12 May 2014

[OOTD] The Best Colour In The Whole World Is The One That Looks Good On You !

Assalamualaikumm..


“Women think of all colors except the absence of color. I have said that black has it all. White too. Their beauty is absolute. It is the perfect harmony.” 


Dataran Merdeka















Hari Sabtu lepas fana dapat tiket percuma untuk tengok persembahan teater Beringin Emas, Mak Yung Dewa Muda. Tak tahu nak pakai baju apa. Setelah berhempas pulas duduk depan almari, fana ternampak baju yang fana rembat masa Malaysia Clothes Buffet baru-baru ni. Tak tahu nak padankan dengan apa memandangkan baju tersebut sleeveless.

Maka fikir punya fikir, fana cadang nak pakai tema hitam putih. Kata orang, hitam dan putih gabungan yang paling harmoni. Cewaaah! jadi, fana cuba padankan. Pada mulanya fana nak pakai dengan seluar putih, tapi fana rasa macam terlalu ketat, jadi fana cuba padankan dengan maxi skirts yang fana beli di Butik Glamourous, Berjaya Time Square.

Untuk tudung pula, fana ingat nak padankan dengan shawl yang warna putih, tapi kulit fana tak la terlalu cerah dan gebus gebas macam Engku Sulwani, makanya fana rasa lebih baik fana pakai warna hitam. Fana cuma pakai tudung bawal tetapi fana jadikan seperti shawl. Saja try buat macam tu, tak sangka hasilnya boleh tahan jugak.

Jadi, itu sahaja perkongsian Outfit of the Day fana untuk hari tu. Tetiba rasa suka pulak dengan warna hitam putih kan? Korang macam mana? Apa warna OOTD korang pulak? Hehehe.


Tudung Bawal Hitam : Unbranded
Sleveless Blouse in Black Color : Malaysia Clothes Buffet
Cream Maxi Dress : Glamourous, Time Square


xoxo,
nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!