26 May 2014

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014

Assalamualaikummm...


Sabtu lepas fana berkesempatan pergi menyibuk di Festival Belia Putrajaya yang dikatakan meriah tu. Festival tersebut berlangsung di Presint 2, Putrajaya dan disasarkan sebanyak 100,000 belia bakal berkunjung ke festival tersebut. Eh, betul ke ni? Boleh jadi ke YB Khairy Jamaludin? Eh, terbukti tauuu.

Sepanjang kat sana, fana nampak ramai gila manusia yang hadir dan meriahkan festival. Nampak ramai juga anak-anak muda yang turun padang bagi menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga hari festival berlangsung. Supportive betul !

Jom fana cerita dari mula nak ke sana sampai la aktiviti menarik yang dianjurkan di Festival Belia Putrajaya 2014 okay? :)

Sebelum ke Putrajaya, fana berhenti singgah di hentian rehat (tak pasti nama R&R) menghala ke Putrajaya. Untuk apa? Untuk ini la, rakam konvoi motosikal berkuasa tinggi hingga kuasa rendah. Eh? Bukan fana yang rakam sebab tak sanggup la nak berdiri tepi highway panas terik tu. Arjuna yang gila motor yang rakam.

Mesti ramai mat-mat motor yang menantikan video konvoi ni kan? Tengoklah wajah masing-masing dalam ni. Dianggarkan lebih 10,000 unit motosikal yang menyertai konvoi ni. Mereka bermula dari Stadium Bukit Jalil dan tamat di Festival Belia Putrajaya. Sesak jugak la Lebuhraya MEX tu gara-gara konvoi motosikal terpanjang ni. Salute abang-abang motor semuaaa.


Konvoi Motosikal ke Festival Belia Putrajaya 2014




Sempat lagi selfie kejap. bahaha

Sempat lagi ber'selfie'

Jadi, sesampai je fana kat Festival Belia Putrajaya, fana terus mencari gerai makan. Banyak juga gerai makanan yang dibuka sepanjang festival berlangsung. Tak risau la nak cari makanan. Antara makanan yang ada disana A&W, KFC, Darabif Burger, Rasamas, Pizza Hut dan gerai-gerai kecil yang lain.

Habis je makan fana eksaited ni nak jalan-jalan dekat booth-booth yang ada. Tiba-tiba fana disapa oleh jiran fana, Hafiz yang merupakan adik kepada owner Alaska Spa. Hubungan kitorang lebih dari jiran sebenarnya, dah macam adik-beradik dah. Jadi, fana pun ditawarkan perkhidmatan manicure secara percuma ! Jangan jeles tauuuu. Hihihi






Dah cantik, dah kilat dan dah sihat dah kuku fana. Terima kasih kepada staff Alaska Spa sebab bagi perkhidmatan yang terbaik walaupun kat booth je kan? Korang, kalau nak urut ke, nak rasa spa paling murah dan khas untuk muslimah, boleh la pegi Alaska Spa yang terletak di Shah Alam. Untuk alamat, boleh klik kat sini (Alaska Spa).

Next, jom fana tunjukkan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang festival berlangsung.

.

.

Skateboarding

Rock Climbing


Rumah Hantu

Korang tengok la betapa ramainya manusia yang nak masuk rumah hantu ni. Mana taknya, masuk PERCUMA ! Fana pun nak masuk jugak pada mulanya tapi memandangkan barisan yang beratur pun boleh tahan ramai, batalkan je la hasrat tu.


Apa yang fana tahu pada hari tu jugak berlangsungnya Jom Heboh, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Big Bad Wolf ! Sebab tu la berjuta manusia yang datang ke Putrajaya hari tu. Meriah Putrajaya kata ko!

Antara booth yang menjadi tumpuan ialah booth IM4U dan booth payung ni. Kreatif sangat diorang semua ni. Banyak juga peniaga-peniaga yang buka booth pada hari tu. Antaranya Pudore, Bella Ammara, JOHO, 27 Legacy Tiedye, Sincerely By Us, dan banyak lagilah.






Booth 'Payung'

Kesimpulannya, Festival Belia Putrajaya ni berjaya menarik ramai bebudak untuk datang join aktiviti yang dianjurkan daripada membuang masa lepak tak tentu arah kan? Good job Kementerian Belia dan Sukan. Festival ni merupakan yang paling besar, luas dan Ya Allah, penat gila nak menapak kot. Tapi, fana enjoy sangat menjadi sebahagian daripada pengunjung.


xoxo,
nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!