Assalamualaikummm..
(Majalah Hijabista, April 2014) |
Milik siapakah gadis ini? Cewahhhh! Gitewww kan? Rasa macam bukan diri sendiri je yang ada dalam gambar tu. Hahaha. Nak gelak. Tapi, bila tengok balik rasa bangga jugak sebab muka masuk majalah. Hijabista lagi ! Ops, fanasukaover. Okay2, gambar di atas merupakan gaya atau tutorial tudung yang fana buat untuk majalah Hijabista keluaran April 2014. Kalau siapa yang beli tu, boleh tengok di ruangan DIY ekstra. Fana ada disitu. Hihihi. *maluuuu
Ramai yang bertanya, macam mana fana boleh dapat masuk majalah ni? Okay, biar fana cerita ye. Kalau korang follow instagram fana mungkin tahu aktiviti-aktiviti fana sebab fana merupakan instagrammer yang agak aktif jugak la. Suka syok sendiri upload gambar sana sini. Tapi kat sana selalunya fana upload gambar pegi event and pasal internship je la memandangkan fana busy intern sekarang ni.
Sebenarnya, fana merupakan peminat setia majalah Hijabista. Sejak dari edisi pengenalan lagi fana dah beli sampai la sekarang. Ramai yang cakap majalah Hijabista ni mahal. Untuk buatkan pembelian fana berbaloi, fana akan usaha dan cari cara macam mana fana nak beli Hijabista sebab ada gambar fana dalam tu. Sejak dari tu, fana cuba hantar email dan gaya OOTD (outfit of the day) fana ke editor majalah Hijabista dan bila gambar fana keluar dalam Hijabista, fana akan dapatkan secepat mungkin di kedai-kedai buku.
Bermula dengan gambar OOTD, fana mula ikuti perkembangan majalah Hijabista di Twitter, Facebook dan Instagram. Kadang-kadang fana akan buka website Hijabista itu sendiri. Bila kita dah terlalu obses dengan sesuatu, kita akan sentiasa ikuti apa saja aktiviti yang terkini. Fana jenis yang terlalu obses dan akan dapatkan apa yang fana nak.
Satu hari tu, Hijabista ada buat contest di Twitter dengan tajuk "Why Hijabistamag is Number 1?" Fana yang ternampak contest tu saja la try buat slogan paling kreatif penuh seni konon-konon kan? Lagipun apa yang fana tahu pasal Hijabista, itulah yang fana jawab. Kemudian, managing editor Hijabista memberitahu bahawa fana merupakan pemenang contest tu bersama sembilan belas orang hijabi yang lain. Alhamdulillah. Atas kemenangan tu, 20 orang hijabi termasuk fana telah dijemput hadir ke private event yang dianjurkn oleh Hijabista dan Saffron by TJ Fine Art. Ini entri event tu : Al-Hambra High Tea High Fashion With Saffron by TJ Fine Art
Kemudian, Hijabista mengadakan pencarian gadis flashmob untuk Bazaar pertama mereka iaitu Hijabi Bazaar yang diadakan di Life Centre, Kuala Lumpur baru-baru ni. Fana merupakan salah seorang daripada Hijabi Flashmob dan pengalaman tu merupakan paling manis untuk dikenang. Ini entri event tu : Hijabi Bazaar oleh Hijabista dan Bank Islam
Bermula dari Hijabi Bazaar, fana dipanggil melalui telefon oleh event coordinator Hijabista sekali lagi untuk jadi gadis flashmob untuk booth Hijabista di Karnival Karangkraf. Fana rasa minat fana terhadap Hijabista semakin mendalam. Tapi, tak tahu la kalau ada yang tak suka fana sebab asik join Hijabista je. Ampunnn. Takpe, next time fana tak join dah. Bagi peluang orang lain pulak la. Sorrryyyy. T.T
Dan, selepas tamat semua event fana dipanggil oleh Kak Hana, fashion stylist Hijabista menerusi whatsapp untuk jadi salah seorang model bagi slot DIY Tutorial. Alhamdulillah. Fana sangat hargai peluang yang diberikan walaupun bukan sebagai model utama tetapi fana sangat bersyukur. Fana memang sangat hargai peluang ni. Terima kasih Hijabista (kak suzi, kak hana, kak mira, kak alin, kak atin dan semua). Nak nangis je rasa. Alhamdulillah.
Disebalik tabir
Terima kasih semua yang terlibat. Terutamanya Kak Hana yang banyak bantu fana untuk perbaiki cara ikatan tudung ni semua. Kak Ann yang dah mekap fana cantik sangat. Ya Allah. Terharuuuuuuu. Sumpah, fana akan rindukan semua ni. *nangis belakang pintu
Selfie bersama Kak Hana, Hijabista Fashion Stylist |
Orang yang bertanggungjawab mekap fana, Kak Ann |
Tips sebelum pegi photoshoot :
Fana akan pakai mask dulu malam tu untuk elakkan kulit kering. Esok pagi tu memang susah jugak nak pakai contact lens pagi-pagi, pakai la kat sana sebab korang tunggu turn untuk mekap tu memang sangat lama. Sempat sarapan dulu la. Sebab ramai lagi model yang nak dimekapkan. Lama sangat nak tunggu.
Bersama Mira Cikcit |
Bersama Shiqin Sunshine |
Tamat la kisah fana dan Hijabista. So, fana harap tak ada lagi yang akan tanya macam-macam soalan pelik tu. Hehehe. Tapi, fana sangat open untuk memberikan jawapan kepada korang yang nak tahu apa-apa mengenai pengalaman ke, tips ke. Komen kat bawah ni, inbox kat fb atau boleh e-mail fana. Fana pasti akan jawab. Fana bukan macam owner online shop yang dapat whatsapp beratus JE tu pastu cakap "Nanti la saya balas ye, terlalu banyak mesej yang nak dilayan la, bla bla bla...". Kekwat sangat !
.
.
.
.
Salam sayang dari,
fanacheksaat
p/s : Jangan lupa dapatkan majalah Hijabista keluaran April 2014 di kedai berhampiran anda ! :)
xoxo,
nfcs
Tahniah fana..cantik pula tu gaya hijab yg fana buat. . ;)
ReplyDelete@Asyik Izas
ReplyDeleteHehehe. Kak Asyik try tau nanti. :)
salam singgah. waaaaa bestnya. pengalaman tu. mesti akan dikenang selamanya. ntah nanti akan ada offer ads lak ^_^
ReplyDelete@Umi Nazrah
ReplyDeleteHai awkkkk, betul tu. Fana rasa pengalaman ni yang paling akan dikenang. InshaAllah kalau ada rezeki. :)
Teringin jugak radenye😕
DeleteTeringin jugak radenye😕
Deletebestnya....kalau blogger sabahan mcm saya..how arr? hihihihi
ReplyDelete@Huny eda
ReplyDeleteSemua event tu dekat Kuala Lumpur dear, kalau nak join kena la turun KL. hehe
fanaaaa..bestnye dpt join hijabistaa! cntek sgt da kne mekap :)
ReplyDelete@Ayue Idris
ReplyDeleteHehehe. Tulah, best jugak pengalaman ni. Hehehe
teringin juga nak masuk majalah
ReplyDelete