat rumah sendiri pun ada. Sangat rileks dan cool.
Oh ya, sebelum terlupa fana nak bagi berita gembira untuk korang yang nak cuba makan di Craez Cafe. Mereka menyediakan membership card untuk korang jika korang berjaya berbelanja sebanyak RM30 dan ke atas! Wow! Best kan? Kalau korang dapat membership card tu korang akan dapat kelebihan sebagai seorang pelanggan taww.
Chef Imelda dan krew Craez Cafe menjemput korang semua ke Craez Cafe yang terletak di tingkat 1, Tierra Crest (UNITAR) pada 7 - 9 Februari ni sebab ada CRAEZ CARNIVAL yang akan melibatkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari tersebut.
Yang menariknya, ada pertandingan Mini Masterchef taw yang ala-ala Peti Saji Misteri tu. Chef Adu yang akan jadi juri. So, kalau korang nak feeling-feeling merasa masuk Masterchef, boleh la sertai karnival ni dengan menghubungi nombor yang tertera di poster bawah ni. Ramai artis yang akan hadir dan Chef Zamir pun ada hokayyy! ;)
Sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai Craez Cafe boleh terus ke link dibawah :
.
.
FACEBOOK : https://www.facebook.com/craezcafe
INSTAGRAM : http://www.instagram.com/craezcafekj
TWITTER : https://twitter.com/CRAEZCAFE
Lepas ni fana akan pergi lagi kot. Mungkin akan jadi regular customer jugak. Hahaha. Masih teringat-teringat kelazatannya. Jangan sampai terbawak dalam mimpi sudah la. Hihihi. Akhir sekali, gambar kami para bloggers di Food Review petang tadi. :)
xoxo,
nfcs
amboi ensemnye chef dia... =* haha...bestnye bestnye... ~~
ReplyDeleteHahaha. Malangnya chef cuma duduk kat dapur. Hihihi. Kena try. Sgt sedap!
Deletebila nak repeat balik....macam tak cukup haritu punya makan...haha
ReplyDeleteTu la, nak kena pegi balik. Teringat2 si lasagna tu. Hahaha
DeleteHye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
ReplyDeleteThank you sudi baca. Harap selalu singgah sini ye. Hehehe
Delete