TABUNG

27 January 2014

HIJABI BAZAAR BY HIJABISTA @ LIFE CENTRE, BUKIT BINTANG

Assalamualaikumm...



Pada 25 Januari 2014 lalu, majalah fesyen muslimah yang paling terkemuka di abad ini iaitu HIJABISTA telah pun mengadakan satu event yang dinamakan HIJABI BAZAAR. Alhamdulillah, fana diberikan peluang untuk menjadi salah seorang team Hijabista. Dapat bekerjasama dengan team Hijabista memang membuatkan fana rasa sangat bertuah sebab layanan yang diberikan sangat ohsem katako !


Event ni telah pun berlangsung di salah satu tempat paling strategik di Kuala Lumpur ni iaitu Life Centre, Bukit Bintang. Kalau sebelum ni fana dah ada kesempatan untuk ikuti event Hijabista (KLIK SINI), tapi kali ni lebih eksaited sebab jadi team Hijabista. :)


Event yang ohsem diserikan dan digamatkan dengan suara hos yang jugak ohsem. Tak lain tak bukan, Dayah Bakar ! Kenal tak? Mesti la kenal kan? Sejak Hijabista TV lagi fana dah minat tengok gaya pengacaraan Dayah Bakar sampai la beliau jadi pengacara 3R. Dayah memang ohsem ! Petah berkata-kata. :)

Bersama Dayah Bakar, hos Hijabi Bazaar.

Bagi fana, event ni sangat cemerlang sebab selain demonstrasi cara pemakaian tudung oleh Pearl Haya, ramai fashionista dapat bertukar pendapat tentang fesyen antara satu sama lain. Kalau kita dapat tengok, kebanyakan yang dijemput hadir merupakan fashionista terkemuka yang bijak dalam menggayakan pakaian mereka. 


Antara fashionista yang hadir pada hari tersebut ialah Noor Al-Hamed. Beliau yang fana kenali melalui instagram merupakan seorang muslimah yang sangat bijak bergaya dan mencetuskan revolusi terhadap ramai muslimah diluar sana. Kalau tak caya boleh tengok instagram beliau. :)

Bersama Noor Al-Hameed yang bijak bergaya

Instagram : NOOR_ALHAMEED


Hijabista juga mengadakan Hijabistamag Bank Islam Fashion Swap iaitu sesi bertukar barangan seperti baju, kasut, beg tangan, tudung, selendang dan aksesori yang lain. Suasana menjadi kecoh bila masing-masing sibuk mencari orang yang mahu bertukar barang suka sama suka. Apa yang fana lihat, pelbagai barang yang ditukar dan semuanya berjenama.


Tahniah buat Pengurus Editor Majalah Hijabista, Sis Nursuziana Zulkifli kerana telah berjaya menganjurkan event yang sangat havoc ni. Suka sangat ! Semakin lama kenal dengan sis Suzy semakin rapat pulak rasa. Beliau sangat la merendah diri orangnya dan bertungkus-lumus untuk menjayakan event.

Managing Editor Hijabista, NurSuziana Zulkifi.

Selain itu, dekat event ni jugak fana dapat kenal dengan lebih ramai lagi hijabi yang masing-masing mempunyai minat yang lebih kurang sama dengan aku. Kami berkongsi fesyen, hobi, minat dan cita-cita jugak! Ada juga antara mereka yang dah berjaya sebagai seorang businesswoman.


Bergambar beramai-ramai dengan Dayah Bakar.

Cantik-cantik semuanya kan? Seronok bila dapat jumpa kawan-kawan yang satu kepala dengan kita. Dekat event macam ni la kita akan jumpa orang yang punya minat sama macam kita. Bahagianya. Terima kasih semua ! 


Bila kita di sesebuah event yang kita tak ada kawan rapat, mula la mencari kawan yang boleh ngam dengan kita. Ternyata memang rezeki bila ditemukan dengan tiga orang hijabi yang boleh ngam satu kepala dengan kita. Rasa macam dah lama kenal. Seronok menghabiskan masa dengan hijabi kegemaran ni.

Hijabi kegemaran sepanjang event
Dari kiri : Sarah Yasmin, pengusaha butik online dan juga graduan Law daripada UiTM, Shah Alam. Next to me is Aina Khalida, tuan punya monopod yang buatkan kitorang senang untuk ber'selfie' sakan. Juga student Law (Part 3) UiTM, Shah Alam. Next to Aina is Cah Hashim, seorang model sambilan dan juga baru berusia 20 tahun. Cecantek kan my favorite girlfriends


Dekat HIJABI BAZAAR jugak fana dapat bertemu dengan seorang pengusaha pakaian muslimah yang sangat terkenal iaitu Yatt Hamzah. Sis Yatt Hamzah ada bukak booth untuk produk beliau iaitu SUCI by Yatt Hamzah. Suka sangat dengan penampilan beliau yang funky but still cover up.

The owner of SUCI by Yatt Hamzah

Yang paling best bila nampak kelibat penyanyi bersuara emas, Noryn Aziz yang memang fana minat sejak kecik lagi. Memang sangat caring dan cantik orangnya. Sis Noryn Aziz ada persembahkan sebuah lagu sebab ramai sangat yang mintak beliau nyanyi so, beliau dengan rela hati nyanyi lagu Sway. Sangat best !

Bersama Noryn Aziz

Terima kasih yang tak terhingga buat sis Hana Hijabista yang mengendalikan kitorang. Sangat sporting dan best sangat. Tak habis-habis dia terima kasih kat kitorang. Comel sangat sis Hana ni taw ! ^^

Sis Hana yang berturban oren

Untuk HIJABI BAZAAR, fana pakai mint green maxi dress (ada riben kat belakang), Zebra printed wide shawl (beli di KWC) dan aksesori (KWC). Oh ya, fana dapat dua goodies bag. Satu daripada Hijabista dan satu lagi daripada Bank Islam. Kalau nak tahu apa ada dalam goodies bag kena tunggu next entry okay? :)

ootd cara fana

Penutup entry ni fana kasi sikit teaser pasal candy buffet yang sangat la ohsem tahap kuda belang. Kalau nak tengok segala dessert yang ohsem gila tu kena tunggu next entry jugak. Ni fana kasi teaser je. Hihihi



Jumpa next entry ! Thank you for reading. 
Muchos gracias. :)


xoxo,
nfcs

2 comments:

  1. pika tunggu entry ni..hehehe
    bestnyaa..xsabar nak tunggu post untk goodies!

    ReplyDelete
  2. Hehehe. Sabar taw pika, nanti fana update entry pasal goodies pulak okay!

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...