TABUNG

14 April 2014

FASHION TALK @ KAKI SENI SStwo MALL

Assalamualaikummm..


Sabtu lepas, fana 'dipaksa' oleh kak dayah (Dayah Bakar) untuk join satu event yang dianjurkan oleh Electric Box Event. Dah lama dah fana nak join sebenarnya tapi fana tak berkesempatan sebab Electric Box Event pernah dua kali anjurkan event I LOVE ME Workshop. So, kali ni memandangkan kak dayah dah tag dekat instagram beliau, lalu fana dengan besar hati join this event.


Fashion Talk anjuran Electric Box Event ni diadakan di Kaki Seni, Free Space yang terletak dalam pusat membeli belah SStwo Mall. Macam tak percaya jugak bila masuk dalam shopping mall tu tetiba ada satu ruang yang selalu band indie buat performance. Boleh dikatakan strategik jugak la tempat tu. Sangat best. Kalau cakap tak pakai pembesar suara pun masih boleh dengar suara host. Suka dengan suasana dia.


Untuk event Fashion Talk ni, Electric Box Event menggunakan khidmat pengacara 3R yang sangat havoc, best dan suka bercakap ni, tak lain tak bukan Dayah Bakar lewwww! Macam biasa kalau Dayah Bakar yang diberikan tugas mengacara memang tak pernah sunyi la sesuatu event tu kan? Haaa, Dayah Bakar ada hadiah untuk semuaaa. Kalau nak tahu apa, kena baca sampai habis okay?

Dayah Bakar, pengacara 3R


Mesti ramai yang tahu Dayah Bakar ada buat bisnes pakaian yang cantik belaka. Baru-baru ni sempat tengok kat Femes Bazaar. Memang cecantek pakaian yang direka khas oleh Dayah Bakar untuk pelanggan beliau. Lagipun, kalau nak tahu pakaian tu best ke tak best, kita tengok bila tuan dia pakai banyak kali. Hahaha. Maknanya best la tu.




Yang lagi buatkan hati kuat nak pergi Fashion Talk ni sangat-sangat sebab ada blogger yang merupakan salah seorang idola fana dalam berfesyen iaitu pemilik blog www.rnadia.com, Raja Nadia Sabrina. Beliau merupakan salah seorang blogger dan fashionista yang sangat berikan fana inspirasi untuk berfesyen. Boleh dikatakan, apa yang beliau pakai tak pernah tak cantik. :)

Raja Nadia Sabrina, fashion blogger

Sepanjang Fashion Talk, fana rasa yang paling banyak share info dan tips hari tu beliau la. Banyak betul cakap. Tapi, semuanya bernas dan berinspirasi. Suka sangat fana dengar. Tak bosan langsung. Bila beliau cakap, fana macam "A'ah la, betul jugak kan?". Faham tak perasaan tu macam mana? Ah, kalau korang tak faham takpe lah. Hahaha


Beliau merupakan seorang peguam. Peguam yang bergaya gitteewww! Fana merupakan salah seorang pembaca tegar blog beliau dan jugak rajin godek-godek gambar-gambar beliau dekat Instagram. Oh ya, skirt kembang tu merupakan salah satu produk yang dijual di ARNADIA iaitu online shop yang diusahakan oleh beliau.


Selain daripada tu, Raja Nadia Sabrina merupakan ikon fesyen yang kita nampak ada trademark dia tersendiri. Contohnya gaya tudung yang beliau pakai. Sentiasa sama. So, macam mana pulak dengan kita? Apa trademark fesyen yang ada pada kita pulak? Kena cari identiti sendiri ni. Hehehe


Untuk korang yang nak tahu macam mana Raja Nadia Sabrina pakai tudung, jom tengok tutorial yang beliau tunjuk ni.



Ikon seterusnya yang terlibat untuk berkongsi mengenai fesyen ialah pelakon Dunia Lola (HIJABISTATV) dan model yang bersuara lemah lembut, Mira Filzah ! Selama ni fana tengok Mira dekat Instagram je. Kenal Mira Filzah pun kalau tak silap melalui Instagram. Banyak juga yang Mira kongsikan terutamanya mengenai bagaimana Mira memulakan kariernya sebagai model.

Kata Mira, beliau bermula dengan menghantar penyertaan bagi ruangan make over untuk majalah RAPI. Bermula dari situ la, ramai editor majalah mula panggil beliau bagi sesi photoshoot pakaian serta lain-lain sehingga la beliau berjaya mencipta nama dalam bidang peragaan.

Mira Filzah, pelakon dan model

Mira Filzah pun ada tunjukkan tutorial bawal shawl untuk korang semua yang tak dapat datang, fana ada record untuk korang. Jom tengok ! :)


Terima kasih Mira sebab sudi berkongsi mengenai fesyen. Banyak juga yang betulnya. Macam Mira, beliau jenis yang suka beli pakaian di tempat-tempat yang tidak berjenama. Kata Mira, "Satu barang tu Mira akan pakai sampai hancur, Mira tak banyak koleksi. Kalau kasut, Mira ada kasut tu, sampai rosak kasut tu Mira pakai pastu baru beli baru". Buktinya, kasut Mira pakai hari tu tercabut. Kesian Mira. Hehehe.


Fana suka sangat Fashion Talk ni sebab peserta yang tak terlalu ramai dan suasananya yang santai buatkan kita rasa macam sembang-sembang dalam group kecil. Memang best sebabnya kita dah macam kawan je. Macam sembang-sembang je. Tapi isinya sangat berguna. :)


Haaa, fana dapat goodies jugak! Wah, jom fana kongsikan apa yang ada dalam goodies. Ini yang paling suka sangat ni. pastu dapat-dapat je goodies fana terus makan muffin yang sedap tu. Ops! Tak sempat nak tunjuk kat korang. Tapi yang pasti muffin tu sedap gilosss!

.
.
.
.

Pin Comel dari @natasshamalek

.
.
.



Pin Rose dari @littleredaisy

.
.
.


Tudung Bawal dari @hanatajuddin
.
.
.


Mask Shiseido dari @sheshawl
.
.
.


Rainbow Cookies dari @wondersugardessert
.
.
.


Kek Batik dari @ezrayummies
.
.
.


Tudung Bawal dari @hijabiqueens

Sponsor lain :
@AzfaBoutique, 
@MuffinMonster, 
@jeksbake, 
@lovedessertlicious


Terima kasih Electric Box Event untuk event yang santai dan boleh dikatakan friendly ni. Fana suka ! InshaAllah, next event fana boleh la join lagi kalau tak ada apa-apa. Memang seronok. Korang kalau nak join event yang dianjurkan oleh Electric Box Event boleh la pegi Instagram diorang, @electricboxevent@electricboxevent@electricboxevent ! Untuk online shop yang nak sponsor barang-barang korang pun boleh whatsapp organizer. Nak whatsapp macam mana? Pegi Instagram diorang okay?


Okay, seperti yang dijanjikan. Taraaaaaa! Jom tengok persembahan nyanyian oleh Dayah Bakar. Tak sangka Dayah Bakar ada suara semantap itu. So, terimalah I Can't Make You Love Me nyanyian Adele dan dinyanyikan semula dengan penuh perasaan oleh Dayah Bakar !! :)



xoxo,
nfcs

1 comment:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel/lottrey toto 4D dr hasil ritual/ghaib melalui jarak jauh dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan ☎ (( +6282321594488 )) ATAU KLIK DISINI RITUAL PESUGIHAN DUNIA GHAIB


    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...