TABUNG

11 June 2014

RAMADHAN BUFFET REVIEW @ CHAKRI PALACE, PAVILION KL

Assalamualaikummm..



Jalan-jalan si gadis semasa,
Jalan di Pavilion bersama Hussein,
Kalau mencari juadah berbuka puasa,
Jangan lupa datang ke Chakri Palace Royal Thai Cuisine.


Alhamdulillah, kali ni fana berkesempatan untuk menikmati hidangan Thailand sekali lagi, di restoran yang sama cuma menu yang berbeza. Dannnn, Chakri Palace Pavilion KL merupakan restoran makanan Thai yang menjadi kegemaran fana buat masa ni. Sedapppppp sangatttttt ! Fana bagi lima bintangggggg. (sambil buat gaya Nora Danish)


Chakri Palace Pavilion KL merupakan salah satu restoran yang bercirikan mewah dihias cantik dan menjadikan tetamu makan dengan sangat selesa. Fana dah mula jatuh hati dengan dekorasi dalam restoran, tetapi jatuh hati lebih lagi terhadap makanan Thai yang disajikan. Hihihi

Hiasan dan ruang makan bahagian luar restoran

Sudut makan dalam restoran

Sempena bulan Ramadhan, Chakri Palace Pavilion KL dan Chakri Xpress Alamanda Putrajaya sahaja yang akan menghidangkan menu buffet untuk berbuka puasa dan ini merupakan kali pertama mereka menyediakan menu istimewa sempena buka puasa. Tak sabar nak tunjuk menu-menu menarik dekat korang semua.


CHAKRI PALACE PAVILION KL




CHAKRI XPRESS ALAMANDA PUTRAJAYA




Fana dijemput oleh pihak Chakri Palace Pavilion KL untuk mencuba menu istimewa yang akan disajikan sempena Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Menu-menu tersebut disajikan secara buffet. Banyak betul pilihan makanan yang disajikan. Sampai rambang mata fana nak pilih mana satu nak makan dulu. Hehehe

Chakri Palace Pavilion KL diketuai oleh Head Chef, Chef Solahudin Nutto. Dengar cerita Chef yang berasal dari Thailand ni telah berkahwin dengan wanita tempatan dan belajar memasak makanan melayu. Wow! Kagum sangat fana dengan Chef Nutto. Lebih 50 masakan Thai dan tempatan yang akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan. Antara menu pembuka selera ialah Ulam-Ulaman, Kerabu Mangga, Kerabu Betik, Miengkam, Samosa, Nasi Himpit Kuah Kacang dan banyak lagi.

Kerabu Mangga Thai

Kerabu Betik Thai

Pecal dan Kuah Kacang

Ulam-ulaman

Untuk hidangan utama pula, Chakri Palace akan menghidangkan Nasi Beriani, Rendang Tok, Butter Prawn With Salted Egg, Lamb in Green Curry, Stir Fried Lala with Tomyam Paste, Daging Masak Lada Hitam, Fish With Sweet & Spicy Sauce, Pajeri Nenas dan Ayam Kapitan.

Nasi Beriani

Rendang Tok

Butter Prawn with Salted Egg

Miengkam


Lamb in Green Curry

Pajeri Nenas

Satay Ayam dan Kuah Kacang

Sayur Campur

Sayur Campur

Untuk pencuci mulut, Chakri Palace Pavilion KL menghidangkan menu istimewa dan juga yang paling laris iaitu Pulut Mangga, Red Ruby Waterchestnut, Bubur Jagung, Bubur Pisang, Kuih-muih dan banyak lagi. Setakat ni bubur pisang dan Pulut Mangga tu dah jadi feveret fana dah. Yums!

Pulut Mangga

Red Ruby Waterchestnut

Bubur Jagung

Bubur Pisang

Chef Solahudin Nutto, Ketua Chef

Chef Nutto bersama Caleen Chua, Director of Rotol Food Chain Sdn. Bhd.

