TABUNG

31 December 2013

Kisah Disebalik 2013

Assalamualaikum..


Rasa macam baru lagi kisah 2012 tertulis di blog ini. Sekarang, 2013 akan meninggalkan kita. Ya Allah, cepat betul masa berlalu. Sangat pantas ! :)


Pintu 2013 terbuka luas dengan pelbagai rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada aku. Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmatMu. Maafkan hambaMu ini sekiranya terlalu banyak mengeluh dengan cabaranMu, rupanya ada nikmat yang dikurniakan disebalik keluh kesah tersebut.


Walaubagaimanapun, masih terdapat musibah yang melanda diriku pada awal 2013 dimana aku belajar sedikit demi sedikit. "Jangan terlalu baik dengan orang, nanti orang buat bukan-bukan kat kita" (A, 2013). "Kenapa tolong kalau dah tahu dia macam tu?" (B, 2013). "Tak pernah tengok pun dia sebelum ni, mungkin sengaja Allah nak bagi ujian ni kat kau", (C, 2013).


Kes bermula bilamana seorang sahabat meminta pertolongan dari aku untuk majlis bahagianya, aku dengan gembira ringankan tangan untuk membantu dengan segala kudrat yang aku ada. Pada mulanya semua berjalan dengan lancar, tetapi akhirnya ibarat kata pepatah "habis madu sepah dibuang". Aku ikhlas. Aku halalkan segalanya. :)


Sejak dari peristiwa itu, aku mula berhati-hati. Memang perit untuk diterima, apatah lagi ianya melibatkan nasihat keluarga. Namun, aku ambil itu sebagai pengajaran.


Pertengahan tahun, menginjak la umur aku kepada duapulohdua tahun. Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umur aku. Kali ni, lebih istimewa bila ramai rakan-rakan kelas yang datang ke rumah bagi membuat kejutan. *konon* Hahaha. Terima kasih kawan-kawan. 


Sejak wujudnya Instagram dalam dunia ni, aku antara orang paling gembira abad ini. Sebab memang aku jenis suka mengambil gambar makanan. Setiap kali makanan terhidang, setiap kali itu la aku akan keluarkan kamera untuk tangkap gambar. Mak Siah dah faham sangat dengan habit aku ni.


Sejak mengupload banyak gambar makanan yang aku buat sendiri macam kek batik, puding karamel, aku tak sangka ada juga makhluk Allah yang sudi tempah. Tak sangka bisnes ini yang aku ceburi akhirnya. Hahaha. Tapi, ini la yang orang kata rezeki. Tak gitu? Alhamdulillah.



Selain itu, rezeki sebagai seorang blogger juga makin banyak sejak tahun 2013. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak aku tujukan khas buat kak AsyikIzas sebab beliau merupakan orang yang telah membuatkan aku terjebak dalam segala event sehingga ke hari ni. Gomawo (terima kasih) !


Pada mulanya, aku diberikan tugas yang sangat berat iaitu menghadiri event Sheikhahub. Masa tu Sheikhahub mengadakan majlis berbuka puasa bersama media dan juga mengumumkan mengenai pertunjukan fesyen yang akan mereka ikuti di Melbourne, Australia.

Bersama Pengasas Sheikhahub

Sejak dari itu, barulah aku rasa bagaimana sebenarnya kehidupan sebagai seorang blogger. Kalau dulu, aku cuma menulis untuk suka-suka, berkongsi segalanya dan sekarang aku terasa lebih dekat dengan komuniti. Semoga usaha ini tak akan terhenti setakat ini. (EVENT)


Bak kata Pengurus Editor Majalah Hijabista, Nur Suziana Zulkifli kepada aku sewaktu mengikuti event bersama Hijabista "Keep doing what you do best". Akan aku pegang kata-kata tu. Beliau merupakan salah seorang sumber inspirasi yang mendorong aku untuk menapak lebih jauh. 

Bersama Sis Suzi

Pengalaman mengikuti event bersama majalah yang paling aku taksub, Hijabista merupakan pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Hijabista merupakan majalah yang senantiasa menjadi ikutan sejak keluaran edisi pengenalan. Alhamdulillah, sejak itu, dah dua kali pengalaman aku dapat lihat diri sendiri dalam majalah kesayangan aku tu. Hihihi.


Yang paling seronok, bila dapat peluang berlakon di tahun 2013 ! Walaupun cuma sebagai ekstra, tapi pengalaman sehari suntuk di lokasi penggambaran memberikan pengalaman yang cukup puas. Alhamdulillah. Ramai juga blogger lain yang turut terlibat. Cerita Sebenar Mengenai Bibah (CSMB) merupakan telemovie yang 'memaksa' kami berlakon. Hahaha. Such a great experience !

Bersama hero CSMB, Pekin Ibrahim

Semuanya memberikan memori yang sangat manis kepada aku sebagai seorang manusia biasa yang ingin merasakan pengalaman manis seperti manusia lain. Aku sentiasa mendoakan semua orang turut mendapat perjalanan hidup yang manis walaupun kadangkala pahit itu datang menjengah.


Tamatlah kisah 2013 aku. Macam mana dengan tahun 2013 yang korang lalui? Indah sepanjang masa? Ataupun terlalu banyak duka berbanding suka? Hidup ini umpama roda, kadang kita di atas, kadang kita dibawah. Terima takdir kita, terima dengan hati terbuka. Semoga tahun depan memberikan sinar bahagia buat kita semua.


Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi pada tahun hadapan ! Doakan aku dapat jawab peperiksaan akhir yang sedang berlangsung bermula 30 Disember 2013 hingga 18 Januari 2014 okay ! Happy New Year !!!




Wishlist 2014
Dapat lesen kereta
Bisnes semakin maju
Dapat tamatkan Degree
Muka semakin cantik berseri :p


nfcs

4 comments:

  1. semoga lebih berjaya utk 2014..;)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak asyik. InshaAllah. :)

    ReplyDelete
  3. woaaa..bestnyer pengalaman 2013 dia..pengalaman 2013 sy plak,baca nota sambil nanges..mmg x kan lupa..hehe

    ReplyDelete
  4. @Atiqah Wadiah
    Hahaha. Kenapa pulak tu? Apa pun semua orang ada pengalaman yang tak boleh lupa kan?

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...