TABUNG

30 April 2014

11th BOH CAMERONIAN ARTS AWARD @ STADIUM NEGARA

Assalamualaikummm...


Baru-baru ni fana dijemput oleh Kaki Seni untuk sertai malam anugerah 11th BOH Cameronian Arts Awards yang berlangsung di stadium Negara, Kuala Lumpur. Sampai je di Stadium Negara, fana tengok ramai sangat tetamu yang dah sampai.



Para tetamu diminta berpakaian mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu POP YEH YEH ! Teruja betul bila dengar tema tu. Malangnya fana tak ada baju yang sesuai dengan tema ponnn. Sedih kan?

Tema : Hentam saja la labuuuuu
 Fana dapat empat tiket untuk hadiri malam anugerah tersebut dan fana ajak dua kawan baik fana iaitu emma dan Arjuna. Cuba korang tengok outfit Pop Yeh Yeh yang dikenakan oleh kawan fana si emma ni, sangat retro kan? Hehehe. Suka sangat dengan skirt yang emma pakai tu. 

fana dan emma

Apa yang menarik perhatian fana di malam anugerah tu ialah melihat tetamu yang pelbagai bangsa dan agama mengenakan pakaian mengikut tema dulu-dulu macam zaman Saloma dan Tan Sri P. Ramli. Bangsa Cina dan India mengenakan kebaya beserta kain batik yang dipakai seperti pario dan fesyen tersebut tak ubah seperti di zaman 60-an. Teruja tauuuu !


Suasana sangat meriah tak kira kat luar ataupun kat dalam. Fana diberi peluang untuk bergambar di 'green carpet' anugerah, lalu fana terpaksa fefeeling retis gitewww! Kahkahkah




Masa fana sibuk bergambar kat luar, fana dah rasa teruja habis dah. Belum masuk lagi tu. Pastu bila dah masuk dalam stadium, aura pop yeh yeh tu makin kuat terasa bila ada penari-penari yang sedang menari di atas pentas bulat dalam kalangan tetamu, lagu-lagu yang dimainkan pun cukup memerahkan suasana.

Suasana dalam stadium
Malam tu persembahan yand disajikan pun sangat la debommm bila salah satu persembahan yang paling fana suka bila gabungan puisi Kekasih oleh Dato' Dr. Usman Awang bersama lagu Tan Sri P. Ramlee iaitu Ai Ai Twist yang dipersembahkan oleh Fatimah Abu Bakar dan Melisa Saila.

Persembahan oleh Fatimah Abu Bakar dan Melisa Saila

 Antara tetamu VIP yang hadir pada malam tersebut. Eh, macam kenal je tu. Hehehe. Tu la Dato' Norliza, Ketua Pengarah JKKN. Big Boss tempat fana buat latihan industri sekarang ni. :)



Pemilihan Harith Iskander dan Edwin Sumun telah menggamatkan suasana di dalam stadium. Memang kelakar habis. Yang penting chemistry antara mereka berdua yang buatkan malam anugerah tu sangat happening ! Edwin atau Shelah yang pakai baju macam perempuan tu merupakan watak yang sangat menghiburkan. Tak kering gusi penonton dalam stadium dengan gelagat beliau.


So far, fana suka sangat event ni sebab fana rasa ni merupakan salah satu event yang mampu mencipta lebih banyak lagi bakat seni tempatan yang ada. Walaupun ramai antara penggiat seni tersebut tidak terkenal, namun minat mereka yang mendalam membuatkan mereka gigih menghasilkan karya yang setanding karya antarabangsa.


Support our local art ! :)


No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...