Sesi food review kali ni fana hadir bersama Kak Asyik dan mak Kak Asyik tau. Sporting habis la mak kak Asyik ni. Hehehe. Yang sebelah kanan sekali tu Puan Noraimy Aimi yang merupakan wartawan Utusan Online. Ini kali kedua fana berjumpa dengan beliau. Penulis yang sangat berpengalaman. Beliau juga pernah bekerja sebagai pengarang bagi Majalah Wanita. Oh ya, fana baru tahu bahawa beliau juga merupakan anak sulung kepada pelakon terkenal Allahyarham Aimi Jarr. 

Rakan media

Kunjungan ke Chakri Palace Pavilion KL tak pernah lagi pulang dengan tangan kosong. Kunjungan kedua ni fana dapat voucher berbuka puasa di Chakri Palace Pavilion KL untuk 2 orang ! Ehem, nak ajak siapa ye? hehehe. Tak sabar rasanya nak berbuka dengan menu sedap-sedap di Chakri Palace. :)

Voucher berbuka. Terima kasih Chakri Palace Pavilion

Fana juga merupakan pemegang kad Chakri VIP. So, siapa rasa nak makan dengan diskaun 15% boleh la ajak fana. Tak rugi tau. Hahaha. Fana pun akan jadi pelanggan tetap Chakri Palace sebab fana dah tahu dah menu apa yang istimewa dan dah jadi feveret fana. Korang patut cuba! 




MENU JUMAAT. SABTU & AHAD


MENU ISNIN & SELASA


MENU RABU & KHAMIS



CHAKRI PALACE PAVILION KL
Price Per Person

Dewasa : RM69.50 ++
Kanak-kanak (7 - 12 tahun) : RM35.50 ++
Warga Emas (>60 tahun) : RM35.50 ++

Group Specials !
Beli 10 PERCUMA 1 (Beli 90 PERCUMA 9)

Early Bird Offer
(minima 4 orang)
Beli sebelum 15 Jun 2014 dengan hanya RM54.50 ++ (Dewasa)
Beli sebelum 30 Jun 2014 dengan hanya RM 59.50 ++ (Dewasa)


*Belian juga boleh dibuat secara online ! Klik http://shop.chakri.com.my/ 
.
.
.
.
.
CHAKRI XPRESS ALAMANDA PUTRAJAYA
Price Per Person

Dewasa : RM55.50 ++
Kanak-kanak (7 - 12 tahun) : RM29.50 ++
Warga Emas (>60 tahun) : RM29.50 ++

Group Specials !
Beli 10 PERCUMA 1 (Beli 90 PERCUMA 9)

Early Bird Offer
(minima 4 orang)
Beli sebelum 15 Jun 2014 dengan hanya RM42.50 ++ (Dewasa)
Beli sebelum 30 Jun 2014 dengan hanya RM 47.50 ++ (Dewasa)



Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan tempat boleh hubungi 03-21431141 (Pavilion KL) / 016-2277197 (Marketing) atau email ke marketing@chakri.com.my atau layari http://berbuka.chakri.com.my.


xoxo,
nfcs

8 comments:

  1. harga pun x lah mahal sgt...:)

    ReplyDelete
  2. sedap..ida suka somtam (kerabu betik)


    ReplyDelete
  3. sdapnya.. ^^ hrgapun ok ja...
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Ya Allah sedap nya menjilat kaki :D
    Datang sini follow blog :)

    ReplyDelete
  5. Kerabu Betik Thai @ somtam tu memang kesukaan pcl... ; eklusif dan menarik utk dikunjungi Ramadhan nanti...ok ajak fana sekali dapat diskaun tuuu.. :)

    www.nazlee.com

    ReplyDelete
  6. @Amir Khalis
    Sesuai untuk berbuka bersama yg tersayang. :)

    ReplyDelete
  7. @Amir Khalis
    Sesuai untuk berbuka bersama yg tersayang. :)

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...