TABUNG

14 September 2014

[Review] DERMACOL BOTOCELL INTENSIVE LIFTING CREAM

Assalamualaikumm..



Hello !

Pernah tak korang pergi mana-mana lepas tu korang disapa secara kejam oleh sesetengah orang macam "Hai kak, nak beli produk ni? Bagus untuk kulit akak yang berkedut tu". Tak pun kalau korang tengok depan cermin dekat cahaya yang terang, korang akan nampak betapa kedutnya kulit muka tu. Stressnyaaaaa!

Kalau korang pernah alami situasi di atas, sama la jugak dengan fana. Memandangkan sepanjang fana belajar dulu, banyak sangat assignment dan hari-hari mesti rasa macam stress gila. Sebenarnya emosi kita akan memberikan kesan kepada kulit muka kita. Percaya tak?

Bila kita tidur lambat, bawah mata akan mula gelap, bila kita banyak sangat berfikir, muka kita pun akan cepat berkedut. Jalan penyelesaian dia pergi cucuk Botox kat muka. Boleh? Hahaha. No, no, no! Jangan cucuk botox, tak elok. Jom kita cari produk yang punya fungsi sama seperti botox okay?


Baru-baru ni HISHOP ada hantar parcel istimewa dekat fana, bukak je kotak nampak produk anti-kedut (anti-wrinkle) ni. Macam tahu-tahu je kulit muka fana tengah bermasalah sekarang ni kan? Hehehe. Okay, Jom fana perkenalkan dua produk yang mempunyai fungsi sama seperti botox ni.


DERMACOL BOTOCELL
-Eye and Lip Intensive Lifting Cream
-Intensive Lifting Cream


Untuk pengetahuan, rangkaian produk Dermacol Intensive Lifting Cream ini mengandungi tiga bahan natural utama yang memberikan kesan terhadap kulit wajah kita.

Gatuline-Intense
Merupakan ekstrak minyak pekat yang terhasil daripada bunga Spilanthes Acmella yang berfungsi dengan cepat terhadap kedutan dan akan memberikan kesan dalam jangka masa yang panjang jika digunakan dengan kerap.

Sea Mayweed
Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan berkenaan dengan kedutan, sesuai untuk jenis kulit matang dan sensitif.

Shea butter
Vitamin A yang terdapat dalam Shea Butter mampu memulihkan sunburn pada kulit, menegangkan kulit dan menghapuskan kulit yang kusam.


DERMACOL BOTOCELL EYE AND LIP INTENSIVE LIFTING CREAM
Volume : 15 ml
Harga : RM 120.00



Dermacol Botocell Eye and Lip Intensive Lifting Cream ni merupakan salah satu produk yang sangat berkesan bagi membantu menghilangkan kesan kedutan dikawasan mata dan bibir. Mesti ramai yang geram bila nampak kawasan sekitar mata berkedut kan? Haaaa, ini la produk yang sesuai bagi korang yang mempunyai masalah kedut di bahagian mata dan mulut.


Muncungnya yang agak tirus memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Botolnya yang kecil juga menjadikan ia salah satu produk wajib bawa di dalam handbag ! So, tak ada alasan untuk tak pakai dua kali sehari ye? Kalau nak berkesan dengan cepat, pakai la dengan kerap. :)


DERMACOL BOTOCELL INTENSIVE LIFTING CREAM
Volume : 50ml
Harga : RM 170.00



Selepas lebih kurang sebulan fana pakai produk ni, fana rasa kulit muka lebih lembab, pori-pori kecil pun semakin hilang dan apa yang best lagi, kulit terasa lembut je. Fana memang ada masalah kulit kering dan pori-pori terbuka, dan Dermacol Intensive Lifting Cream berjaya selesaikan masalah tu. Bekas parut jerawat yang dalam pun terasa semakin berkurang. Kulit jadi lembut dan lebih anjal.



Bagi pengguna yang berusia 30 tahun dan ke atas sangat digalakkan untuk mencuba Dermacol Intensive Lifting Cream ni sebab kesannya lebih cepat lebih-lebih lagi dikawasan yang banyak kedutan seperti mata dan mulut. Percaya tak kesan Intensive Lifting Cream ni boleh dilihat seawal tiga hari?! Haaa, mesti korang tak percaya kan? Kuncinya kena rajin apply dekat muka dua kali sehari.


Rating : 4/5 stars !





Pembelian produk Dermacol boleh dibuat di :

Istimewa buat pembaca blog fana, korang layak mendapat 15% diskaun dengan menggunakan voucher code ni semasa pembelian di HISHOP. Korang just key in kod kupon fana bagi kat bawah ni masa pembelian okay?



xoxo,
fana

2 comments:

  1. Harga pun not bad. Main mulus muka fana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far memang best tau kak nowaaa. Lembut je kulit. Hehe

      Delete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...