TABUNG

31 July 2011

:: Selamat Datang Ramadhan ::

Assalamualaikum..








Esok 1 Ramadhan 1432H. Harap kite semua menyambutnye dengan hati yang terbuka! ;)) Umat Islam semuanya tak sabar tunggu kehadiran kau wahai Ramadhan. Ade yang bersedih jugak bila dapat taw kau da hampir sampai. Korang semua macam mane? Da habis puase ganti? Kalau yang ade lagi berhutang fidyah tu. Cepat2 la langsaikan ye nanti. Untuk korang yang musykil mengenai bayaran Fidyah, Jom kite bace ni. ;))

Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya mengenai puasa. Adakah puasa yang tidak diqadhakan dan dibawa ke tahun depan memerlukannya membayar fidyah? Jawapan.
Allah berfirman yang brmaksud:" Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin". (QS 2: 184). 

Ada beberapa hal yang harus diperhatikan berkenaan dengan mengqadha' puasa dan pembayaran fidyah, sebab: 
Jika belum mengqadha' sampai memasuki/menjelang Ramadhan berikutnya, hendaknya segera mengqadha' pada hari-hari yang tersisa (dari bulan Sya'ban) dan melanjutkan sisanya seusai Ramadhan. 

Apabila penundaan qadha' kerana adanya 'udzur/halangan seperti sakit, haid, atau perjalanan yang berkepanjangan sampai datang bulan puasa berikutnya, para ulama sepakat bahwa qadla' boleh dilakukan seusai Ramadhan berikutnya dan tidak diwajibkan membayar fidyah. Namun bila penundaan itu terjadi tanpa ada 'udzur maka diwajibkan membayar fidyah dan mengqadha'. 

Fidyah dan Qadha' puasa dikenakan pada mereka yang melambatkan mengganti puasa sehingga datang Ramadhan yang lain. Menurut Dr Mustafa al-Bugha (al-Fiqh al-Manhaji - 1/350 ) :- 

" Jika di tidak melakukan puasa dan meringan2kan sehingga masuk Ramadhan yang lain, ini merupakan satu dosa, maka memerlukan dia membayar fidyah, iaitu memberi makan setiap hari yang ditinggalkan sebanyak satu mudd, kepada orang2 yang memerlukan yang tinggal dinegaranya, bersedekah keatas fuqara" 

Dengan kata lain : Fidyah ialah memberi makan kepada orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras (atau apa2 makanan yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu) bagi satu hari yang ditinggalkan. 

Jawapan 1: Fidyah dibayar terus kepada fakir miskin. 
Jawapan 2: orang yang berhak menerima fidyah hanyalah golongan fakir dan miskin sahaja. 
Jawapan 3: Anggaran fidyah menurut Dr Mustafa al-Bugha beliau adalah :

"Timbangannya (1 Mudd) : 1 1/3 pound Baghdadi, iaitu bersamaan lebih kurang 600 gram" Atau 1 Mudd adalah bersamaan 15 tahil (566.85gram). 

Ia boleh dibayar dengan duit (sebagaimana pandangan Ibn Taimiyah, Dr Yusuf al-Qaradhawi), dan lebih afdhal menurut Mazhab Syafie diberikan beras. 

Sekian, wallahualam.
Korang taw tak hukum fidyah terhadap puasa yang ditinggalkn?


Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.  (Surah Al-Baqarah Ayat 184)                                                     

Sebab-sebab wajib Fidyah
1)  Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2)  Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3)  Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.




Bermula dari malam ni, kita semua dah kena berniat puasa. Ade yang lupe ke lafaz niat puasa? hahaha.. Tak pe, jum aku ingatkan korang..;))

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
                                                                                               
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
                                                                                               
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Ha, so dah tak de alasan lagi tak puasa sebab lupe macam mane nak berniat puasa kn? Aku pasti ramai sangat readers yang taw perkara2 yang boleh menyebabkan batal puasa. Tapi saje aku nak muatkan dalam entry ni. Jum kite sama2 tengok ok? ;))

 Yang MAKRUH


 a)  Berbekam
b)  Mengeluarkan darah
c)  Berkucup
d)  Merasa makanan
e)  Bersugi selepas gelincir matahari
f)  Mencium wangian

Yang BATAL


 a)  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b)  Makan dan minum sepanjang hari
c)  Muntah dengan sengaja
d)  Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e)  Keluar darah haid & nifas
f)   Gila
g)  Pitam atau mabuk sepanjang hari
h)  Murtad

Untuk itu, aku ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.. Semoga ibadah kita diterima oleh ALLAH s.w.t..Aminn

23 July 2011

:: The Scarflets Terbaeekkk Woohh ::

Assalamualaikum..

" Wah! Cun gile beb die.. Ko kenal tak die?"
"Makkk aiii, gemapk beb dress up diorang.... Sape diorang ni?"

