Assalamualaikumm..
Turun, naik, jatuh, bangkit, Alhamdulillah aku masih punya kamu disisi.
Kamu : Keluarga, adik-beradik, sahabat-handai, Arjuna.
Terima kasih kerana sentiasa berada disisi tika susah mahupun senang. Semoga Allah merahmati kalian. Masih diberi kesempatan menghidu udara segar. Melihat keletah manusia, dan mengharungi cabaran di dalam dunia yang penuh cabaran. Semoga kita semua dianugerahkan hati yang tabah.
Setiap tahun, tarikh keramat 22 Mei akan ditunggu dengan pelbagai rasa. Banyak kenangan ditarikh ini pada tahun-tahun lalu. Terlalu banyak. Jika tahun lepas, disambut dengan meriah oleh rakan-rakan sekelas di Seri Iskandar. BACA SINI
Macam tak percaya dah setahun keriuhan tu berlaku. Cepat sungguh masa berlalu. Tahun-tahun yang sebelumnya pula? Terlalu banyak. Namun, masih utuh dalam memori. Syukur dikelilingi insan-insan yang hebat dari segi menghargai seseorang. :)
Maaf, muka terpaksa diletakkan diletakkan stiker gara-gara habis penuh tepung gandum. Haih! Nasib baik adik, kalau tak dah lama campak dari Menara KL. Habis masuk mata tepung. Mana taknya, bukak je pintu rumah terus dibaling tepung tepat-tepat ke mata. Makin rabun la jawabnya.
Kek Pelangi Cream Cheese |
Dah besar pun masih nak sambut hari jadi, potong kek segala. Ada orang yang sudi habiskan masa kejar sana sini walaupun sibuk bekerja. Macam tak percaya dalam diam, nampak macam tak cukup masa tapi berjaya sediakan semua ni. Terima kasih. You know who you are.:')
Susah payah jugak Mak, Abah dan adik-beradik tak tidur lagi, tunggu fana sampai rumah lebih kurang jam 10 malam sebab ada event sebelum tu. Apa yang buatkan fana rasa serba salah bila ada someone said this to me :"Ramai yang tunggu nak celebrate your birthday today but where are you? Still busy with your event and whatsoever". Maaf, semuanya bukan dalam perancangan.
By the way, fana hargai sangat sangat semuanya.
Masa kat event, sorang rakan blogger yang juga kesayangan fana siap bagi hadiah lagi. Terharunya tak tahu nak cakap macam mana. Tak boleh bila berhadapan situasi macam ni sebab bimbang kita tak mampu nak balas balik segala kebaikan ni. Semoga awak dimurahkan rezeki ya Mek Onie sayanggg. Jemputlah singgah ke blog Mek Onie. http://letopkeypad.blogspot.com/
Hadiah daripada Mek Onie. |
Selesai event terus balik rumah. Kesian tu kesian jugak sebab Arjuna yang baik hati lagi kacak maskulin tu kena tunggu fana habis event. Tiga jam dia menunggu dan akhirnya bila sampai rumah, fana disuruhnya bukak boot kereta. Bukak-bukak je fana macam nampak seguni emas dalam boot kereta. Besarnya paper bag! Sebelum ni dia cakap dia tak sempat belikan apa-apa la, tak sempat nak prepare apa-apa, itu la ini la.
Terima kasih kerana tak pernah menghampakan this birthday girl. Bukan la menaruh harapan pun, tapi bila perempuan disajikan dengan barang yang dia suka, gila tak happy? Mesti la happy kan? Terima kasih duhai Arjuna. Kau tunggu ! *sambil buat muka macam mak bawang merah*
Jadi, inilah hadiah yang diberikan oleh Arjuna. Terima kasih. Bertambah lagi koleksi. Tahun depan bagi lagi. Semoga Allah murahkan rezeki. Haaaa, fana pantun tau ni. Tak sabar rasanya nak pakai kedua-dua hadiah yang fana dapat ni.
Terima kasih kawan-kawan facebook, kawan-kawan Instagram dan juga di Twitter yang dah buat wish kat fana. Jom kita tengok siapa yang kena.
Sebenarnya ada sesuatu yang nak diletakkan sekali dalam entri ni. Tapi, fana tak sempat nak record lagi. Nanti la fana update. Hehehe. Tunggu ye. Apa pun fana hargai sangat semua ucapan hari jadi dari kawan-kawan semua. Tak mampu nak printscreen semua. Maaf ye.
Sampai sini saja la dulu ye. Nanti fana sambung lagi. Fana sayang semua. Fana tak tahu macam mana nak balas jasa semua. Terima kasih jugak sudi baca. :)
xoxo,
nfcs
No comments:
Post a Comment
Komen yang murnin-murni je tau!