TABUNG

29 April 2014

MEMBELI-BELAH DI MALAYSIA CLOTHES BUFFET 2014

Assalamualaikum...


Siapa yang pergi Malaysia Clothes Buffet baru-baru ni angkat keninggg! Hehehe. Fana tak berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan blogger yang lain kerana mereka mungkin datang tak sama slot dengan fana. Takpe, tapi fana sangat enjoy shopping kalut-kalut tu. Hihihihi

Fana bergambar di photobooth bersama Zip Lock Bag
Fana teruja nak kongsikan pengalaman pertama fana menyertai suasana membeli-belah dalam masa lima belas minit dan perlu memasukkan baju yang fana nak beli ke dalam zip lock bag yang disediakan tanpa mengoyakkan, pecah atau merosakkan zip lock bag tersebut.
.
Zip Lock Bag yang diberikan dan slot fana pada pukul 10 pagi

 .


Masa mula-mula diorang cakap "On Your Mark, Get Set, Goooo!" Fana punya berdebar tu kalah Usain Bolt nak mula lari pecut masa Olimpik. Hahaha. Sebab fana tengah fikir, cukup ke masa ni nak pilih baju lagi, nak lipat lagi, nak masukkan dalam zip lock bag tu lagi.
.

 .

 .


Strategi fana ialah pilih baju, lipat dan terus masukkan dalam zip lock bag sebab fana ni jenis yang kalut sikit. Kang sibuk pilih baju pastu masa nak habis, tak sempat pulak nak masukkan baju dalam zip lock bag tu. Lagipun fana nak elakkan dari sifat membazir gitteww! Fana akan pilih setakat muat zip lock bag tu je la, lepas tu stop pilih baju. Sebab kalau kita pilih dulu, mesti kita akan jadi rambang mata nak pilih baju yang banyak tu.

Tapi, ini strategi diorang. Lipat di saat akhir.

 .


Fana berjaya penuhkan zip lock bag dalam masa sepuluh minit dan berjaya sumbat tujuh helai pakaian dalam tu. Walaupun tak berjaya pecahkan rekod tapi okay la tujuh helai. Okay la. *ayat sedapkan hati sendiri*
.
Muka happy dapat tujuh helai baju
Lepas berjaya rembat baju dekat Malaysia Clothes Buffet, seperti yang fana maklumkan hari tu dekat blog dan facebook, instagram semua la pasal Stock Clearance Sale AUSSINO. Diskaun sampai 80% tau buat pengunjung-pengunjung yang datang shopping hari tu. Rugi siapa tak datang.
.
Sibuk pilih cadar untuk mak siah

Wahhhh! Dah la rembat baju, pastu dapat satu cadar pulak daripada AUSSINO MALAYSIA. Terima kasih Aussino kerana sudi bagi fana satu cadar free. Oh, tak lupa Malaysia Clothes Buffet juga, terima kasih kerana sudi jemput fana sebagai blogger untuk memeriahkan lagi acara membeli-belah paling debor itewww!
.
Mak Jemah dan hadiahnyaaa

Terima kasih juga kepada Azie, ofismet fana sebab terpengaruh dengan pujukan fana untuk join event ni. Hahaha. Happy sangat bila tengok Azie happy dengan hasil shopping lima belas minit tu. Bila kita puas hati lepas shopping, maknanya kita berpuas hati dengan hasilnya juga. Leganyaaaa dapat shopping. Patut la omputih kata "shopping is the best therapy". Hihihi
.
Azie dan fana
Isabel Lee dan fana
Isabel la yang invite fana melalui email untuk join event ni. Thank you Isabel for having me. Harap dapat jumpa lagi untuk event yang seterusnya.

Untuk korang kat luar sana yang tak berkesempatan untuk sertai Malaysia Clothes Buffet tahun ni jangan sedih, jangan berduka, korang boleh sertai tahun depan. Sebab Malaysia Clothes Buffet ni ada tiap-tiap tahun tau. Kalau korang nak tahu bila diorang akan buat dan kat mana, korang kena la ikuti perkembangan dekat facebook diorang. :)


Facebook Malaysia Clothes Buffet



p/s : Lupa nak terima kasih kat Arjuna sebab sudi 'drive'kan fana ke Taylor's University Lakeside Campus. Hihihi. Thank you sooooo much! ;)



xoxo,
nfcs

2 comments:

  1. wowweeee! shopping sakan ye. Kaum lelaki dapat sumabt 18 helai hari tu, perghhh! hehe :D

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...