Aduh, tiap kali aku bukak je blog mereka2 ni, aku jadi sangat takjub, kagum, adore gile kat diorang ni. Ok, ni start from last year. Sejak aku mule2 melangkah jari ke dunia taip2, tempek gambar dekat blog ni. Aku teringin sangat nak jadi salah sorang dari ahli The Scarflet! hahaha *perasan!! 


Ok, sebelum apa2 aku perkenalkan ahli2 THE SCARFLETS yang cun melecun yaww! ;))

MARIA ELENA
CIK EPAL
SHEA
ADRIANI
SUE ANNA JOE
RINA SALLEH
HELIZA HELMI

Ok, sebenarnye ahli THE SCARFLETS ni ramai lagi tapi aku tak berape minat sangat nak tengok. Aku cuma minat mereka ni je. Style, muka, boleh katakan diorang ni lengkap. Ada pakej!! Sungguh, aku menjadikan diorang yang comel2 ni idola fesyen aku. Aku tau ramai lagi yang jadikan diorang ni ikon fesyen muslimah korang kn? Aku tengok diorang pun main letak je kain kat badan tu tapi kena la.


 Jangan sampai jadi macam orang yang aku jumpe kat area KL ni. YA ALLAH, disaster gile! Pakai tu kalau cantik tak pe. Ni da macam kain bungkus nak pergi mengembara macam cerita dulu2 zaman P. Ramlee tu. 

THE SCARFLETS










Untuk pengetahuan korang, follower diorang ni da mencecah beriban-riban. DAHSAT kn?? Aku paling suka karakter MARIA ELENA sebab die yang paling gile sekali! Kalau korang belum tengok video die yang gile meraban tu, korang g kat YOUTUBE search je MARIA ELENA. Then, korang tengok la kegilaan beliau. ;))

Blog yang paling aku suka bace BLOG CIK EPAL GONJENG !! Memang terbaekkk wokk.! Blog yang lain tu aku jarang bukak sebab diorang tak kerap update blog macam Cik Epal.

Ok,sekian saja laporan dari saya tentang THE SCARFLETS. ;))


p/s = Follow la blog sy wahai THE SCARFLETS sekalian! ;))

21 July 2011

:: Adam Darwish Yang Handsome ::

Assalamualaikum..

Hai korang semuaaaaaa. Entry teruja kali ni aku nak kongsi pasal si comel yang bakal jadi pakwe handsome bila da besar nanti taw! Eksaited sangat2 aku nak pegi tengok die. Haish! Ape la yang aku dok mengarut tak tentu pasal tengah2 bulan mengambang ni kn? 

Entry aku yang lepas ade story pasal kawan sama2 comel aku start dari sekolah rendah sampai sekarang. Her name is Farah Izzati Anuar. Kalau korang belum bace entry aku tu KLIK SINI !


Selepas beberapa bulan si farah and her hubby kawen, aku dapat news farah da pregnant. Macam2 nasihat kau bagi kat die konon2 aku ni handal sangat macam dah pernah pregnant duapulohlapan kali je. : D 

And, akhirnya, farah da berjaya lahirkan anak sulungnye! Acecehhh. Aku kemain syokk ingat dapat baby girl! Boleh hadiahkan gaun cecantek macam CINDERELLA. Aiseyyymenn. Sekali baby boy la. Hahaha, bukan Cinderella dah, tapi Superman!! Hamper from JUSCO tu je aunty bleh bagi kat Adam, Aunty pon tak tahu nak beli ape. Adam suke kn? *Adam angguk kepala . Dengan itu, Welcome to this beautifull peace world ADAM DARWISH! Aunty Fana really in love with your nose la Adam. Very the mancungg! hehehe.

Korang nak tengok ADAM? Ni ha die...

=

=

ADAM DARWISH ;))

Alololo.. Adam tak mau tengok kamera ye?? Haha..Jual mahal betol si Adam ni. Dah la tak suke kena bedung. Nanti jalan kengkang tahu la. ;)) Anyway, Aunty Fana sangat happy dapat tengok Adam. Nanti Adam da besar Adam bace entry ni ok! ;)) Semoga Adam jadi anak lelaki yang soleh, jadi anak yang dengar cakap, bijak dan kalau boleh Adam jadi atlet taw! 

Ok, ni pulak mama Adam. Seriously, muke ko Farah, walaupun dalam pantang tapi tetap cantik dan berseri-seri ok! ;)) Kesian kau bosan kan? Haha.. Biasa la tu, dalam pantang kena la duduk rumah diam2 cek Farah oii! Nanti lepas pantang kau nak pegi mane pegi la.
Bergambar dengan ibu yang sedang berpantang

Untuk kawan2 yang belum pegi tengok Adam, silakan berbuat demikian. Korang mesti tak nak balik punye beb bila dah tengok muka si Pari-pari *opsss! para-para ke pari-pari? tu. Sangat handsome. ;))


Ok la, Farah, tolong jage diri ok! Jangan makan sesuka hati. Mak menrtua kau akan awasi kau! Watch out!!! hahaha, and please..please..please...take good care Adam for me ya. *macam anak aku plak 






Terima kasih sudi bace ;))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...