Assalamualaikum..
Seperti yang fana janjikan, entri ni fana nak sambung untuk bahagian main mekap-mekap pulak semasa Avon Beauty Day Out yang fana sertai hari tu. Untuk korang yang belum berkesempatan untuk baca entri fana yang lepas, jemput la baca dulu. KLIK SINI
Sesi make over berlangsung dengan perasaan yang sangat eksaited. Tak sabar nak cuba koleksi dari Avon iaitu Over Nature Collection. Patut la pihak Avon suruh kitorang pakai baju bertemakan floral rupanya ada kena mengena dengan tema set mekap yang akan kitorang guna pada hari tersebut.
Set Mekap Over Nature Collection |
Apa yang lebih menarik ialah Najeeb Azami merupakan 'tenaga pengajar' yang akan memberikan tip-tip hebat pada hari tu. Siapa Najeeb Azami? Apa yang fana tahu, beliau merupakan Make-Up Artist (MUA) yang sangat terkenal. Fana kagum dengan hasil tangan beliau. Memang superb ! Beliau juga pernah menjadi jurumekap kepada Datuk Siti Nurhaliza ! Hebatnyaaaaa. Beliau juga merupakan penggubah hantaran. Fana dah tengok hasil tangan beliau. Memang sangat sangat sangat cantik !
Najeeb Azami, MUA |
Jadi, kitorang diberikan dua jenis eyeshadow yang digunakan untuk hari siang dan satu lagi malam. Mula-mula kitorang diajar cara mekap untuk siang. Kemain semua eksaited tak sabar nak rias wajah masing-masing. Seronok la bila Najeeb nak bagi tip. Kot2 la lepas mekap terus muka bertukar jadi muka Che Ta. Meletops !
Najeeb dan modelnya, Nurul |
Perkara asas sewaktu mula-mula nak mekap tentulah sapu foundation banyak-banyak kat muka kan? Yela, nak tutup segala apa yang ada kat muka ni. Kalau kulit flawless macam Lisa Surihani tak pe jugak. Maka, fana pun pulun la tempek foundation kat muka. Lepastu diikuti dengan concealer bagi menutup cela yang ada terutamanya eyebag.
Kemudian, bila dah rasa yakin yang muka dah ditutup sepenuhnya dengan foundation serta concealer, sapu la bedak pulak. Hehehe. Masa mula-mula pakai compact powder Avon, rasa macam "Weyyyy, ringan gila compact powder ni." Yelah, selalunya compact powder mesti buatkan muka rasa tebal, tak selesa. Tapi, Avon punya compact powder serius best ! Kenapa tak ada dalam goodies?? Hahaha. Okay2, dah melalut. Untuk compact powder, foundation dan concealer, kena la pandai pilih ikut warna kulit ye. Fana selalunya pilih nude atau natural.
Untuk mekap siang, tak perlu terlalu tebal. Simple is better. Less is more. Jadi, tiada eyeliner untuk mekap siang tetapi kita kena pakai maskara. Menurut Najeeb, maskara kena pakai banyak-banyak untuk tonjolkan mata kita. Jadi, fana pun pakai la banyak-banyak malangnya bulu mata fana dok pendek tu jugak tapi nampak la kesan dia bila pakai. Mata pun semakin menggoda. Gitewwww!
Kelemahan fana ialah fana mempunyai bentuk kening yang tak cantik dan fana tak tahu macam mana nak lukiskan bagi jadi cantik. Fana sangat tak reti gunakan eyebrow pencil. Banyak kali dah buat mesti tak jadi. Dah macam Sinchan dah ghupenya. Sebab kening fana tebal dan tak rapi. Kalau korang ada cadangan, boleh la kongsikan ye. :)
Memandangkan hari tu fana mungkin nampak agak sukar untuk lukis kening, fana dibantu oleh Miss Rose untuk lukiskan dan kemaskan kening fana. Cuma yang pakar je mampu bentukkan bagi cantik. Jeles jugak bila tengok kening orang cantik. Lebih-lebih lagi kening Kak Mirah (Nuramirah11) yang sangat terbentuk elok tu. Haih ! Geram. Kenai ka sapa dia??
Last but not least, gincu ! Bahagian ni yang fana paaaaaaaling suka. Sebab fana memang penggemar gincu. Awh! Kalau boleh nak ada koleksi gincu yang baaaaaanyak sangat. Apa yang bestnya, gincu yang terdapat dalam Over Nature Collection semua lawa-lawa ! Gerammmmm. Nasib baik Avon baik hati bagi fana dua gincu. Nanti fana tunjuk ye.
Okay, jadi inilah hasilnya selepas main mekap-mekap tadi. Sempat tarik Najeeb kejap ajak bergambar. hehehe. Fana suka sebab Najeeb ni peramah, down to earth sangat orangnya. Tak lokek ilmu. Banyak sangat ilmu yang dikongsi Najeeb. Thank you sooo much Najeeb !
Fana bersama Najeeb Azami |
Terima kasih kepada pihak Avon Malaysia kerana sudi menjemput kami. Event yang sangat happening dan disamping itu dapat mengeratkan lagi ukhuwah kami para bloggers. Alhamdulillah, semoga hubungan antara Avon dan kami akan berterusan. Boleh la kemput lagi untuk next event ye. hehehe
Bloggers bergambar bersama staf Avon serta Najeeb Azami |
Fana nak kongsikan Over Nature Collection yang fana dapat dalam goodies bag Avon hari tu. Paling tak sabar nak tengok dah tentu la gincu kan? hehehe. And yeayyy! Fana dapat warna yang fana suka.
Wild Rose |
Code : N03 |
Pink Lily |
Code : N13 |
Kat bawah ni pulak merupakan set eyeshadow yang fana dapat ! Pakej tau dapat satu untuk mekap siang satu lagi untuk mekap malam. Yeayyy! Lepas ni kalau nakpegi event tak ada masalah lagi nak mekap sebab dah ada set Over Nature Collection dari Avon ni lepastu dah belajar cara nak mekap dari Najeeb Azami lagi. hehehe.
Over Nature Collection |
Korang yang nak dapatkan set Over Nature Collection dari AVON ni boleh la pergi ke stokis-stokis berdekatan atau call aje Talian Bebas Tol Avon Malaysia di 1-800-22-AVON (2866). Ataupun boleh layari website Avon Malaysia di http://www.my.avon.com/.
xoxo,
nfcs
No comments:
Post a Comment
Komen yang murnin-murni je tau!