TABUNG

17 April 2014

[OOTD] Pink isn't just a color, it's an attitude !

Assalamualaikummm..




Abstract Wide Shawl from Berjaya Time Square (RM 10)
GEEK Top from Berjaya Time Square (RM 20)
Pinafore Skirt from @shopperrush Instagram (RM 60)
Handbag from Charles and Keith




Semasa fashion talk yang fana join hari tu, fana rasa fana teringin nak pakai sesuatu yang fana belum pernah cuba. Fana pilih warna yang lembut ni sebab mungkin ianya akan memberikan impak pada first impression memandangkan semua kawan-kawan yang join fashion talk tu fana tak kenal. First impression sangat penting tauu bila kita nak berjumpa dengan kawan yang baru.


Mula-mula fana pening jugak sebab tak tahu nak gabungkan dengan warna apa. Tetiba bila tengok balik pinafore skirt ni, fana rasa cantik kalau digabungkan dengan putih. Nampak lembut je kan? Fana memang kena spare baju warna putih sebab mudah digayakan dengan apa-apa je.


Ini merupakan rupa pinafore skirt daripada belakang. Sangat selesa dan fana suka design dia yang loose, flowy dan tak panas. Banyak pinafore / overall yang fana jumpa, tak kembang macam ni. Kebanyakannya pencil skirt yang agak ketat.


Apa yang menarik, pinafore skirt ni boleh dipakai dengan dua cara. Cara pertama macam fana pakai kat atas tu. Cara kedua pulak macam kat bawah ni. Lepaskan je macam tu untuk gaya santai. Lagi menarik, pinafore yang fana pakai ni, tali dia tu boleh dibukak sebab dia cuma butang je. So, bila kita bukak, boleh la dijadikan skirt. :)








Untuk pengetahuan korang, fana memang tak banyak pakaian yang berwarna soft pink macam ni. Sebab fana lebih tertarik dengan warna kelabu, hitam dan biru. So, ini merupakan warna pastel kedua selepas maxi mint green yang fana pakai masa HIJABI BAZAAR


Lepas ni boleh la mix and match pulak dengan top lain pulak. Jimat !


xoxo,
nfcs

3 comments:

  1. wah. maken cantik cun cun cun skrgg... best plk tgok dress tu. boleh pakai sebgai 2.. pahm tak ayat hana ? hahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you hana. Hehe. Faham2! Hana maksudkan boleh pakai dua gaya kan?

      Delete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...